Kerajaan Negeri Selangor meneruskan pemberian subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor dengan edisi kedua tahun ini setelah edisi pertama yang diedarkan pada umum pada Januari lalu menerima sambutan yang hangat dari orang ramai.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.
Dari jumlah tersebut, RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli lebih dari 170 pakej-pakej pelancongan menarik yang ditawarkan secara khusus oleh 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.
Ads
Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam sebuah kenyataan pada Majlis Pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 pada 5 Oktober lalu berkata, “Adalah diharap agar Program Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan nilai peruntukan sebanyak RM 1 juta akan menjadi sebuah inisiatif yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan Negeri Selangor, di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik ini.
“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen “Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor; Take me Anywhere!” yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”.
Ads
Terma dan syarat penebusan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di aplikasi Shopee adalah seperti berikut:
1) Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021. 2) Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022. 3) Promosi: Dapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 dengan syarat Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad), dan berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021. 4) Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen. 5) Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang tempoh Kempen. 6) Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA. 7) Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi. 8) Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal. 9) Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain. 10) Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.
Ads
Inilah masanya untuk anda “Pusing Selangor Dulu!” susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara. Rebut peluang untuk tebus Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dan terokai pelbagai segmentasi pelancongan Negeri Selangor menerusi pembelian pakej-pakej pelancongan Negeri ini. Gunakan untuk percutian akhir tahun anda atau simpan dan guna pada tahun hadapan sehingga akhir Jun 2022!
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan.
Tarikan pelancongan Negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita baik bagi warga Perak dan Kota Bharu, Kelantan untuk bercuti ke Langkawi.
Ini kerana syarikat penerbangan Air Asia bakal memulakan penerbangan dua hala Ipoh- Pulau Langkawi, Langkawi -Ipoh sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, penerbangan pertama itu bermula pada 17 September 2021. Dua lagi penerbangan dijadualkan pada 19 dan 22 September 2021.
“Sejauh ini tidak ada sekatan penerbangan domestik, namun kapasiti maksimum yang dibenarkan adalah 180 penumpang bagi setiap penerbangan. Penumpang akan menaiki pesawat Airbus A320 dari Ipoh ke Langkawi pada 17 September 2021 jam 1.40 petang dan sampai ke Langkawi International Airport pada 2.30 petang.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Air Asia untuk tempahan tiket. Namun begitu kami tidak dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas 22 September 2021 kerana ia mungkin dijadualkan semula mengikut keperluan semasa,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan itu melaporkan sebanyak 200,000 tiket habis terjual di mana pada hari pertama jualan tiket dibuka, sebanyak 30,000 tempahan diterima dari orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam satu kenyataan media memaklumkan sebanyak 200,000 tiket ditempah orang ramai secaar keseluruhannya. Dan katanya lagi, gelembung pelancongan ini juga menunjukkan orang ramai ingin kembali melakukan perjalanan dan memilih penerbangan sebagai keadah pengangkutan. (sumber: Peraktastic).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP) sebelum ini, Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik.
Namun, setelah hampir semua negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) ketika ini pusat pelancongan ini turut terkesan walaupun berada dalam zon hijau. Disebabkan itu perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari sahaja hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.
Sebelum ini beberapa syarikat pengendali feri, Konsortium Ferry Line Ventures telah memohon kebenaran untuk mengurangkan jumlah perjalanan feri harian melibatkan kedua-dua laluan tersebut dan permohonan itu telah dihantar ke ibu pejabat untuk kelulusan. Jabatan Laut Malaysia telah meluluskan permohonan operator feri tersebut. Pihak operator juga telah memohon untuk menghentikan operasi melibatkan laluan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dalam tempoh PKPB. Permohonan ini juga telah diluluskan dalam tempoh PKPB, perjalanan feri penumpang dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dihentikan operasi.
image via google
Bermula PKPB lalu, hanya satu perjalanan sehari bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi akan beroperasi.
Perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dijadualkan pada 10 pagi, manakala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada 5 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika ke Terengganu kalau tidak singgah ke Pasar Payang memang tidak lengkap kunjungan anda itu. Pelbagai barangan jualan produk popular di Terengganu boleh anda dapatkan di bangunan dua tingakt ini termasuk kain batik, sutera dan songket. Manakala di aras bawah mempunyai gerai menjual barangan basah serta pelbagai rempah ratus dan barang kemas.
Menjadi ikon Terengganu sejak tahun 1968, lokasi pasar ini terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Terengganu dan pinggir Sungai Terengganu. Pasar Payang berada pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1980-an, sehingga berjaya menarik pelancong dari dalam serta luar negeri. Pasar ini beroperasi setiap hari seawal 7 pagi hingga 6 petang.
Terkini, dikatakan wajah Pasar Payang akan diubah, apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar lebih moden, selesa dan mesra pengunjung, bermula April ini.
Kesemua peniaga sudah diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.
Pasar ini tentunya meninggalkan pelbagai memori terutamanya, bagi peniaga asal di situ. Sebelum adanya kompleks pasar seperti hari ini, Pasar Payang hanya terdiri dari deretan kedai kecil yang menjual barang keperluan dan di satu sudut lain diisi oleh beberapa peniaga sayur serta buah-buahan.
Pada 1964 barulah ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Nama Kedai Payang pula dikekalkan bagi memelihara sejarah tempat asal itu sendiri. Pasar Payang dirasmikan Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah 31 Ogos 1968 yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong keempat.
Nama Pasar Payang diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu, dan pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu dan dinaik taraf pada 1968.
Sumber: Bernama Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!