
Fokus anak cuma main air, jadi kalau menginap Homestay Legasi Sayang di Pontian, Johor pun sudah memadai.
Apa yang menarik, tempat ini kolamnya hanya depan bilik sahaja, unik dalam bentuk cabin. Jadi sambil bersembang, anda boleh tengok anak-anak main depan bilik.
Cukup sesuai kalau sesekali nak buat reunion atau berkumpul dengan adik beradik jauh. Eh, yang hala pergi kenduri pun rasanya sempat menginap di sini. Cubalah!
Antara kemudahan yang ada di Cabin ini:
1 Queen Bed & 1 Single Bed
Aircond
Ruang healing & Pool di depan cabin
Private Bahthroom
Peti Ais
Iron
Sinki dan table top
Hah, selepas ini kalau anda ada plan ke Pontian, Johor, boleh masukkan homestay ini dalam senarai untuk menginap. Puas hati anak-anak dapat main air depan bilik macam ini, syok!
Lokasi:
Legasi Sayang Cabin Pool Stay
Pt. Wak Rabu, Pulai Sebatang
Ayer Baloi, Pontian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alunan Resort Pulau Perhentian, Ini Tempat Bercinta Dengan Alam

Ramai yang berkongsi tentang keindahan Alunan Resort di Pulau Perhentian, tempatnya agak privasi dan sesuai untuk anda yang nak rehatkan minda dari kesibukan kota.
Serius, bagi anda yang nak privasi, boleh bercuti di sini. Resort dia cantik dan selesa. Kalau di Long Beach memang ramai pilih tempat ini, tenang!
Alunan Resort Pulau Perhentian, Ini Tempat Bercinta Dengan Alam
Tengok dari jauh pun dah terpesona sangat. Dengan air yang biru, nampak kehijaun pokok-pokok di sekeliling, cukup sesuai kalau sesekali kita nak merasa nikmat bercinta dengan alam.
Nampak tak dia punya pemandangan, bawah pokok dan di depan air laut biru. Kalau nak OOTD pun memang cun habis!
Di sini port famous untuk snorkelling, boleh tengok coral dan baby shark juga. Okay sekarang tengok dulu sekitarnya. Cantik, bukan?
Ini pula tempat makan sekitar situ, senang nak isi perut pun. Jadi tak perlu risau bab makan tu.
Nak tengok suasana bilik, layan gambar ini dulu. Memang selesa, dapat tepi laut pula.
Soal harga tu kena tolak tepi lah, nama pun tempat privasi. Yang penting selesa dan cantik. Sesekali reward untuk diri sendiri apa salahnya. Hah, kalau berminat ke sini, boleh tempah awal-awal sebelum penuh ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Masuk Betong Di Thailand Dengan Kereta, 2 Hari 1 Malam

Isi Kandungan
ToggleOrang kata, masuk Betong di Thailand pun best! Bukan sahaja pemandangannya cantik tetapi nak makan pun sedap.
Jadi ini lah yang dikongsikan oleh wanita yang bergelar Dila di laman Twitter, jemput baca.
Pengalaman Masuk Betong Di Thailand
Jumaat malam gerak dari Damansara, Sabtu masuk Betong dan Ahad exit Betong pukul 9 malam waktu Thai.
Urusan Kereta
Sebelum gerak, cari ejen insurans dekat Pengkalan Hulu untuk urusan paperwork.
1. Insurans Kereta (RM25)
Wajib bawa geran asal kereta.
2. TM2 form = Information Conveyance (RM4)
3. TM3 form = Passenger List (RM4)
Cost : RM33
Hari perjalanan. Memang bajet pukul 6 pagi dah kat border Pengkalan Hulu-Betong. Jadi gerak dari Damansara pukul 10 malam.
12.30pagi sampai Kuala Kangsar.
02.00 pagi sampai pekan gerik lepak kedai Thai Original Seafood.
03.00 pagi short nap dalam kereta.
Border Betong
Pukul 6 sampai pekan Pengkalan Hulu.
1. Pastikan isi minyak full tank. Ron95 diaorang 1liter 38.95 bath, jadi dalam RM5 lebih.
Bawa Myvi 1.5kms full tank 398kms. Jadi cukup untuk 2 hari di Betong – Yala tanpa perlu isi minyak.
2. Pastikan cari ejen insurans yang buka awal dalam 5 pagi, jadi senang nak ambil paperwork terus masuk Betong.
3. Ready simcard dari My.
4. Pukul 6.15 pagi masuk border Pengkalan Hulu. Immigration akan minta tengok geran asal.
Masuk saja gate customs Betong boleh park tepi untuk ambil gambar.
Immigration Betong
1. Make sure selit RM3 or 10Baht di passport.
2. Semua passenger kena turun bawa passport untuk cop entry.
3. Bawa juga 1 copy TM2&TM3.
Kesilapan Masuk Betong Sebab Excited Sangat
Tak isi borang Customs Declaration Form.
Jadi akan 2 stop.
1. Parking untuk cop passport.
2. Parking untuk Customs Form.
Saya hanya berhenti untuk passport saja tapi tak stop for customs form sebab waktu tu area customs kosong.
Waktu exit Customs Thai hari Ahad tu. Customs tahan dan kami memang cakap macam ayam dan itik. Akhirnya dia cakap this is warning. Dia lepaskan. Next time don’t do again.
Pukul 7 am dah ada kat Pekan Betong. Mandi tukar baju dekat Masjid.
Itinerary Day 1:
1.First place dalam Itinerary nak pergi, Bannang Sinae Market. Tapi pergi hari Sabtu tutup. Tak pasti lah hari apa buka.
2. Breakfast
SUP KAKI LEMBU BETONG
Breakfast for 2 🇹🇭Baht 190
Menu: Sup Gentil + Perut
Nasi Prakapow Ayam.
Teh O Suam
Nescafe O Ais
Suggestion by Bikers Malaysia. Setuju sedap.
3. Sightseeing
Betong Mongkollit Tunnel
Betong Chicken Statue Tourist Attraction
Betong City Museum
Betong rural
Semua ini satu tempat dan percuma. Parking sahaja setempat dan semua walkable.
Best sangat layan view dan angin dekat City Museum.
4. Sambung makan
Tahoo DIMSUM HALAL BETONG
Menu: Mi Sup Daging & Dumpling
Baht 70
Dim sum 3 jenis
Limau ais
Total : Baht 155
5. Jalan jalan Pekan Betong.
6. Manicure Pedicure + cuci kaki (scrub)
OK Beauty Salon โอเค บิวตี้
Manicure Pedicure 🇹🇭Baht 250
Shining 🇹🇭Baht 100
Cuci kaki 🇹🇭Baht 100
Scrub 🇹🇭Baht 50
Total 🇹🇭Baht 500 habis and me love it.
7. Cafe Hunting
Backyard Roaster Cafe’
Menu:
1. Cocoa Vanilla
2. Honey Lemon Soda
3. Strawberry cakes
Total 🇹🇭Baht 190
Tempat memang tenang.
Boleh main congkak.
OOTD dengan buku / buaian
8. Repeat kepok lekor paling sedap pernah makan.
Di Gunung
Baht 20.
9. Dinner
Station 32th
Menu:
Tomyam Ayam Putih Pedas
Pad Thai
Mee Celup
Total : 🇹🇭Baht 190
Murah gilaa pastu
Ya Allah sedap gilaaa.
Kalau aim tidur atas gunung, boleh lah tapau dekat Station atau Di Gunung. Memang masak dari hati sungguh.
10. Accommodation
Larnmork Camping @ Betong
Owner Muslim
Type: Dome
Price : 1290 🇹🇭Baht (2pax)
– Nak naik tempat by hilux disediakan oleh owner (checkin 4-5 pm).
– Dome ada tandas sendiri.
– Ada plug boleh charge phone dan ada kipas duduk.
– Antara tempat paling best for STARGAZING.
Banyak bintang malam tu. Siap nampak shooting star. Tapi kita pakai Iphone 13 saja. Look at the beautiful sky.
Day 2 Betong
Goodbye Larnmork.
Confirm sis akan repeat lagi.
Repeat for awan carpet pula.
2x mai Betong tak ada gambar dengan Sea of Mist.
1. Kita start brunch dengan makan tempat sama.
Station 32th
Menu:
Roti Banana
Nasi Kerabu Ayam
Mee Ladna
Total: Baht 140
Day 2 kita start journey kita ke Yala tapi tak sampai pekan yala.
Tok Ku Chae Bridge – Halabala Forest Lake Bridge
Tham Krachaeng
Lunch
Santai Budaya
Set ni jee hanyaa 660 Baht
In the set
– Ikan Cencaru tapi kami minta tukar siakap
– Sup ayam
– Ikan Belut ni pun minta tukar Udang
– Telur Dadar
– Ulam & Ikan Kembung Rebus
– Air Telang
Ini kedai wajib CHECK IN bila dah sampai sini.
Moon Lake
Blue Lemon Soda Baht 45
Sini ambil mood untuk lepak.
Di Gunung
Otw balik Betong from Yala, kami singgah tapau Kepok Lekor. Siap beli kepok lekor mentah.
Dia jual yang mentah panjang, Baht 30 saja.
Next time datang nak singgah area sini untuk food hunting. Banyak betul kedai makan area sini with street food yang nampak sedap.
Route 410
– Beli fridge Magnet
Jadi cukup ini sahaja lah pengalaman 2H1M di Betong Thailand. Bagi anda yang nak cuba masuk sini boleh rujuk perkongsian wanita ini untuk mudah bergerak ketika berada di sana, barulah puas dapat pergi dan makan menu best!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaki Ride Mesti Singgah Ke Hype Motorsport Kalau Nak Cari Tempat Berteduh

Ketika menerima pelawaan ke Hotel Hype Motorsport di Nilai, Negeri Sembilan, penulis membayangkan konsep apa yang ingin diketengahkan oleh pemilik.
Perjalanan menuju ke hotel dari Shah Alam hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Alhamdulillah, tiada kesesakan lalu lintas perlu ditempuhi, walaupun perjalanan ketika itu waktu puncak. Sebaik keluar susur Pajam, Waze membawa penulis bersama rakan ke destinasi yang dituju.
Perkarangan parkir hotel dipenuhi dengan barisan motosikal KTM dan jenama lain. Tanggapan awal penulis, tiada hiburan atau aktiviti dapat dilakukan sekitar kawasan berhampiran hotel berkenaan.
Tetapi lokasi itu dipilih kerana ia berada di berada di kawasan strategik yang mana hanya 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kira-kira 40 minit ke Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan berhampiran dengan Kompleks Membeli Belah Tekstil Nilai, Mitsui Outlet Sepang dan Putrajaya.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitality Management Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof, Hype itu mewakili kepada perasaan teruja sinonim dengan sukan perlumbaan yang sentiasa menghadirkan keterujaan kepada penonton.
Begitu memasuki kawasan lobi mulai terasa nuansa sukan perlumbaan. Pemilihan material bangunan sehingga ornamen-ornamen yang digunakan mencerminkan konsep hotel tersebut.
Di hadapan kaunter pendaftaran diletakkan podium dan ruang menunggu dihiasi dengan perabot-perabot yang diperbuat daripada aksesori kenderaan.
Anda dapat melihat tempat duduk yang dihasilkan daripada tayar lori dan rim-rim motosikal menghiasi dinding serta dijadikan sebagai bingkai lampu di siling. Cukup menarik perhatian. Suasana lobi kelihatan klasik menerusi pemilihan warna hitam dan putih. Tidak berlebihan dalam tata rias, lebih ringkas dan santai.
Selesai majlis pelancaran, penulis langsung menuju ke kamar di tingkat satu, dua dan tiga. Setiap tingkat mewakili litar antarabangsa dunia dan setiap bilik tertera perkataan Pit diikuti dengan nombor bilik.
Hotel butik pertama di Asia berkonsepkan dunia pemotoran itu menawarkan 75 bilik menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta berlatarbelakangkan aksi perlumbaan.
Jelas Johari, ada beberapa bilik bertemakan lagenda pemotoran dunia antaranya Michael Schumacher, Valentino Rossi dan Tony Cairoli.
“Kami menyediakan tiga jenis bilik iaitu Standard, Superior dan Family yang dilengkapi dengan penghawa dingin, kunci pintu dengan kad sentuh, akses Wi-Fi, televisyen lengkap dengan saluran siaran tempatan, saluran pemotoran dan jadual harian penerbangan,” katanya.
Hotel dengan kos pelaburan sejumlah RM12 juta itu sudah pun beroperasi dengan harga bilik bermula RM150 sehingga RM280 semalam.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI