Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban.
Selain itu,pengunjung juga berpeluang untuk menjejak di kawasan Skybridge KLCC, jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas di tingkat 41 dan 42 tersebut. Berada di sini nyata memberi pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran Kuala Lumpur dari aras tinggi.
Pengunjung di The Skybridge hanya dibenarkan berada di sini untuk tempoh masa 15 minit saja sebelum dibawa naik ke lantai 86 yang terletak di ketinggian 370 meter. Di tingkat 86 ini, menempatkan pelantar pemandangan bagi menyaksikan panorama lebih menakjubkan! Pengunjung akan berada di situ untuk tempoh masa 15 minit lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, ambil peluang untuk berjalan di jambatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Segan la..warga asing berpusu-pusu datang ingin cuba berjalan di laluan jambatann menara kebanggan kita ini, tetapi kita sekali pun tidak pernah jejak.
Teringin nak naik Skybridge? Ini peluang menarik yang tidak harus dilepaskan! Sekarang ini ada tawaran menarik khas untuk rakyat Malaysia, tiket untuk dewasa hanya RM20 dan kanak-kanak RM10 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke https://www.petronastwintowers.com.my/
Ads
Ads
Ads
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Tapi Kenapa?
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
LAUTAN dan hidupannya adalah sesuatu yang sangat misteri untuk kita. Kebanyakan daripada kita sering tertanya-tanya apa yang ada di bawah permukaan lautan yang luas, dalam dan gelap itu? Malah tidak kurang ada juga di antara kita yang sedang terfikir bagaimanakah rupa atau bentuk muka bumi sebenar di bawah lautan?
JURANG MARIANA
Jurang Mariana yang terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina ini merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina dan ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.Jurang tersebut membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina.
Antara hidupan di Jurang Mariana
Bahagian The Challenger Deep adalah lokasi paling terkenal di lautan bumi di mana ia jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).
Ini bermakna, Gunung Everest pun akan tenggelam sekiranya ditempatkan di The Challenger Deep!
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut. Ukuran kedalaman pertama Jurang Mariana dibuat oleh kajian kapal British HMS Challenger, yang telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja pada tahun 1875 untuk menjalankan penyelidikan ke aras jurang yang sama. Kedalaman paling besar dicatatkan pada masa itu adalah 8,184 meter (26.850 kaki). Pada tahun 1951, sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja, juga dinamakan “HMS Challenger,” kembali ke jurang itu untuk melakukan pengukuran tambahan. Mereka mendapati lokasi yang lebih dalam dengan kedalaman 10,900 meter (35,760 kaki) ditentukan oleh echo bunyi. The Challenger Deep dinamakan selepas kapal Royal Navy membuat pengukuran ini. Pada tahun 2009, pemetaan sonar dilakukan oleh penyelidik di atas kapal RV Kilo Moana, yang dikendalikan oleh Universiti Hawaii.Pengukuran terbaharu dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal & Ocean Amerika Syarikat pada tahun 2010, di mana hasilnya mencatatkan kedalaman sehingga 10.994 meter!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mungkin dalam masa terdekat ini kita masih belum berpeluang untuk melancong ke luar negara akibat penularan Covid-19 yang masih lagi melanda dunia. Namun tidak semestinya kita harus putus asa dan padamkan hasrat melancong ke lokasi idaman.
Melakukan peerbangan jarak jauh adalah satu perkara yang agak mencabar. Terutamanya buat seseorang yang mungkin masih tidak biasa. Bayangkan
penerbangan ke Australia pun sudah ambil masa selama 6 hingga 7 jam pun sudah pening kepala.
Cuba bayangkan pula jika terbang ke Switzerland (Eropah), selama 12 jam. Itu belum lagi ke Amerika yang memakan masa sekitar 20-22 jam. Memang mati kutu duduk lama-lama dalam kapal terbang. Budak-budak 90 an kata “Memang berjanggutlah menunggu!”
Sebenarnya ada cara menghilangkan kebosanan melampau yang melanda diri sepanjang penerbangan.
1. Sediakan Hiburan
Kalau kapal terbang bertaraf ‘national carrier’ seperti MAS, memang kamu boleh layan filem atau permainan video pada skrin yang disediakan. Tetapi, macam mana pula bila naik penerbangan tambang murah? Takkan nak sewa gajet kot? Kena tambah kos lagi. Jawapannya, kena bawa sekali Ipad atau tablet yang kamu ada dan isi di dalamnya filem-filem atau aplikasi permainan yang kamu suka. Bateri juga perlu caj sepenuhnya sebelum penerbangan dan jangan lupa beli headphone sekali agar bunyi daripada tablet anda tidak menggangu orang lain. Untuk yang travel dengan anak-anak, muat turun cerita-cerita kartun yang mereka suka atau bawa sekali game board yang mudah seperti papan dam atau mini Saidina untuk habiskan masa terluang.
2. Minum Banyak Air Kosong (Elakkan kafein!)
Apabila travel long haul flight, perasan tak kita akan mudah rasa haus, lesu tapi susah nak tidur? Sebabnya badan korang mengalami dehidrasi akibat terlalu lama sangat berada pada altitud yang tinggi hingga membuatkan korang rasa haus.
Cara nak cepat tidur, banyakkan minum air kosong. Kalau nak lagi mudah tidur, amalkan minum Teh Cina atau Teh Jepun, mesti kamu akan lebih mudah untuk tidur. Untuk air kosong, beli sesudah melepasi checkpoint imigresen dan minum sebelum boarding. kalau beli sebelum itu nanti keran rampas pula botol air yang dibeli. Seperkara lagi, elakkan minum minuman bergas dan berkafein kerana kerana ia akan membuatkan kamu sukar tidur!
3. Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan, terutamanya apabila nak ke tandas atau dalam tandas lapangan terbang untuk regangkan semula otot-otot badan kamu. Kalau mahu cara lebih mudah, bangun dari kerusi dan pergi meronda daripada kerusi hadapan sampai ke kerusi belakang sebelum duduk semula di kerusi kamu. Sekurang-kurangnya takdelah badan terasa ketat sangat.
4. Bawa Buku & Majalah
Bawa buku dan majalah yang tebal-tebal sikit. Kalau dalam penerbangan yang berbelas jam, boleh baca buku-buku itu sampai ‘lebam.’ Tidak kisahlah buku bahasa Inggeris ke atau
majalah kesukaan kamu. Inilah masanya untuk kamu mula balik membaca buku dan tinggalkan sekejap gajet-gajet yang ada.
5. Selesakan Diri
Cara mudah nak selesakan diri ketika penerbangan jarak jauh ialah dengan memakai pakaian yang sesuai. Pakai pakaian yang ‘light weight,’ tidak terlalu tebal dan kalau boleh materialnya diperbuat daripada kapas.
Kalau mahu bawa jaket, bawa yang ‘light weight’ agar mudah dilipat dan disimpan seperti jaket Uniqlo. Untuk memudahkan kamu tidur. Boleh juga bawa eyemask dan neck pillow.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!