Kala ini mesti ramai yang rindu hendak menikmati udara laut. Indahnya bunyi desir ombak sambil menikmati remang senja nan indah. Antara pantai yang menjadi tarikan warga kota untuk berkunjung tentunya Port Dickson yang hanya sejam lebih saja perjalanan dari ibu kota.
Dikunjungi lebih 5 juta pengunjung saban tahun, ada saja tarikan terbaru di Port Dickson demi memastikan pantai peranginan ini sentiasa dikunjungi orang ramai. Sudah beroperasi sejak Mei lalu CycleDios yang menyediakan puluhan basikal untuk pengunjung beriadah menjadi daya tarikan ke sini.
Beroperasi di Batu 1, bersebelahan Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, orang ramai boleh menyewa basikal untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan sekitar.
Ada beberapa jenis basikal disediakan termasuk jenis couple, tentunya aktiviti sihat sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain ia masa menyeronokkan bagi semua orang untuk merasai angin laut.
Jadi kalau ada peluang ke pantai ini nanti, jangan lupa mencuba aktiviti santai ini iaitu berbasikal.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI