Untitled design

Sejauh mata memandang, ribuan rumah kotak-kotak berwarna kuning keemasan tersebar luas. Manakala bentang raksasa yang berusia lapan ratus tahun itu tetap berdiri megah, melawan kepanasan Gurun Thar yang membentang hingga ke Pakistan.

Seperti mana Kota Jaipur yang dikenal sebagai Kota Merah Jambu (The Pink City) dan Jodhpur yang disebut sebagai Kota Biru (The Blue City), Jaisalmer turut mempunyai jolokannya tersendiri – Kota Emas (The Golden City). Namun ia bukan bererti semua bangunan di kota ini terbuat daripada emas – terlalu mewah bagi kota kering di tepi padang pasir ini. Sebenarnya warna emasnya tampak membara ketika matahari senja membilas barisan rumah yang dibina daripada tanah berwarna kuning yang terhampar di seluruh penjuru. Bahkan Benteng Raksasa Jaisalmer (Jaisalmer Fort) yang menjulang membayangi seluruh kota turut berwarna keemasan.

Berbeza dengan kebanyakan bentang lain di Rajasthan, Benteng Jaisalmer yang telah didirikan pada abad kesebelas oleh seorang bangsawan Rajput, Rawail Jaisal, bukan hanya bangunan kuno yang bertahan di atas putaran roda zaman. Benteng ini juga bukan sekadar monumen bersejarah biasa, tetapi ada kehidupan di sebalik dinding yang tinggi menjulang ini, dan denyut nadi kehidupan itu masih ada hingga sekarang.

Sejarah Kota Emas Jaisalmer Ni Sure Akan Buatkan Korang Termimpi-Mimpi Nak Bercuti Dekat Sana!

Memasuki Jaisalmer fort yang mirip seperti sebuah kota kecil untuk digambarkan, saya seakan terlempar ke masa lalu. Ratusan lorong sempit berliku-liku di antara bangunan rumah kuno. Unta masih lagi menjalankan peranannya sebagai alat pengangkutan utama. Nenek tua sibuk menyulam di beranda. Alunan petikan sitar dan gendang menghidupkan kembali suasana kehidupan seharian zaman perajurit Rajput. Manakala 'haveli', rumah-rumah saudagar kaya daripada batu pasir berwarna emas berukir cantik dengan ratusan jendela dan ribuan bilik, masih dihuni oleh penghuninya yang berlimpah harta turun-temurun sejak ratusan tahun silam.

Seperti kota-kota lain di Rajasthan, kota kuno Jaisalmer turut dimajukan untuk menarik kunjungan pelancong asing. Banyak rumah lama di dalam benteng ini telah diubah fungsi menjadi tempat penginapan para backpacker hingga ke hotel berkelas bintang. Itu belum lagi ejen-ejen pelancongan, yang saling bersaing menawarkan pakej safari unta, pakej bermalam di gurun, penjualan tiket bas ke Jaipur, hingga tiket pesawat ke Mumbai. Ada pula kedai buku-buku lama, dengan koleksi V.S. Naipaul dan Salman Rushdie yang lengkap. Istana milik maharaja, rumah-rumah cantik haveli, semuanya memungut bayaran masuk. Di luar gerbang pula, terdapat kedai 'bhang', sejenis minuman yang dihasilkan daripada daun ganja – yang secara rasminya diluluskan oleh kerajaan India.

Kuil agama Jain di dalam Benteng Jaisalmer ini tentunya antara binaan yang tercantik di Rajasthan. Bukan cuma satu, tetapi beberapa buah sekaligus, membentuk sebuah kompleks monumen mewah di tengah kegersangan padang gurun. Penganut-penganut Jain pada masa silam adalah terdiri daripada para saudagar dan bangsawan, sehingga kuil-kuil kuno agama ini bergelimpang kemewahan pada zamannya – binaan tinggi yang kesemua dindingnya terukir indah, mengguratkan maha karya tak terbanding.

Ads
Sejarah Kota Emas Jaisalmer Ni Sure Akan Buatkan Korang Termimpi-Mimpi Nak Bercuti Dekat Sana!

Sama seperti lokasi-lokasi kunjungan pelancong yang ada di sini, kuil jain di tengah benteng ini juga turut mengutip duit tiket daripada pengunjung. Oleh kerana misai saya yang sudah mirip dengan rakyat India dan kemampuan bertutur bahasa Hindi, saya berjaya memperdaya penjual tiket dengan membeli kuota tiket pengunjung tempatan. Namun apabila sampai di pintu gerbang kuil, saya gagal untuk melepasinya lalu dihantar semula ke kaunter tiket kerana petugas yang menjaga pintu masuk curiga dengan saya sebagai pelancong Jepun.

Di dalam kuil, di hadapan patung marmar Mahavira – nabi bagi penganut agama Jain yang digambarkan tidak berpakaian, seorang sami membunyikan loceng, mempersembahkan bunga suci dan lilin yang menyala di atas genangan lampu minyak, diring dengan alunan mantera. Atmosfera di dalam kuil ini seketika berubah menjadi suasana mistik.

Tetapi di antara variasi-variasi sejarah ini, saya melihat perkataan inggeris bertebaran di sudut-sudut dinding. Di atas tabung sumbangan pula, ada pesanan yang bertulis terang-terangan dengan dakwat merah: "Jangan memberi tips kepada 'orang suci', masukkan terus sumbangan anda ke dalam tabung."

Nampaknya, sami atau 'orang suci' di kuil ini sudah diketahui menerima duit daripada para pengunjung, hinggakan pihak pengurusan kuil menulis pesanan sedemikian di atas tabung sumbangan. Namun ia sama sekali tidak menangkis sami ini untuk meminta sumbangan dengan nada yang separuh memaksa, khususnya daripada orang asing yang dianggap berdompet tebal.

Ads
Sejarah Kota Emas Jaisalmer Ni Sure Akan Buatkan Korang Termimpi-Mimpi Nak Bercuti Dekat Sana!

"Sumbangan bhaiya, sumbangan," pinta si sami yang berseluar dhoti-kurta berwarna oren ini. "Sumbangan ini bukan buat saya sendiri, tapi akan saya bahagikan untuk kepentingan seluruh kuil."

Lantas saya menunjukkan jari ke arah pesanan yang tertulis untuk tidak memberi sumbangan kepada 'orang suci'. Namun si sami ini masih tidak mati akal. "Saya bukan 'orang suci' bhaiya, saya ini Brahmin," katanya sambil menunjukkan tali putih yang melingkar dari bahu ke pinggangnya – tali 'janeu' yang melambangkan ke-Brahma-an seseorang. Tali itu menjadi bukti bahawa dia termasuk dalam golongan yang 'berhak' menerima sumbangan secara langsung.

Sejarah Kota Emas Jaisalmer Ni Sure Akan Buatkan Korang Termimpi-Mimpi Nak Bercuti Dekat Sana!

Namun begitu hakikatnya bukan semua orang di kota pelancongan ini sentiasa meminta wang. Babu, seorang pemilik hotel yang berdekatan dengan Jaisalmer fort telah memberikan saya penginapan percuma untuk dua malam di sebuah bilik hotelnya. Pengawal keselamatan di puncak istana maharaja pula mengizinkan saya memotret lautan rumah kotak-kotak kuning keemasan walaupun saya tidak membeli tiket khusus bagi pembawa kamera, hanya kerana saya telah menegurnya dengan menggunakan bahasa Hindi, dan langsung dianggap sebagai saudaranya sendiri.

Ads

Benteng kuno ini terus menerus diperindah dan dipercantikkan binaannya. Istana-istana yang dahulunya hampir hancur, kini dibaikpulih. Hotel-hotel dan agensi-agensi pelancongan baru terus bermunculan seperti cendawan yang tumbuh seusai hujan. Namun begitu masih ada sedikit masa lalu yang masih bertahan di tengah arus kemodenan.

Sejarah Kota Emas Jaisalmer Ni Sure Akan Buatkan Korang Termimpi-Mimpi Nak Bercuti Dekat Sana!

Unta, bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi juga berfungsi sebagai pembancuh simen. Binatang yang biasanya nampak lembam, mengunyah makanan dengan malas, dan tidak banyak bergerak ini, sebenarnya mempunyai tenaga yang besar dan sangat garang di alam gurun seperti ini.

Setiap pagi, buruh-buruh bangunan menyiapkan pasir dan air, kemudian dituangkan ke dalam longkang berbentuk lingkaran yang berdiameter kira-kira empat meter. Di dalam lingkaran ini, dipasang sebuah roda batu yang besar, diikatkan dengan tali ke kaki unta di luar lingkaran yang berpaksikan sebatang kayu di pusat lingkaran tersebut. Unta akan berjalan mengelilingi lingkaran, lalu roda batu yang berat itu turut ikut menggiling sepanjang lingkaran, menggilis campuran air dan pasir di dalam longkang. Selepas puluhan putaran, adunan itu pun menjadi liat, lalu berubah menjadi 'masala' – adunan simen yang ternyata kuat merekatkan batu-batu dari gurun ini melintasi zaman ratusan tahun.

Tradisi kuno telah melewati beberapa abad di balik benteng ini. Manakala pelancongan pula, dengan segala kelebihan dan kekurangannya, membuatkan Jaisalmer yang disebut Kota Emas ini terus bertahan di atas berbagai lintasan zaman.

Artikel ini adalah perkongsian oleh Sharifuddin Lennon

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI