Buat anda yang plan nak ke Surabaya Indonesia, boleh gerak dengan mudah apabila baca perkongsian wanita ini. Banyak sangat tempat menarik untuk tenangkan mata dan ‘manjakan tekak’ dengan menu baru.
Tempat Best di Surabaya Indonesia
Menurut saudari Cik Han, dia pergi ke Surabaya sebab nak pergi East Java Trip iaitu Bromo Tengger Semeru National Park & Lumajang.
1.Surabaya-Bromo
Ambil flight turun di Juanda International Airport Surabaya. Travel agent bawa naik van untuk ke Bromo. Perjalanan ambil masa 3 jam. Sangat lama sebab sempat tidur dan rest dalam van sebelum ke jar sunrise Bromo pukul 2 pagi.
2.Tunjungan Street
Last day untuk trip 5H4M, kami bermalam di Kota Surabaya. I ingatkan Tunjungan Street & Plaza ni bersebelahan je. Rupanya kena naik jejantas untuk lintas. Dekat Tunjungan Street banyak cafe aesthetic & tempat shopping.
3.Sate Madura Surabaya
Kalau ke Surabaya korang wajib makan sate Madur sebab sedap sangat. Makan pula dengan lontong. Terangkat rasa dia.
4.ITC Surabaya
Kami tanya grab kedai souvenirs and supir bawa kami ke sini. Mostly dekat sini banyak jual pakaian seperti batik dan baju kurung yang cantik-cantik. Anda kena pandai nego harga untuk dapat murah. I ada jumpa kedai ayam bakar sedap dekat sini.
5.Tunjungan Plaza
Mall ini sangat besar dan panjang. Mall ni ada banyak gate dan pastikan anda di gate yang betul kalau tak boleh sesat.
6.Indomaret Surabaya
Selepas spent 4 Hari di Kota Malang, baru sedar yang barang di Indomaret Surabaya lagi mahal daripada Malang. Ada certain barang yang ada dan tiada. Maksudnya tak semua Indomaret di Surabaya sama harga dan barang.
7.Cafe Aesthetic
Dekat Surabaya banyak cafe aesthetic dan anda boleh explore minuman kopi di Indonesia. Sesuai untuk anda yang suka ootd dekat cafe.
8.Penjaga Lif Mall
Waktu pergi ITC, ada penjaga yang jaga lif. Penjaga itu akan tanya kita nak pergi lif dan dia tolong tekan and kontrol orang masuk keluar lif.
9.Universal charger adapter
Untuk tourist korang boleh bawa universal adapter sebab Indonesia pakai plug 2 point. Jadi, untuk safety, sila beli adapter siap-siap.
Haaa.. best kan? Banyak tempat menarik di Surabaya, Indonesia. Kalau ada plan nak healing tengok tempat orang, boleh lah simpan siap-siap senarai ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Makan Seafood, Jalan-jalan Ke Kundasang, Kota Belud, Tuaran & KK. Wanita Ini Kongsi Itinerari 6H5M Bawa Family Ke Sabah!
Sabah memang terkenal dengan banyak tempat menarik untuk dilawati. Boleh dikatakan setiap daerah yang ada di sana mempunyai keistimewaan dan tarikan yang tersendiri untuk dilawati.
Baru sahaja pulang dari trip ke Negeri di Bawah Bayu itu, Nueha Ariffin berkongsi itinerari dia dan keluarganya selama enam hari lima malam ke Sabah.
Rezeki dapat tiket murah, memang berbaloi percutian keluarga mereka ke sana. Puas dapat makan pelbagai jenis makanan laut dengan harga yang murah, dapat melawat ke tempat-tempat menarik yang ada di sana sungguh seronok membaca apa yang dikongsikan.
Turut berkongsi bajet kasar untuk percutian keluarganya itu, dengan hanya RM3,200 termasuk dengan tiket pesawat, memang berbaloi apa yang dibelanjakan. Bukan sahaja dapat menikmati hidangan makanan laut yang murah dan sedap, malah dapat berpeluang melihat keindahan alam yang ada di Sabah.
Ikuti perkongsiannya:
Trip Ke Sabah 6H5M
Travel Sendiri Ajooooo
13/1-18/1/2023
FLIGHT RM189 (4beranak)
FLIGHT INFANT RM100
Total FLIGHT RM289 (SILA LAH BELI TIME OFFER BARU BERBALOI.. AIR ASIA…
DAY 1 (13-1-2023)
Dari KKIA Ke Kundasang ambil masa Kundasang ambil masa 2jam lebih.. jalan dia berliku macam nak pi cameron tu..kami sampai dah petang so decide ambik-ambik gambar ja kat depan tu pastu balik tido rest…
SEJUK WEYYYY…
DAY 2 (14-1-2023)
- Hotel Kundasang (Wind Valley) RM320 -Tambahan Bed RM20
- Yang nak privacy ok la amek sini tapi jauh ke dalam sikit ya..
- Steamboat RM50 (2pax) -hotel wind valley
- Makan tengah hari di Selera Kebun RM67
- Beli kudap-kudap untuk makan di hotel
- Masuk Dairy Farm RM13 (dewasa rm5,bdk rm3)
- Masuk SPA FISH DI Ranau RM13 (dewasa rm5 bdk rm3)
- Arnab Village Ranau
- Port gambr kat Kundasang .. emua dewasa RM5, kanak-kanak RM3
- Sosodikon hill – tak pergi sebab malas panjat
- kinabalu park – tak pergi jugak
- ladang teh sabah ranau- tak pergi jugak
Banyak lagi tempat yang kami tak pergi…sebab kekangan masa
Tempat makan ada di kawasan Roundbord kundasang tu banyak..
Makanan di kudasang bleh dikatakan agak mahal.. org luar mmg diorg kapak jgk..
Kundasang nk ke RANAU AMBIL masa kat sejam tau.. kira nk ke satu2 tmpt mmg jauh.. kalau yg mabuk keta mmg lembekkk la sbb jalan dia berliku liku.. jln pon xberapa nk elok…
DAY 3 (15-4-2023)
Chekout dari wind valley
terus ke MELANGKAP KOTA BELUD
sewa homestay kat situ semalam RM150
Masa kami pi depa baru ja lepas kena tali air.. banyak juga benda yang rosak..
just mandi-mandi main air sampai petang…
makan situ beli kat homestay sebelah sebab homestay kami dok tak ada jual makanan
Boleh ja beli barang-barang masak dari luar sebab sini ada dapur untuk kita main masak-masak tau….
Recomend jugak Wind Villey sebab dia cantik.. ada steamboot boleh makan santai lepak dalam bilik tau….ada di kaki bukit nampak view Gunung Kinabalu.. (view cantik dari jam 6.30 pagi- 9pagi jaaaa) lepas tu awan akan tutup gunung tu..sampai la kemalam.. petang pon ikot nasib ja..
DAY 4 (16-1-2023)
Checkout awal terus ke pekan KOTA BELUD
Pi Pasar Tamu cari ikan talang sambal
Makan kot area situ ja (makan memang mahal )
Terus gerak ke TUARAN
Pekena LOKAN BAKAQ KAK TINI DI TUARAN
Terus balik Kota Kinabalu chekin hotel CJ RESIDENCES..
-HOTEL NI RECOMEND UNTUK BUJANG/ baru kawen..sebab dia kena naik tingkat 2.. tapi berbaloi dengan harga sebab memang lawa gila dalam dia.. luaq ja nampak setinggan dalam mewahhh.. kedai makan pon banyak kat bawah…
Dekat nak pi Pasar Philipina..
Malam tu kami pi makan kat EE FISH GRILL HARBOUR
HARGA BERBALOI PORTION BANYAK GILA
Makan KENYANG balik lena
DAY 5 (17-1-2023)
TRIP KE PULAU pulak..
Saya just amek 2 pulau ja .. PULAU MANUKAN & MEMUTIK
Tambah RM10 seorang kalau nak snorkeling..
Dari jam 9pagi hingga 3-4petang baru balik jetty..
Lepas balik rehat dulu sat gi malam pi pasar Sinsuran dan makan di Todak .. nak makan SEAFOOD kena PANDAI TAWAR (buat muka tak malu minta murah sebab depa pun letak harga tinggi dulu)
Ok la sis makan ikan merah/sotong kunyit/ikan biru/ketam total rm86.. murah baloi jugak bagi sis.. tapi puas aku negoo sampai budak tu mengalah
Ok la harga seafood di todak murah jugak..
masuk pasar kraftangan beli siap-siap barang key chain etc..
balik hotel lena esok nak fly…
DAY 6 (18-1-2023)
Checkout dan balik penang
Flight jam 1.35tghri
Tpi kena depay smpai 7.20ptg
ALHMDULILLAH SELAMAT SMPAI PENANG JAM 10.30mlm..
KOS KASAR
- FLIGHT RM289
- KERETA SEWA RM316 (4hri)-app TREVO
Saya ambik BEZZA… ambik masa nak ke Kundasang sahaja balik tu kami memang all naik grab ja.. kat KK
- HOTEL KUNDASANG RM320 2 malam (WIND VALLEY)- recomend walaupon ke dalam..
- GRAB RM40 -km guna masa kami kat KK jaa
- HOTEL KK RM300 2 malam – CJ RESIDENCES- (Hotel ni tingkat 2.. kalau anak ramai tak recomend tapi saya suka sebab hotel memang mewah dalam dia.. cuma sempit … untuk berdua ok la..)
- Melangkap homestay RM150 1malam
- Makan di kundasang RM400
- Makan di melangkap RM60
- Minyak kereta RM70
- Makan di KK (ee fish gril ) rm96- recomend sebab murah portion dia memang banyak gila..berbaloi makan…
- Makan di todak RM86- ni kena buat muka tak malu tawar harga.. tawar sampai puas hati..
- Kudap-kudap RM100
- Masuk dairy farm/ fish spa/ arnab village RM36
- Ambil gambar di kundasang RM13
- Beli buah-buahan di Kundasang RM70
- Cenderahati RM150
- Makanan lain RM100
- Makan di KKIA RM200 (sebab flight delay kt 9 jam keja makan ja la)
- LOKAN /nyoq BAKAQ RM33-tapi perut sis tak dapat terima balik dari tu cirit-birit seharian sampai lembekkk
Gambaq jangan kata la nak amek satu-satu pon jenuh.. kalau dengan anak
ANGGARAN KASAR RM2800
TOTAL HANGUS RM3200 ALL ..
PERCUTIAN
- 2 dewasa
- 2 orang kanak-kanak
- 1 baby 9 bulan
Kredit: Nueha Ariffin
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Day Trip Ke Pulau Tuba Langkawi. ‘Hidden Gem’ Paling Berbaloi Diterokai Sambil Layan Mee Udang!
Buat masa ini Langkawi menjadi travel bubble bagi merancakkan lagi industri pelancongan.
Jika sebelum jika bercuti ke Pulau Lagenda ini kita hanya ke tempat biasa seperti pekan Kuah, Gunung Matchingcang, Island Hoping atau melawat eco tourism, tetapi kali ini apa kata bercuti ke bahagian pulau.
Rupanya di Langkawi terdapat juga pulau yang cantik untuk diterokai. Antaranya adalah Pulau Tuba.
Ayuh, ikuti perkongsian itinerary Helmi Baharum dari sahabat Backpacker Buddies Malaysia untuk day trip ke Pulau Tuba, Langkawi yang cukup sinonim dengan penggemar mee udang.
𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐘𝐓𝐑𝐈𝐏 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐓𝐔𝐁𝐀:𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐘𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐄 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
+ Itinerati ringkas
Maksud Tuba: Sejenis tumbuhan di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik barat-daya yang biasa digunakan untuk meracun ikan.
Meh sini nak menuba/meracun pemikiran anda agar berkunjung ke sini.
Bersih-Pulau Ini sangat bersih, teratur dan tersusun. Paling penting pulau ini nampak tenang saja dan tidak sesak.
Murah-Kos makan di sini murah.Tapi kalau dah melantak mee yang popular itu memang costly sikit lah. Kos pengangkutan pun sangat murah.
Cantik-tak perlu pun pakej island hoping kalau setakat nak tengok kebiruan laut dan kecantikan pulau-pulau di sini pun best.
Penduduk tempatan yang ramah-saya di bawa penduduk tempatan sampai point mula nak hiking yang agak sukar dijumpai.
Pengalaman lain tumpang caj henset di kedai runcit sebab habis terus bateri, makcik siap tanya ‘awat sat sgt hang caj’? (Aku pun dah segan lama dah rasa)
Last but not least of course sebab banyak lokasi-lokasi menarik. Serba ringkas itinerary dan kos seperti berikut:
– 11pagi: Bot penumpang di Jeti Marbel Pulau Langkawi RM5 sehala.sambil nak tunggu bot kita pekena nasi lemak dulu di jeti.Memang padu
Bot tiba di Jeti Pulau Tuba setelah 10 minit perjalanan.Sewa motorsikal RM14 + pergi tuang petrol RM2.
– 11.30-2.00pm: Hiking 30 minit ke Bukit Batu Licin, turun kurang 20 minit, selebihnya menikmati keindahan di puncak bukit.
– 2-3.30pm: Mandi di air terjun Kg Selat Bagan Nyior. Walaubagaimanapun lokasi ini adalah dah masuk kawasan Pulau Dayang Bunting. Balik singgah jap Barkat Chalet-lokasi shooting filem Ombak Rindu.
– 3.30-5.00pm: Pantai Tanjung Pandan dan makan mee combo-Kombinasi seafood hanya RM20.most recommanded dengan berdepan lautan luas.
– 5.30-6.00pm- Bukit/Gua Batu Kecil
– 6.00-6.45pm- Padang ragut kerbau Pulau Tuba.penutup trip diakhiri lawatan hijau luas memukau macam kombinasi lautan lumut dengan kawasan sawah padi.Di sini khabarnya dulu kawasan sawah padi yang ditinggalkan.
– 7.00pm-bot pulang ke Pulau Langkawi
Nota kaki:Done jejak 8/99 Pulau di Langkawi.Tersisa lagi 91
Artikel Berkaitan:
‘Unplanned Short Trip’ Ke Langkawi. Tetap Puas 3H 2M Layan Eco Tourism Di Pulau Lagenda!
Ini Senarai Hotel Murah Sekitar Pekan Kuah Langkawi, Untuk Yang Ada Bajet Terhad
Gaya Mewah & Lebih Privasi. Ini 12 Resort Tepi Pantai Paling Best Untuk Staycation Di Langkawi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Hari Rentas 6 Negara Di Benua Eropah
TEKS & FOTO: AZWA RAHMAN
Rancangan ke Eropah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Sering mengembara ke negara di benua Asia membuatkan kami terfikir, apa kata kita pergi nikmati musim sejuk di Eropah?
Tidak sangka rakan kembara saya ketika itu bersetuju dengan cadangan ini. Sering mengikuti laman backpackers di Facebook, membuatkan kami kaji sedalamnya apakah negara yang akan dikunjungi serta laluannya.
Akhirnya kami memilih laluan UK-Perancis-Belgium-Belanda-Jerman-Switzerland. Tiket penerbangan kami beli beberapa bulan awal daripada tarikh yang dirancang.
Setelah meneliti beberapa penerbangan, akhirnya kami memilih Oman Air untuk ke London dan pulang ke Kuala Lumpur dari Zurich, Switzerland. Pertama kali ke Eropah membuatkan kami cukup teruja untuk menikmati musim sejuk di negara orang serta keindahan alam ciptaan Tuhan.
Kata teman-teman, mengembara pada musim sejuk ini mahal. Benar, kami perlu membeli segala kelengkapan barangan musim sejuk bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Maklumlah, pertama kali ke negara musim sejuk. Sebulan sebelum tarikh penerbangan iaitu pada 7 Disember 2017, persiapan selesai hampir 80 peratus termasuk menukar wang.
Seminggu sebelum berlepas, kami mencari beberapa keperluan makanan seperti sambal ikan bilis segera, mi segera, ubat-ubatan dan sebagainya.
LONDON
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Oman mengambil masa selama 6 jam 30 minit. Tiba di Oman pada jam 2 pagi, kami berlari untuk mencari penerbangan ke London memandangkan masa transit hanya 1 jam setengah sahaja.
Kami meneruskan perjalanan ke London untuk 7 jam lagi. Tiba di lapangan terbang Heathrow seawal jam 6 pagi, suhu menunjukkan -1 darjah Celsius.
Kami memulakan hari pertama di London dengan pergi ke Universiti Oxford. Cuaca di London cukup sejuk dengan hujan salji.
Melihat tempat-tempat penggambaran filem Harry Potter di Universiti Oxford begitu mempesonakan. Kemudian kami ke Bicester Village, ia umpana JPO jika di Malaysia.
Jualan murah Krismas sedang berlangsung dan ramai orang ke sana untuk membeli barangan berjenama mewah pada harga berpatutan. Kemudian kami terus ke Hotel Mercure, London.
Malamnya kami menikmati makan malam di restoran Nando’s yang menyediakan sajian halal buat Muslim. Keesokan paginya, kami bergerak ke Buckingham Palace, London City Hall, Tower Brigde, Westminster Abbey, Trafalgar Square dan Big Ben.
Hampir setengah hari, kami ke London Central Mosque untuk menikmati makanan halal yang disediakan di restoran dalam masjid. Petang kami terus ke Oxford Street untuk membeli-belah.
Tujuan utama, Primark! Dua jam kami habiskan masa membeli-belah. Malam pula kami ke restoran Mr. Fish untuk menikmati fish & chip.
PARIS
Jam 5 pagi kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Paris. Dari London, kami menaiki bas ke pelabuhan Dover menyeberangi selat Inggeris ke Paris dengan kapal persiaran.
Untuk tiba di pelabuhan Calais di Paris, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Perasaan teruja bertambah apabila melihat papan tanda jalan semuanya dalam Bahasa Perancis.
Dari Calais ke Paris, ia mengambil masa selama 4 jam. Kami hanya tidur di dalam bas sehingga tiba di Paris.
Destinasi pertama apabila tiba di Paris ialah Galaries Lafayette. Cuaca di Paris mendung dengan suhu lebih sejuk berbanding London.
Berkesempatan masuk ke dalam gedung barangan mewah, Sephora, Zara dan sebagainya. Kami sempat membeli-belah barangan Zara kerana harganya jauh lebih murah.
Petang baru kami bergerak ke hotel di Campanile de Porte. Keesokannya kami meneruskan perjalanan ke mercu utama Paris seperti Notre-Dame Cathedral, Muzium Lourve, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Grand Mosque, Place De La Concorde, Avenue des Champs-Elysees dan semestinya Eiffel Tower.
Memandangkan angin kencang dan cuaca mendung, kami tidak dibenarkan ketingkat atas Eiffel Tower. Hanya ke tingkat dua sahaja.
Namun pemandangan seluruh Paris dari tingkat dua itu sahaja sudah membuatkan kami ternganga seketika. Cantiknya!
BRUSSEL
Dari Paris ke Brussels, kami bergerak menaiki bas dan mengambil masa selama 4 jam. Kami disambut dengan salji memutih setibanya di Brussels, ibu negeri Belgium.
Bandar kecil Brussels cukup cantik dengan struktur bangunan dan seni bina. Kami singgah ke Atonium, sebuah mercu tanda Brussels.
Seterusnya bergerak ke bandar Brussels. Di sana, kami sempat menikmati wafel Belgium dan coklat halus buatan Belgium yang cukup terkenal.
Kami menghabiskan masa di Grand Palace, Mannekan Pis serta Hard Rock Brussels. Kami tidak menginap di Belgium dan meneruskan perjalanan ke Amsterdam.
AMSTERDAM
Perjalanan ke Amsterdam dari Brussels mengambil masa selama 3 jam menaiki bas. Kami menginap di Rotterdam.
Esoknya, kami menjelajah ke Zaanse Schans, sebuah kawasan kampung yang mengetengahkan barangan pelancongan Belanda seperti kasut clog dan keju.
Pemandangan indah kincir angin dan kawasan kampung ini memberikan pengalaman baru buat kami. Perjalanan diteruskan ke bandar Amsterdam untuk aktiviti canal cruise.
Kapal ini membawa kami menelusuri bandar Amsterdam menerusi sungai di sekitarnya. Ternyata Amsterdam sangat cantik dan romantis.
Malamnya kami meneruskan aktiviti membeli-belah dan makan malam di Kalverstraat.
JERMAN
Esoknya kami memulakan perjalanan ke Colonge yang mengambil masa selama 3 jam. Tiba di Colonge, kami melawat Colonge Cathderal yang tersergam indah serta bersiar-siar di bandar Colonge.
Seterusnya kami ke bandar Frankfurt, 2 jam dari Colonge. Malamnya kami menginap di Holiday Villa Frankfurt dan berjalan di kawasan sekitar.
Esoknya sebelum memulakan perjalanan ke Switzerland, kami singgah di Romerberg, sebuah pekan kecil di Frankfurt yang cukup unik dan ke Tasik Titisee.
Tasik Titisee merupakan tasik semulajadi yang sangat cantik, terletak di atas pergunungan. Dari Titisee, kami bergerak memasuki Switzerland yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
SWITZERLAND
Dari sempadan Jerman-Switzerland, kami perlu berhenti di pejabat imigresen untuk pengesahan pasport dan barangan yang dibeli bagi tujuan VAT.
Kami bergegas meneruskan perjalanan ke Rhinefalls, air terjun terbesar di Eropah memandangkan pukul 4 petang cuaca sudah mulai malam.
Berpeluang melihat air terjun tersebut dari jarak beberapa kaki sangat menarik dan dapat melihat perkampungan kecil ditepi air terjun tersebut begitu menenangkan. Hampir malam, kami menikmati makan malam di sebuah restoran India halal dan terus check–in di Ibis Adliswil, Zurich.
Pagi esoknya kami ke bandar Luzern, 1 jam dari Zurich. Kebetulan ada pasar pagi di bandar tersebut dan kami turut berjalan-jalan melihat barangan yang dijual.
Kami menelusuri Chapel Brigde, jambatan yang menghubungi dua kawasan di Luzern, Lion Monument dan membeli-belah coklat Swiss di Bucherer dan Casa Grande.
Kemudian kami bergerak ke Mount Titlis untuk aktiviti kereta kabel dan bermain salji. Sejam mendaki gunung dengan bas, kiri dan kanan hampir semuanya dilitupi salji tebal dan sampai sahaja di atas pemandangannya sangat indah dan mempesonakan.
Kami menaiki kereta kabel merentasi pergunungan Titlis dan di sini ramai orang bermain ski tidak kira peringkat amatur ataupun profesional. Tiba di atas puncak bukit, suhu -14 darjah Celsius dan salji tebal sedikit menghalang pergerakan kami untuk bermain salji namun tetap puas.
3 jam kami habiskan masa di atas dan menikmati kopi panas, kami mula turun ke Engelberg dan makan malam di sebuah restoran Pakistan di situ. Keesokannya merupakan hari kami ke Kuala Lumpur.
Selesai check-out jam 11 pagi dari Zurich, kami bersiar-siar di bandar moden Zurich. Kami sempat melawat Zurich Opera House, The Stadthaus, Quai Bridge dan berakhir di pasar Krismas di Bahnhofstrasse.
Petang kami segera bergerak ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam. Biarpun meninggalkan negara sejuk ini, kami berazam untuk mengumpul duit dan kembali lagi ke sini untuk menikmati musim panas.
Selamat tinggal Switzerland, terima kasih untuk semua memori indah ini dan kami pasti akan kembali.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI