Kopi dia paduuuuu.
Panas-panas nie kalau pekena minuman sejuk memang sedap lalu di tekak. Lebih sedap kalau rasa minuman itu kaw, padu dan terangkat saat menikmatinya.
Kalau selama ini kita memilih minuman mahal berjenama tapi nampaknya warga sekitar pekan Jitra, Kedah sangat beruntung dapat menikmati pelbagai jenis kopi ais kaw dari gerai Kopi Ais Cik Tun.
Gerainya cuma gerai kecil tapi sebelum menikmatinya perlu beratur dulu ya kerana ramai yang berbaris untuk mendapatkannya.
Dari gambar-gambar diviralkan di media sosial dan dari komen dari netizen ternyata Kopi Ais Cik Tun ini memang padu rasanya. Kata orang Kedah, sedap melantun baq ang!
Bermula dari Kopi Cik Tun, Kopi Cik Tun Ikat Tepi, Sirap Bandung, Milo Pisang Coklat, Jagung dan Pelam Susu Pekat, campuran ais, kopi dan minuman susunya sudah cukup buat peminat kopi terliur (nasib baik PKP dan rasanya kalau boleh rentas negeri, pasti gerai ini diserbu lebih ramai orang).
Bagi orang dari luar pekan Jitra, untuk ke lokasi, hanya perlu cari :-
Kopi Cik Tun
Gerai Koperasi Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra.
Ada yang kata ia berdekatan Domino Pizza kalau ada tersesat tak jumpa. Gerai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang.