Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Ads
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
Ads
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Ads
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kuantan, Pahang merupakan negeri di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian Pantai Timur. Kuantan mempunyai banyak kelebihan tersendiri disebabkan kedudukannya yang berada berhampiran Laut China Selatan. Ia menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan.
Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuantan, pasti disogokkan cadangan mengenai pantai yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Teluk Cempedak dan Cherating. Apa pun, sebelum itu, mari ambil tahu mengenai sejarah asal bandar Kuantan ini. Tahun hadapan juga Kuantan bakal bertukar status menjadi bandaraya. Tahniah orang Kuantan!
Bandar kuantan merupakan sebuah kampung kecil asalnya yang didirikan berhampiran Sungai Kuantan dan mengadap Laut China Selatan. Pada asalnya, Pusat pentadbiran Negeri Pahang berada di Kuala Lipis yang kemudiannya dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1976.
Kuantan diyakini telah wujud sejak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudannya pada kurun ke-19 bermula sebagai sebuah penempatan kecil orang Melayu.
Kewujudan kampung itu (Kuantan) pernah disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi (beliau pernah dinobatkan sebagai Bapa Sastera Melayu oleh British) dimana dalam tahun 1851/52 beliau menulis dan berkata yang berbunyi begini,”
” Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari”.
Pada peringkat awal, Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kini.
Mengikut catatan sejarah, Kampung Teruntum dibuka oleh Haji Senik ( orang asal Kuantan) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an selepas menghantar rombongan Syed Abdul Rahman Syed Abdul Samad (ahli tasauf berketurunan Arab dari Daik, Indonesia) ke Johor.
Nama Teruntum pula dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang sememangnya banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.
Penduduk Kuantan ketika itu hanya mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital (HTAA) sekarang disamping menangkap ikan, bercucuk tanam dan berniaga secara kecil-kecilan.
Bukti penduduk asal menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah penempatan ialah penemuan kubur Cik Timah berhampiran Taman Esplanade (kini hadapan HTAA).
Turut dikisahkan juga, terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari sebuah daerah bernama “Kuantan” di Sumatera yang diketuai oleh Encik Besar.
Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini dipendekkan kepada perkataan “Kuantan” sehingga kini.
Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan kepuasan tersendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.
Bukit Piniapat terletak di kawasan Utara Sabah. Perjalanan kami bermula dari daerah Sandakan ke persimpangan Sapi Nangoh (Telupid), melalui jalan Bukit Ular, ke Paitan dan seterusnya ke Pitas. Kawasan perbukitan tepi pantai dengan rumput lalang menghijau, disulami dengan warna-warni bunga. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti easy and short hiking sambil bergambar bersama keluarga. Pemandangan di Bukit Piniapat seolah-olah berada di set penggambaran filem.
Jalan alternatif ke PITAS (Anggaran masa perjalanan tanpa henti):
Sandakan – Telupid (Persimpangan Sapi Nangoh) – Paitan – Pitas 285.8 km / 4 jam 30 minit
Kota Kinabalu – Kota Marudu – Pitas 168.6 km / 3 jam 30 minit
Ranau – Kota Marudu – Pitas 137 km / 2 jam 30 minit
INFO JALAN: 30 minit terakhir sebelum sampai di Pitas (jalan Sapi Nangoh), jalan raya dalam pembinaan, keadaan jalan asphalt + tanah dan berbatu. Pastikan anda tahu baca titik perpuluhan untuk mengelak kekeliruan dengan papan tanda unik 7.000km, 9.000km & 10.000km takut nanti memandu sampai ke Kalimantan . Beberapa tempat lain yang boleh dilawat di Pitas:
Floating Coral Bay
Dataran Bengkoka
Pulau Supirak
Pitas Bay View
TIKET MASUK BUKIT PINIAPAT:
Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00
Maklumat lanjut boleh tengok FB Piniapat Hill, Pitas. Sesiapa yang merancang untuk datang ke Sabah bolehlah masukkan daerah PITAS dalam itinerari anda untuk dilawat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memang seronok bila dapat camping dengan ahli keluarga, apatah lagi semuanya ada kelengkapan untuk berkhemah. Bolehlah merancang bersama untuk pacak khemah di tapak-tapak perkhemahan yang cantik dan menarik.
Trip camping family Fatihah Ab seramai 14 orang ke Kuala Mu, Sg. Siput, Perak memang happening. Membuat tempahan sejak Oktober tahun lalu, akhirnya hari yang dinanti tiba pada penghujung Februari yang lalu.
Meskipun ada cabaran untuk sampai ke Kuala Mu, namun itu semua bukan halangan untuk meneruskan perjalanan. Sempat singgah di Lata Tengkoh, Penyell yang cukup cantik dan makan makanan orang asli di sana antara momen indah buat keluarga ini sepanjang perkhemahan selama tiga hari dua malam.
Ikuti perkongsiannya:
Trip ke Pulau Desa Lestari, Pos Kuala Mu, Sg Siput. 25-27 Feb 2023
Singgah Lata Tengkoh, Penyell untuk tengok air terjun. Pergi balik kena hiking +-30 minit. Tapi apadehal, SIL hiking dengan pakai skirt je
Lepas tu baru gerak masuk Kuala Mu. Dah banyak baca review pasal difficulty jalan ni. Rupa-rupanya kereta sendiri hadap Bayangkan dgn full load barang, jalan ke sana memang turun naik curam…tetiba bau hangit dan dah tak boleh gerak naik. Terpaksa la passenger semua turun nak kurangkan berat. Kena menapak sikit gais naik bukit. Hahaha Masa balik dah kurang load sikit & tumpangkan sorang naik kereta lain. Tetap bau hangit tapi takde la langsung tak boleh gerak Yang mabuk kenderaan, sila la makan ubat mabuk siap². Confirm muntah kalau tak makan ubat
Tapi puas hati bila sampai tengok view sangat cantik. Dapat la merasa juga sampai tempat ni walaupun susah. Mungkin first dan last datang sini
Dekat sini banyak campsite tapi kitorang pilih Pulau Desa Lestari sebab tempat ni paling baru dan security lebih baik. Kebetulan dah ada tandas baru juga. Basic je tapi bersih. Nak sampai Desa Lestari ni kena cross sungai. Kalau ada 4×4 boleh cross sungai. Kalau kereta biasa macam kitorang, boleh turunkan barang dkt jambatan. Nanti anak² buah CO tolong bawa barang. Yang datang sini wajib tempah makanan tradisi dorang tau. Sedap dan portion banyak. Sampai tak habis kitorang makan
Ada 2 aliran sungai dekat sini. 1 dari Cameron, 1 dari Kelantan. Ada orang cakap sungai dari Cameron lagi sejuk. Tapi sebenarnya dua² sejuk macam ais Cuaca pun siang ke malam ke tetap sejuk dan berangin. Tidur complete pakai jaket, stokin dan sleeping bag Suhu masa subuh 18°c. So malam² tu taktau la cecah berapa suhu dia tu
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!