Arab Saudi telah membenarkan Masjid Nabawi di Madinah dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat, bermula 31 Mei 2020.
Seluruh masjid di negara itu, kecuali di Makkah, dibolehkan beroperasi dan membuka ruangnya semula kepada jemaah sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan perintah berkurung yang dikuat kuasakan bagi membendung penularan COVID-19.
Langkah berjaga-jaga yang ketat telah dilaksanakan, termasuk dengan mengehadkan bilangan jemaah sehingga 40 peratus pada satu masa.
Jemaah yang berada di masjid dosarankan untuk membaca Al-Quran di telefon pintar masing-masing atau membawa kitab Al-Quran dari rumah.
Selain itu, jemaah juga perlu menggunakan sejadah sendiri dan patuh penjarakan sosial dua meter.
Mereka yang di bawah 15 tahun dilarang menunaikan solat di masjid.
Jemaah dituntut memakai pelitup muka serta elak berjabat tangan serta bersesak di pintu masjid.
Ini pula perkongsian daripada sumber daripada facebook Nursyahirah Ramlee
Masya Allah Tabarakallah.
Alhamdulillah Pintu Masjid Nabawi sudah dibuka. Sedih pula tengok pekerja pekerja tu buka gate. Seperti sudah terlalu lama masjid ditutup.Sebak. Tetapi ada syarat syarat tertentu yang agak ketat sebelum memasuki perkarangan masjid Nabawi.
Antaranya:
Pastikan berwudhuk sebelum ke masjid(difahamkan tempat utk berwudhuk ditutup)
Memakai mask
Dilarang membawa makanan dan minuman
Karpet di masjid tidak disediakan.Jadi perlu membawa sejadah sendiri.
Tidak dibenarkan membawa kanak kanak
(Agak sukar bagi kami yg mempunyai anak2 jika hendak ke masjid,mungkin perlu bergilir gilir dengan suami utk jaga anak bila salah sorang sedang solat,dan sorang lagi perlu tunggu di kereta.)
Buat sementara ni kami belum ada perancangan nak pergi lagi sbb risaukan anak2.Tetapi insyaAllah akan jejak juga utk bbrapa kali sebelum ditutup semula.
Raudhah masih belum dibuka
Pastikan sentiasa memakai “hand sanitizer”
Moga Allah mudahkan segalanya,juga seluruh umat Islam dilindungi Allah.
Sama sama kita doa wabak ini pergi
Moga seluruh umat Islam boleh datang seperti biasa dan dapat melakukan umrah.