Satu Pertiga Penduduk Bumi Maut. Spanish Flu Wabak Penyakit Terburuk Dalam Sejarah Manusia

Share

Dahulu dunia bukannya tidak pernah mengalami jangkitan penyakit berbahaya. Penyakit seperti selesema Sepanyol adalah antara penyakit yang pernah merebak sehingga mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Adakah wabak COVID-19 akan mempunyai ‘nasib’  yang sama seperti Spanish Flu atau ‘Selsema Sepanyo’?

Selesema Sepanyol merupakan pandemik influenza yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia. Kebanyakan yang maut akibat wabak ini adalah golongan belia, berbeza dengan kebanyakan wabak selsema lain, yang meragut nyawa kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit lain yang daya tahannya kurang.

Wabak ini dinamakan Spanish Flu atau Selesema Sepanyol kerana negara tersebut adalah neutral dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang bermaksud ia bebas melaporkan tahap ‘keterukan’ pandemik tersebut. Namun, negara-negara yang terlibat dalam peperangan ada yang cuba menyembunyikan laporan tentang influenza ini agar rakyat lebih semangat untuk fokus dengan peperangan dan tidak kelihatan lemah di mata musuh lawan.

Selsema Sepanyol bermula dari Mac 1918 hingga Disember 1920, dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Hampir 500 juta orang di seluruh dunia iaitu kira-kira satu per tiga penduduk bumi dijangkiti wabak ini. Terdapat lebih 20 hingga 50 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia. Mayat mangsa penuh bertimbun-timbun di rumah mayat dan tidak dituntut. Ia juga adalah wabak penyakit terburuk dalam sejarah manusia.

Pesakit yang mengalami gejala wabak ini pada mulanya akan mendapat selsema biasa, demam, menggigil dan keletihan. Pesakit biasanya pulih selepas beberapa hari namun jumlah yang pulih dilaporkan sangat rendah.

Tiada sebarang ubat atau vaksin yang berkesan untuk merawat penyakit ini. Cara wabak ini dihentikan adalah dengan mengamalkan langkah ‘Social Distancing’. Negara di dunia yang terjejas mula menutup sekolah,lokasi perniagaan dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang. Orang ramai turut dinasihatkan untuk elak berjabat tangan dan duduk di dalam rumah sahaja.

Ramai yang beranggapan Selsema Sepanyol boleh merebak dengan teruk ketika itu disebabkan kurang pendedahan cara menangani wabak, kurang sumber dana dan banyak negara lambat bertindak ekoran Perang Dunia yang meletus.

Sumber: wikipedia | iluminasi

Oleh
Husna