Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan atau produk yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti mesti dilakukan jika melancong ke luar negara.
Kadangkala kita rasa semua tempat yang kita tuju sudah menawarkan harga yang murah, tiba-tiba apabila ke lokasi lain atau balik ke negara sendiri harga barang yang dibeli sebenarnya jauh lebih murah. Pasti rasa menyesal tidak sudah!
Kalau anda memilih percutian bersama agensi pelancongan, selalunya jadual perjalanan telah ditentukan oleh mereka. Percutian anda memang akan menjadi mudah dari a to z. Tetapi, kebanyakkan kedai-kedai yang di bawa pemandu pelancong bukanlah antara kedai terbaik untuk memberi harga yang murah. Kedai tersebut dipilih kerana mereka akan memberikan komisen yang setimpal kepada pemandu pelancong kerana membawa pelanggan. Oleh itu dapatkan info sebaik mungkin premis berbelanja mana yang menawarkan harga rendah kepada pembeli. Jika ada masa terluang atau free & easy anda boleh terus ke lokasi tersebut sendiri tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong anda.
Ads
Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut, kerana kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan menjadi lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan.
Bandingkan harga
Ads
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah. Lebih baik jika anda mengambil gambar produk yang mendapat potongan harga kemudian tunjukkan kepada juruwang ketika proses pembayaran. Ini bagi mengelakkan harga promosi dan harga ketika produk dibayar berbeza.
Cari maklumat
Ads
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya ‘buy one get one free’ atau ‘free gift with purchase’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi anda yang sudah biasa melancong ke luar negara, tentu tahu apa kepentingan pasport. Pastikan pasport sentiasa diperbaharui dan jangan tunggu hingga saat-saat akhir barulah terfikir untuk memperbaharui pasport, huru-hara dibuatnya. Baru semangat hendak bercuti, tidak fasal-fasal pula dibatalkan. Potong betullah!
PERBEZAAN
Ramai yang bertanyakan apa perbezaan antara pasport dan visa. Secara ringkas, pasport merupakan satu dokumen sah bagi membenarkan seseorang rakyat negara terbabit untuk melancong ke luar negara. Pasport meliputi identiti seseorang termasuk gambar, tandatangan dan perihal diri yang penting. Visa pula kebenaran untuk masuk ke sebuah negara asing dalam satu tempoh yang tertentu. Biasanya, visa di cap di pasport pemilik tersebut.
PASPORT
Syarat utama, anda haruslah warganegara Malaysia. Terdapat dua bayaran iaitu RM100 untuk tempoh dua tahun dan RM300 untuk tempoh lima tahun. Bagi bayaran warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah), bayaran RM80 untuk tempoh dua tahun dan RM150 untuk tempoh lima tahun dikenakan. Manakala, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran separuh harga pula hanya dibenarkan untuk remaja yang belum sampai 21 tahun yang sedang belajar di luar negara. Kemudian anda hanya perlu ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
VISA
Permohonan visa pula boleh dibuat di mana-mana Pejabat Atas Imigresen, Konsulat, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Kedutaan Malaysia atau di Konsulat British bagi negara yang tidak mempunyai Pejabat Perwakilan Malaysia. Untuk mendapatkan visa, dokumen seperti pasport yang masih laku, salinan borang tertentu, gambar dan tiket penerbangan perlu ada. Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada laman www.imi.gov.my.
Haa… Tunggu apa lagi? Sudah ada dokumen perjalanan sah, jangan lupa bagasi dan perkara-perkara penting untuk dibawa bersama. Pastikan anda membuat salinan dokumen, kurangkan membawa wang tunai sebaliknya guna kad kredit atau cek kembara. Lebih selamat jika anda berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan tersesat sendirian di bumi asing. Sekali lagi, buku merah jangan lupa bawa. Itu benda paling penting untuk keluar melancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Syarikat penerbangan swasta baharu dari Pakistan, diberi nama Air Sial baru sahaja diluluskan untuk beroperasi oleh kerajaan Pakistan.
Air Sial berpangkalan di Sialkot, Pakistan dan dikhabarkan akan memulakan operasi mereka untuk laluan penerbangan dari Sialkot ke Karachi dan akan meluaskan operasi mereka hingga ke negara Timur Tengah bermula pada penggal ke dua tahun 2020.
Mengikut daripada apa yang dimaklumkan daripada Facebook Air Sial, mereka akan menggunakan kapal terbang model Boeing 727-800 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
We are delighted to announce the participation of AirSial, the newest addition to Pakistan's aviation industry, at Pakistan Travel Mart from 8-10 October, 2019 at Expo Center Karachi! pic.twitter.com/x4RBIMrsn0
Namun begitu, bagi rakyat Malaysia, nama penerbangan tersebut yang sering didengar dalam sebutan ‘kasar’ bahasa kita menjadi ‘bahan jenaka’ buat mereka.
Ini antara komen-komen yang agak lucu. Jangan ambil serius tau, ini hanyalah gurauan semata-mata.
Di negara kita terdapat pelbagai aktiviti atau sukan air yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti berenang, mandi sungai, water rafting, jet ski, atau luncur air.
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
Menurut sumber portal Kementerian Kesihatan Malaysia, jika berada dalam kes kecemasan ketika melakukan aktiviti air pastikan anda:
Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.
Ini pula sumber perkongsian daripada saudara Anwar Uitemate Swrsr via Family Camping Malaysia cara menyelamatkan diri sendiri ketika hampir lemas di sungai atau air terjun.
Sekadar perkongsian secebis ilmu berkenaan SELF RESCUE WATER SURVIVAL. Amat penting dek kerana kebanyakan situasi survival berlaku di hutan. Andai anda tergelincir ke dalam aliran sungai.
Pun begitu,ianya nampak mudah difahami dengan hanya melihat. Namun,hanya yang telah mempelajari n merasai latihan teori n amalinya sahaja yang benar-benar faham akan risiko, kemahiran, kefahaman, ilmu n nikmat mempelajarinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!