Scammer Di Tanah Suci, Wanita Ini Kongsi 6 Jenis Penipuan Jemaah Patut Waspada!

Share

Memang tidak dinafikan, berada di tanah suci pun, scammer atau kumpulan penipu ini tetap ada. Paling membimbangkan jemaah Malaysia selalu menjadi sasaran mereka.

Supaya tidak menjadi mangsa, perkongsian daripada Puan Masnira Ramli, warga Malaysia yang menetap di Arab Saudi ini boleh dijadikan panduan.

Scammer Di Tanah Suci, Wanita Ini Kongsi 6 Jenis Penipuan Jemaah Patut Waspada!

Beliau berkongsi tentang ciri-ciri scammer yang selalu mendekati jemaah di Makkah supaya kita lebih berhati-hati agar tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan.

Scammer alert di Makkah

Mutakhir ini jemaah umrah kembali memenuhi Makkah dan Madinah, maka muncullah kembali kumpulan penipu ataupun dipanggil scammer menggangu jemaah umrah terutama jemaah kita.

Kenapa mangsa ramai kalangan jemaah kita? Kerana orang kita biasanya sentiasa bersangka baik di dalam tanah haram, sentiasa menjaga akhlak dan juga sebolehnya tidak mahu sebarang perkara tidak baik berlaku. Itu lah beberapa sebab mengapa scammer sangat ‘gemar’dengan orang kita. Jadi hati-hatilah ya semua jemaah.

Ada yang berkata, “saya takut nak bersangka buruk. Risau malaikat yang sebenarnya menyamar dan mahu menguji kita di Makkah.” Di sini, saya cirikan beberapa jenis scammer yang muncul kebelakangan ini. Semoga dapat membantu semua supaya lebih berhati-hati.

1) Scammer Hajarul Aswad

Dulu hilang sekejap, kini dan keluar semula. baru-baru ini beberapa orang terkena! Modus operandi mereka, akan offer bantuan untuk bawa jemaah cium Hajarul Aswad. Ya, memang akan dapat dengan cara menolak orang lain dan bertempur. Selepas itu, mereka akan mengenakan bayaran yang tak masuk akal. Beribu riyal pun ada.

2) Scammer “can u speak english?”

Ini jenis akal panjang boleh buat batu cincin. Buat cerita sedih. Ada yang siap bawa isteri dan anak dalam stroller. Jalan cerita lebih kurang sama bertahun-tahun, tak ada duit nak beli tiket balik. Duit semua habis kena curi. Nak makan pun tak ada duit dan minta kita dermakan. Bagi sikit dia akan minta lebih.

3) Scammer “saya ambilkan gambar, anda bayar!”

Scammer ini akan offer jemaah service ambil gambar guna camera polaroid mereka. Siap costume serban diletakkan secara tiba-tiba atas kepala kita. Lepas tu ambil gambar kita dalam keadaan paksa rela! Minta kita bayar. Bukan sikit ya tapi ratus-ratus. Entah muka kita jadi macam mana diambil. Ya lah, paksa rela kan. Entah-entah bibir muncung sedepa. Lagi nak suruh bayar! Kita selfie sendiri lagi cantik.

4) Scammer teksi

Tak semua tapi ramai saja yang kena. Pastikan jumlah berapa yang dipersetujui sebelum anda menaiki teksi. Kalau driver minta lebih, tegaskan jumlah yang dipersetujui sahaja.

5) Scammer pelajar Makkah dan minta duit

Ini yang terbaru saya baru dengar dari beberapa orang jemaah. Ada 2,3 orang approach dengan cerita yang sama. Katanya mereka adalah pelajar di Makkah, tunjuk wallet kosong dan minta kita berikan duit. Macam biasa, tidak mahu jumlah yang sedikit. Ada yang memaksa sehingga mengikut pergi ke ATM.

6) Scammer pengusaha Pusat Tahfiz di Makkah

Minta jemaah berhati-hati juga dengan scammer yang datang tegur di dalam masjid, memberitahu bahawa dia adalah seorang pengusaha sekolah tahfiz dan minta sedekah dengan kadar yang banyak! Khabarnya mereka sangat agresif sehingga memaksa ke ATM dan keluarkan duit. Saya rasa scammer pelajar dan pengusaha tahfiz ni mungkin dari kelompok yang sama.

Apakah yang perlu anda lakukan jika perkara ini terjadi?

Tegas dan elak. Jangan takut dan memberikan ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Kalau mereka ikut, segera pergi ke polis atau guard yang terdekat. Mesti mereka akan lari dan tidak berani meneruskan penipuan. Sentiasalah berhati-hati ya!

Jadi jika anda berniat mahu ke Tanah Suci, berhati-hati dan jadikan perkongsian ini sebagai langkah untuk berjaga-jaga bila ada di sana nanti. Semoga bermanfaat.

Sumber: Masnira Ramli

 

Oleh
Nadia