Teknologi

Aplikasi SeeNI Dan Kliik ‘Buah Tangan’ Terbaru Ideaktiv Buat Peminat Kandungan Digital Tempatan

Share

Memperkayakan lagi karya dalam industri digital dan kreatif tanah air, Nu Ideaktiv, melancarkan dua produk terbarunya iaitu aplikasi seeNI dan portal Kliik.

Majlis pelancaran aplikasi berlangsung dalam Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024 : Level Up Play anjuran anjuran Perbadanan Ekonomi Digital(MDEC) yang diadakan Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

Aplikasi seeNI adalah SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv, dengan matlamat untuk merevolusikan cara pengguna menggunakan kandungan digital. Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast, dan siri seeNI
Original.

Di samping itu SeeNI juga menggabungkan 18 jenama media Ideaktiv serta menyediakan akses kepada Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, Kita Family Podcast.

Datuk Fadzli Abdul Wahit, Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) (kiri) bersama Encik Syamil Fahim, Ketua Pengarah Eksekutif Nu Ideaktiv dalam majlis pelancaran aplikasi seeNI dan Kliik.

Sementara itu Kliik.je pula adalah platform yang interaktif dan berasaskan komuniti, direka untuk memupuk kegembiraan dan keterujaan dalam kalangan komuniti, menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dan boleh mendapat ganjaran menarik kepada penggunanya termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, acara menarik, seminar, dan webinar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, encik Syamil Fahim Mohamed Fahim melalui ucapan  sempena pelancaran tersebut, dua buah tangan terbaru Ideaktiv ini adalah selaras dengan usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.

Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim berucap dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Festival Kandungan Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) bertempat di KLCC

“Aplikasi seeNi dan portal Kliik bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan. Ideaktiv akan terus berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan platform yang relevan dan
bermakna.

“Ideaktiv juga bercita-cita untuk menjadikan seeNI dan Kliik sebagai penanda aras baru dalam industri kandungan digital tempatan dan akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman yang unik dan bermakna kepada pengguna,” ujar beliau dalam majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Fadzli Abdul Wahit, Naib Presiden Kanan (Senior Vice President), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Dalam pada itu orang ramai terutama  ‘digital enthusiasm’ kini boleh mengakses aplikasi seeNI dan Kliik secara percuma melalui muat turun menerusi Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.

 

IKLAN