
Semua masjid dan surau di negara tidak dibenarkan mengadakan solat tarawih berjemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. keputusan itu dibuat selaras dengan penguatkuasaan bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Dengan keputusan itu, masyarakat Islam digalak melakukan solat sunat tarawih di rumah bersama ahli keluarga kerana ia tidak mendedahkan diri kepada risiko penularan COVID-19. Hanya petugas masjid dan surau yang terpilih sekitar tiga orang yang dibenarkan bagi melaungkan azan dan menunaikan solat tarawih.
Ini merupakan perkara yang asing bagi umat Islam di Malaysia kerana solat Tarawih merupakan amalan yang seringkali dilakukan secara berjemaah di seluruh masjid dan surau di Malaysia. Melalui perkongsiaan sebuah portal, ada kongsikan beberapa keping suasana solat tarawih pertama di Masjid Negara malam tadi.
Melihat foto-foto tersebut pasti ramai yang rasa sebak dan terkesan. Rindu rasa untuk menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid seperti yang dilakukan saban tahun ketika bulan Ramadan.
Sumber: malaysiagazette
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Lokasi Mesti Singgah Bawa Anak Kecil Jalan-Jalan, Lepas PKPB Ditamatkan Di KL

Selepas PKPB ditamatkan kelak, bagi anda yang berada di sekitar atau berhampiran dengan Kuala Lumpur , apa kata jaga SOP dan bawa keluarga tersayang singgah beberapa destinasi menarik di sekitar bandar metropolitan ini.
Lama sangat anak-anak 'terkurung' di rumah pasti mereka rindu untuk mengambil angin sebentar di luar rumah. Antara lokasi yang dicadangkan LIBUR seperti destinasi:
- KL Bird Park
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, destinasi ini sangat terkenal serta sesuai untuk mereka yang cintakan haiwan dan alam sekitar. Selain menjadi tempat tumpuan ramai untuk bersantai melihat pelbagai spesies burung, KL Bird Park juga merupakan tempat terbaik untuk sesi pembelajaran buat anak kecil mengenal habitat unggas ini. Kebanyakkan burung-burung ini berasal dari Malaysia. Hanya 10 peratus dari luar Negara. Ciri utama yang membezakan KL Bird Park dari mana-mana taman burung lain adalah konsep bebas beterbangannya.
Malah, terdapat beberapa kawasan di mana burung bebas terbang ke mana sahaja yang ingin ditujui, tidak kira kecil atau besar. Terdapat beberapa jenis burung yang memang perlu dikurung dalam sangkar khas seperti helang dan burung hantu. Apabila tiba waktu makan, pengunjung diberi peluang membantu petugas memberi makan kepada burung-burung ini. Antara diet harian yang diberikan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan lepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan dengan burung yang berwarna-warni dan cantik di dalam taman itu, iaitu burung Nuri dan Kakak Tua.
- Taman Rama-Rama
Rama-rama adalah serangga yang dianggap sebagai mahkluk yang cantik dan menjadi kegemaran sesetangah peminat landskap. Bagi mereka, kewujudan rama-rama membuktikan kawasan tersebut begitu indah dan tenang. Dikerumuni rama-rama saat berjalan di taman nan menghijau bagai di alam fantasi. Di Kuala Lumpur terdapat sebuah Taman Rama-Rama yang agak lama dibuka kepada umum sejak tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi mengenai rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna, kemudian bertukar menjadi kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Mengunjungi Taman Rama-Rama Kuala Lumpur bersama keluarga dan kanak-kanak sememangnya destinasi yang bijak kerana pengunjung bukan saja boleh melihat rama-rama tetapi mempelajari banyak mengenai serangga yang cantik itu. Waktu pagi adalah masa terbaik untuk datang dan melihat sendiri rama-rama kerana pada waktu pagi rama-rama ini keluar mencari makanan. Taman ini mempunyai landskap menarik dengan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan tumbuhan yang menjadi rumah serta makanan kepada si rama-rama. Antara spesies rama-rama di sini yang menarik perhatian seperti Rajah Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle, Malay Lacewing dan Indian Leaf yang diklasifikasikan sebagai rama-rama tercantik.
- Petrosains & Aquaria KLCC
Terletak di Menara Berkembar Petronas, di sini ada menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dunia nawah air. Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaji Pemandu Pelancong Boleh Cecah RM10k Sebulan, Korang Rasa…?

Kerjaya sebagai pemandu pelancong ni selalunya orang tak begitu pandang sangat sebab kerja tak ada pejabat, tak pakai kemeja, ke hulu ke hilir bawa pelancong. Tapi mana yang tidak tahu, kerjaya sebagai pemandu pelancong ini menawarkan gaji yang cukup lumayan. Kadang-kadang kalau dikira balik, gaji mereka lagi mahal daripada gaji eksekutif di syarikat-syarikat besar.
Mana tidaknya, gaji mereka dikira setiap hari dan rate minimum sehari adalah RM200. Anda cuba kira kalau mereka kerja lima hari dalam seminggu, tak dapat RM1,000? Itu kalau dibayar RM200 sehari, kalau lebih? Itu belum termasuk dengan pendapatan sampingan yang lain.
Sekiranya anda pemandu pelancong yang professional dan mendapat rating tinggi daripada client, sudah tentu bayaran anda lebih tinggi berbanding mereka yang lain.
Jadi tak mustahil untuk dapat pendapatan mencecah 5 angka sebulan sekiranya betul-betul rajin berusaha.
Selain daripada gaji yang lumayan, ini antara perkara-perkara lain yang menarik mengenai kerjaya sebagai pemandu pelancong:
- Masa kerja yang tidak terbatas dan fleksibel
Anda tak perlu nak ikut office hour. Tak ada dateline penting yang perlu dikejarkan. Anda lebih bebas dalam menentukan masa kerja anda. Bergantung kepada jadual lawatan pelancong yang anda bawa.
- Banyak peluang kerja
Ada banyak job yang anda boleh buat diluar sana dan anda juga boleh memilih untuk tidak terikat kepada mana-mana company. Ramai pemandu pelancong yang bekerja freelance dan mereka mempunyai network besar untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
- Tidak payah susah-susah jadi salesman
Apa sahaja produk yang anda perlu jual? Tak ada. Yang anda perlu jual hanyalah communication skill, information dan rapport anda kepada client.
- Tak perlu kejar sales dan marketing
Ramai pemandu pelancong yang jadi freelance ini bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Agensi pelancongan inilah yang akan cari sales dan boost up marketing untuk mempromosikan produk pelancongan. Anda hanya perlu bawa pelancong sahaja.
- Tak perlu perah otak untuk hafal formula bom atom
Hanya perlukan minat yang dalam dan keinginan yang tinggi. Kalau anda betul-betul minat dan berkeinginan, InShaaAllah, setiap perkara akan menjadi mudah untuk anda membawa pelancong ke mana-mana dan menyampaikan informasi dalam cara yang terbaik.
Untuk pengetahuan anda, ada berpuluh-puluh agensi pelancongan yang baru, wujud di seluruh negara setiap tahun. Oleh demikian, potensi untuk anda mencari peluang pekerjaan dalam bidang pemandu pelancong ini sangat tinggi lebih-lebih lagi kepada student.
Tip kepada student, cuba ambil lesen untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah.
Daripada menghabiskan masa cuti semester berbulan-bulan tak buat apa, baik jadi pemandu pelancong. Selain dapat sikit wang saku, dapat juga anda berjalan-jalan mengembara, bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan, tinggi pengetahuan.
kredit gambar: travelmassive.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 ‘Pit Stop’ Korang Wajib Singgah Jika Ke Mukah, Sarawak

Bumi Kenyalang, negeri yang sangat menarik untuk diterokai kerana bukan sahaja memiliki sejarah yang unik malah kaya dengan alam semula jadi, budaya dan berbilang bangsa termasuk kaum peribumi.
Selain berkunjung ke ibu negeri Sarawak yang bertempat di Kuching, anda dicadangkan untuk teroka daerah Mukah.
- Jika anda tiba melalui penerbangan udara dari Sibu, sambung percutian ke pekan Mukah dengan menaiki bot ekspres yang mengambil masa perjalanan kira-kira dua jam dan rasai keenakan mi udang galah di pekan Oya dan Dalat dengan harga yang sangat berpatutan.
- Tiba di Kampung Telian, seeloknya menginap di Lamin Dana Cultural Boutique Lodge untuk merasai pengalaman menarik tinggal di rumah tradisional kaum Melanau yang dipanggil Rumah Tinggi.
- Sudah sampai di Mukah, wajib ke Sungai Misan dengan sampan untuk melawat kebun sagu dan melihat bagaimana pohon sagu dikeluarkan dari hutan dan seterusnya ditolak ke dalam sungai, lalu di bawa ke tempat pemprosesan. Sagu adalah makanan ruji di kawasan itu dan selepas diproses ia menjadi tepung, bebola serta banyak lagi yang menjadi sumber pendapatan bagi penduduk.
- Dari Sungai Misan, selusuri pula Batang Mukah hingga sampai ke Pasar Ikan Mukah untuk membeli beberapa makanan kampung seperti pucuk paku, tepung sagu (untuk dibuat linut), umai (kerabu ikan mentah segar) dan ulat sagu.
- Disebabkan kedudukannya di muara sungai, Mukah juga kaya dengan hutan bakau seperti Taman Tanjung Pedada berhampiran jeti Mukah.

- Jangan lupa bergambar di Jambatan Batang Mukah berukuran 243 meter yang siap dibina pada 2006 merentasi Sungai Gigis.

- Tidak jauh dari situ, lawati juga Boulevard Setia Raja iaitu taman hijau dengan air pancut yang tersedia tempat untuk membeli-belah.
- Sebelum pulang, singgah di Kilang Memproses Kuih Asli Kampung Judan yang terkenal dengan pembuatan Kuih Sepit dan Kuih Gunting untuk rasai keenakannya selain boleh dibeli sebagai ole-ole.
Jom cuti-cuti Malaysia, terokai Bumi Kenyalang!
Foto: sarawaktourism.com | Sumber: HMOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI