Asap Steamboat & Grill yang terletak di Puchong, Selangor ini menawarkan hidangan panggang dan stimbot yang pastinya menambat selera. Menurut Haji Haron Khamis selaku Pengasas Asap Steamboat & Grill, perniagaan ini ditubuhkan dek kerana hasrat dan impian yang sememangnya tertanam di dalam diri sejak kecil lagi untuk menjadi seorang usahawan F&B.
“Asap Steamboat & Grill ialah cetusan idea saya dan dibina menggunakan wang simpanan sendiri. Pada pertengahan tahun 2016, hasrat dan impian untuk membuka restoran semakin membara dan tidak dapat dibendung lagi. Maka pada Disember 2016, lahirlah restoran berkonsepkan kontena yang menghidangkan makanan berasaskan stimbot dan panggang ini.
Konsep ini dipilih kerana saya ingin menjual makanan yang sihat kepada pengguna dalam suasana tenang, damai dan santai. Ilmu yang saya peroleh daripada pengalaman-pengalaman yang lalu dimanfaatkan sebaiknya dalam menjadikan restoran Asap Steamboat & Grill sebagai tempat makan terbaik yang harus dikunjungi oleh para pelanggan,” ujar Haji Haron.
Bahan mentah segar dan berkualiti
Hidangan enak semestinya dihasilkan dari resipi yang terbaik serta menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Di Asap Steamboat & Grill, hanya bahan-bahan segar dan berkualiti yang dihidangkan kepada para pelanggan. Menurut pemiliknya, stok bahan-bahan mentah seperti daging, makanan laut dan makanan sejuk beku, semuanya diambil daripada pembekal yang diyakini serta dijamin halal. Selain itu, pemilik restoran ini juga amat menitikberatkan rasa serta kepelbagaian hidangan yang boleh dipilih oleh pelanggan. Ini terbukti apabila setiap hidangan di Asap Steamboat & Grill disediakan oleh chef yang berpengalaman luas serta diadun menggunakan resipi istimewa.
“ Di Restoran Asap Steamboat & Grill, kami menyediakan lebih dari 100 jenis makanan yang terdiri daripada makanan perap seperti kambing, ayam, ikan dan daging yang diadun istimewa. Ia boleh dinikmati dengan tiga perasa iaitu BBQ, madu dan black pepper. Selain itu kami juga menyediakan aneka makanan laut seperti ketam, sotong, mentarang, kekapis, kepah, kerang, kupang dan bermacam-macam lagi. Sangat sesuai dinikmati secara panggang bersama sos istimewa kami. Terdapat lapan jenis sos disediakan dan yang paling wajib untuk dicuba ialah Sos Asap. Sekali cuba pasti nak tambah berkali-kali. Untuk hidangan steamboat pula, terdapat lebih dari 30 variasi makanan seperti aneka bebola sejuk beku yang boleh anda pilih dan disajikan bersama tomyam atau sup ayam.
Selain daripada aneka hidangan steamboat dan grill, ada lagi sajian-sajian sampingan lain yang boleh dinikmati. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah spageti bolognese, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, jagung kukus, sup cendawan, roti bawang putih, putu mayam dan yang paling istimewa ialah ‘baby crab’ goreng tepung. Ia menjadi hidangan wajib bagi para pelanggan yang biasa ke sini. Tidak lupa juga untuk kanak-kanak, terdapat pelbagai manisan disediakan antaranya ABC, aiskrim, gula-gula, dadih, pau dan banyak lagi,” tambah Haji Haron.
Restoran dalam suasana kampung
Ads
Terletak dalam suasana kehijauan, bersuasana kampung serta jauh daripada deruan enjin kenderaan, pastinya memberikan anda pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, restoran berkonsepkan kontena ini juga mempunyai ruang makan yang selesa. Ia terbahagi kepada empat ruang makan iaitu tingkat bawah kontena, skylite, tingkat atas berbumbung dan tingkat atas tanpa bumbung. Terdapat 40 meja disediakan dan mampu memuatkan sehingga 200 orang pelanggan dalam satu masa. Namun, jika anda ingin datang dalam kumpulan yang ramai, disarankan untuk membuat tempahan tempat duduk lebih awal.
“ Di Asap Steamboat & Grill, selain makanan-makanan yang enak, kami juga menyediakan pelbagai kemudahan buat para pelanggan antaranya ialah kemudahan tempat letak kereta yang luas, kawasan persekitaran yang selamat serta kemudahan surau,” ujar Haji Haron.
Kepada yang ingin berkunjung ke sini, Asap Steamboat & Grill disajikan secara bufet pada harga RM33 bagi dewasa dan RM16.50 bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Ia dibuka pada setiap hari bermula jam 6.00 petang hingga 11.30 malam.
INFO :
Lokasi:
Asap Steamboat & Grill, Lot 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong, Selangor
Ads
Mesti cuba:
Aneka daging yang diperap istimewa, Makanan Laut Segar, ‘Baby Crab’ Goreng Tepung, Salad Kentang, Aneka Nasi Goreng, Putu Mayam dan Sos Asap.
Kelainan:
Harga berpatutan, kakitangan yang peramah, pilihan makanan yang banyak, sos pencicah yang enak, lokasi yang mudah dicari dan suasana restoran yang santai dan menenangkan.
Melancong ke luar negara bersama anak kecil memang mengundang 1,001 cabaran terutama daripada aspek masa, persekitaran, pemakanan, pemakaian, kesihatan dan sebagainya.
Namun sebagai ibu bapa , semestinya segala persiapan awal telah dilakukan lagi-lagi jika percutiaan tersebut berlangsung di luar negara. Membawa anak kecil bersama-sama orang dewasa untuk melancong tidak patut dijadikan alasan percutian tersebut bakal mengundang ‘mala petaka’. Jika anda bijak mengaturnya, maka segalanya mengasyikan.
Ini ada tip dan panduan yang dikongsikan oleh Puan Darina Alwi yang baru pulang dari Jepun bersama suami dan anak-anaknya untuk percutian lebih 2 minggu. Diharap dapat membantu dan memudahlan famili diluar yang berminat meneroka negara Jepun bersama si kecil untuk percutian akan datang.
—
Pengalaman kami bercuti ke Jepun (Tokyo, Kyoto dan Osaka) baru-baru ini banyak bezanya dengan sebelum ni. Jepun yang terkenal dengan negara matahari terbit ni memang cantik sangat rupanya. Memang bukan sekadar indah dari khabar. Tak rugi ok kalau kita bawa keluarga atau merancang bersama kawan ke sini. Banyak aktiviti yang takkan terhabis kita boleh lakukan di Jepun, tak kisahlah ke wilayah mana kita nak pergi tu.
Sis ke jepun bawa dua kanak-kanak berumur 3 dan 5 tahun. Jadi faham-faham lah aktiviti kami, banyak yang kami tak rancang nak buat, kebanyakan on the spot. Berbeza dengan kebanyakan yang kongsi itineri, aktiviti full dan jam 5 pagi dah mula mengembara. Kami tak kuat! Hehe
Kalau kita nak fully utilize percutian di Jepun, yes masa dan detail perjalanan perlu ada. Masa sangat pantas di Jepun, sebab malam dia cepat, pukul 5 dah Maghrib. Oleh itu kalau nak guna masa yg ada berhabis habisan, korang kena bangun seawal 4 am. Kalau ada anak, perlu tiada rasa belas kasihan la hehe, kena kejut diorang dan ada baiknya bawa stroller kecik ke mana-mana ok.
Ok jom kita mulakan itineri makan2 kami selama 2 minggu ini yang mostly tak dirancang ni, free and easy katanya.
Hari 1
Tiba di Narita Airport hampir Maghrib. Ambil Skyline untuk ke penginapan yang terletak di Tsukiji. Aktiviti rehat je. Makan malam mi segera kat Family Mart je.
Hari ke 2
Breakfast di Tsukiji’s Outer Market
Sighseeing di Sensoji Temple Area
Lunch Shabu-shabu di Asakusa Nagomi.
Ambil angin di Ueno Park
Merasai pengalaman berspa di Oedo Onsen, Odaiba. Dinner di dalam Onsen ni, ada satu stall di foodcourt jual Tempura set tiada pork.
Hari ke 3
Day trip ke Fuji-san. Sampai tengah hari. Lunch pun kami grab je di Seven eleven store. Sempat ke Arakurama Sengen Park. Sedikit hiking dan ada juga bertangga. Pemandangan Cantik dari atas, dapatlah bayang Fuji juga.
Hari ke 4
Breakfast di Tsukiji market lagi
Ueno Zoo
Lunch di Ameyoko street, famous halal Nasi Ayam di situ. Tapi kami makan kebab
Ginza town di malam hari, jalan je sebab dekat dari hotel.
Hari ke 5
Breakfast di Tsukiji market lagi.
Menuju ke Ueno train station. Niat sebenar sebab nak makan ramen di Ayam-ya. Kali ke – 3 pergi Ueno Park
Menuju ke Disney hotel Resort. Aktiviti kemudian, rehat. Dinner Seafood Pizza di dalam hotel.
Hari ke 6
1 day pass Disneyland. Tak pergi Disneysea sebab aktiviti kanak2 banyak kat Disneyland.
Lunch & dinner seafood pizza
Hari ke 7 (Wajib Refer Highlight of the trip)
Menuju ke Kyoto dengan Shinkansen
Merasai pengalaman di Yuzanso Ryokan. Dinner full course halal disediakan dan hanya ber Hotspring di dalam bilik sambil menikmati pemandangan Lake Biwa dari bilik.
Hari ke 8
Breakfast di Ryokan sahaja. Menuju ke hotel Resi Stay berdekatan Gion.
Lunch di Naritaya halal ramen.
Hari ke 9
Menaiki bas ke Arashiyama Park
Lunch di Yosiya Restaurant. Curry dia sedap. Surau juga disediakan.
Hiking ke Arashiyama Monkey Park.
2+ jam Hozugawa River Cruise
Dinner di Mabrur Halal Dining
Hari ke 10
Menaiki bas ke Kinkakuji temple
Explore Higashiyama & sekitar Gion. Lunch di Curry Club Ruu. Sederet sahaja dengan the famous Starbucks cafe.
Dinner di Mabrur sekali lagi sebab anak suka naan situ. Koe Donuts antara yang sis nak highlight jugak, sedap!
Hari ke 11
Breakfast di Nishiki Market. Try Crab Grill dia, sedap!! Ada snoopy cafeshop dalam pasar tu, budak2 suka.
Gerak ke Osaka. Check in APA Hotel. Explore Namba. Anak2 excited ada butik Alice in the wonderland
Dinner di Luke Lobster. Beli Daifuku for dessert. Sedap sangat!
Hari ke 12
Menaiki train ke Nara. Spend time lama di Nara Park.
Menikmati autumn di Todaiji temple. Rusa di mana mana.
Lunch Kebab Meccha Doner
Tengok Mochi pounding di Nakatanido sederet kedai kebab tu. Mochi dia lemak secukup rasa. Tapi serbuk matcha tu banyak sgt.
Jalan area Namba, semata2 nak selfie dia Glico board.
Dinner di Yakiniku Zerohachi (Pastikan navigate yang halal dia ada dua branch) , makan fresh grilled meat sepuas hati. Pulang ke Namba dan beli sekali lagi Daifuku, takut termengidam balik kl nanti hehe
Hari ke 13
Menaiki train ke Osaka Castle sebelum pulang ke Tokyo.
Bermalam di hotel berdekatan Shibuya
Dinner di Ayung Teras, makanan Indonesia
Hari ke 14
Explore Shibuya dan Shinjuku.
Yoyogi Park
Dinner di Honolu Ramen Tokyo. Last Ramen ni paling power!
Hari ke 15
Pulang ke pangkal jalan
Tips
Tips 1 : Install Google translate. Banyak kegunaannya.
Tips 2 : Pastikan luggage delivery arrangement antara hotel dibuat 2 hari sebelum tukar train.
Tips 3 : Download aplikasi Halal Navi untuk cari kedai makan halal dan tempat solat
Tips 4 :Tiket Disneyland harus dibeli awal kalau tak duduk dalam disney hotel. Kami bernasib baik duduk dalam Disney hotel mereka reservekan untuk residen. Di Disneyland, Fast pass sangat membantu kita untuk menaiki lebih ride . Tapi ride dewasa kebanyakan full. Tak cukup satu hari!
Tips 5: Shinkansen tiket, iaitu tiket Bullet train harus disimpan sehingga keluar dari train station, saya tertinggal dalam train, jadi kena beli semula hanya untuk exit!
Tips 6: Stamina sebelum ke sana perlu ada. Especially yang bawa anak kecil, bersiap sedia angkat stroller di certain train station yang tiada lif.
Tips 7: Sesetengah restoran tidak terima kredit kad. Sediakan cash yang cukup sebelum travel.
Highlight of the trip :
Yuzanso Ryokan (HALAL), Otsu, Shiga. Jepun
Hotel yang terletak di daerah Otsu, berhadapan Lake Biwa. penginapan kami di sini hanya satu malam. Ia terletak kira2 40 minit dari bandar Kyoto, menaiki keretapi.
Tempahan dibuat termasuk sarapan dan makan malam. Walaupun kami berempat, tempahan makanan di buat hanya utk 2 org dewasa. Anak2 share je, sebab ade 7 hidangan (daging, sushi, ikan, seafood tempura) ! Mmg tak larat la nak makan sendiri. Baik share, jimat.
Selama di kawasan hotel, penginap digalakkan berpakaian Yukata, pakaian tradisi Jepun, yang mereka sediakan di dalam bilik.
Di dalam Ryokan ada public Onsen (hotspring), tapi kami tak berkesempatan untuk pergi sebab banyak berendam dalam bilik sendiri. Bilik lengkap dgn mini Onsen boleh muat 2 orang dewasa terletak di bahagian balkoni menghadap Lake Biwa. Subhanallah.
Semasa keluar makan malam, mereka akan siap kan tempat tidur di atas lantai (futon). Tilam, dan selimut gebu sangat!
Jujur, harga mmg agak mahal kalau termasuk sarapan dan makan malam, tapi kami aturkan bajet untuk tempah hotel murah di tempat lain. Nak rasa jugak pakej penuh penginapan tradisi Jepun, walaupun boleh tempah bilik, tanpa makanan.
Untuk maklumat dan tempahan, boleh lawat website hotel Yuzanso Ryokan
Itu sahaja perkongsian sis untuk trip pertama kami di Jepun. Moga ia dapat membantu korang cari ilham untuk next vacay nanti.
Kali ni Libur ingin membawa anda ke satu restoran yang menyediakan pelbagai jenis stik daripada sumber ternakan yang dijaga dengan rapi bagi menghasilkan daging berkualiti. Restoran Projek Maging Steakhub membawa maksud ‘makan daging’ khusus buat penggemar makanan berasaskan daging. Ada yang sanggup membayar lebih demi untuk menikmati daging berkhasiat.
Restoran yang terletak di Pusat Perniagaan Uda, Bandar Baru Uda, Johor Baharu menyajikan pelbagai hidangan daging import pada harga mengikut kemampuan.
Menurut pemiliknya, Nurzaweena Mohd. Zaki, pilihan stik di restorannya berbeza mengikut jenis baka lembu dan makanan yang dimakan oleh baka lembu tersebut. Pilihan boleh dibuat di chiller. Pilih jenis daging sebagaimana anda memilih ikan untuk dibakar.
Antara menu yang ditawarkan ialah lamb ribs, beef ribs, angus steak, wagyu ribeye, wagyu striploin, lamb loin, lamb rack dan matsusaka. Harga satu set ( berserta kentang lenyek dan salad bagi Grain Fed RM40++, Angus RM80++, Wagyu RM150++, Lamb RM40++,Beef Ribs RM40++ dan Lamb Ribs RM50++.
Pilihan ialah mengikut bajet dan selera masing-masing. Jika jenis baka yang sama, harga berbeza mengikut berat. Projek Maging juga ada menjual ‘chicken chop’ dan ikan salmon serta menu bagi kanak-kanak.
Bagi pelanggan yang tidak makan stik boleh juga mencuba salad, piza dan pasta carbonara, bolognese atau Aglio Olio. Anda boleh memesan sup dan beef bruschetta sebagai pembuka hidangan. Untuk hidangan pemanis mulut, anda boleh mencuba red velvet nutella, Pavlova dan Creme Brulee yang dibuat setiap hari.
Sejak beroperasi tahun lalu, pemilik akui restorannya mendapat sambutan baik daripada orang ramai, khususnya penggemar daging.“untuk sebarang tempahan tempat duduk, pelanggan boleh maklumkan nama, tarikh, hari, waktu, jumlah orang dewasa atau kanak-kanak dan umur kanak-kanak. Kemudian tunggu balasan pengesahan tempahan. Jika pernah datang, anda boleh membuat pra tempahan menu dan stik dengan memberitahu pihak restoran jenis dan lingkungan bajet untuk kami pilih daging dan siap tersedia dimasak.
Pra tempahan juga boleh membantu memastikan anda dapat makanan yang anda mahu sebelum kehabisan stok pada hari tersebut. Pembayaran deposit boleh dibuat ke akaun melalui Maybank2u. Jika hanya tempahan tempat duduk tidak perlu membayar deposit,” jelas pemilik.
Jika anda penggemar daging, Restoran Projek Maging ialah lokasi yang wajib dikunjungi dan pasti membuat anda datang lagi buat kali kedua.
INFO:
-Pilih sendiri jenis daging,berat & potongan yang bagaimana. Ada lima pilihan iaitu Rare ( 20%),Medium Rare (40%), Medium( 60%), Medium Well(80%) dan Well Done(100%).Disyorkan peratus masakan medium atau medium well untuk merasa jus daging tersebut.
– Ada lebih kurang 12 jenis daging yang boleh dipilih termasuk gred yang tinggi iaitu Wagyu dan Angus, gred pertengahan seperti Grainfed dan Grassfed. Lamb dan Ribs bagi mereka yang suka ada tulang. Apabila dimasukkan ke dalam mulut memang terasa kelembutan dan jus daging tersebut. Tidak liat ketika dipotong menggunakan pisau.
– Daging disimpan secara dingin beku.
– Dibuka setiap hari kecuali Isnin
12.00 PM – 2.30 PM (tengah hari)
6.00 PM – 10.30 PM (malam)
4.30 PM – 10.30 PM (Jumaat)
New Zealand, keindahannya yang saujana mata memandang mejanjikan kenangan terindah setiap pengunjungnya di bumi kiwi itu. Ramai yang sanggup ‘menabung’ semata-mata untuk menjejakkan kaki di sini bersama yang tersayang.
Membuat perancangan awal memang bagus untuk sesiapa sahaja yang berniat untuk melancong ke negara orang, lebih-lebih lagi jika ingin membawa anak-anak yang masih kecil turut serta.
Ini adalah perkongsian daripada wanita bernama Fatin yang berpeluang melancong ke New Zealand bersama keluarga kecilnya tahun lepas. Ada beberapa tip dan panduan yang berguna buat anda yang bercadang ke tanah NZ!
Assalamualaikum. Dah lama nak share tips & itinerary ke North Island, New Zealand ni dgn kwn2 tp asyik bz je lately..sorry ye.. So here we go..
TIPS KE NZ
1. ITINERARI & BAJET
Tentukan bajet keseluruhan. Ini penting kerana kebanyakan aktiviti di North Island adalah berbayar. Boleh senaraikan aktiviti mengikut minat, bajet & umur (untuk pastikan semua orang di dalam group happy). Dgn plan apa yg kita nak buat, kita dpt susun itinerari dgn lengkap. Info lengkap tentang NZ boleh refer di sini. Boleh request peta NZ size besar juga kat sini.
2. BILA NAK PERGI?
NZ ada 4 musim ye kwn2. Semua musim pon cantik..Boleh pilih nak pergi masa bila:
a. Musim Panas ( Dis- Feb)
b. Musim Luruh ( Mac- Mei)
c. Musim Sejuk ( Jun- Ogos )
d. Musim Bunga ( Sep- Nov)
3. TIKET PENERBANGAN
Kami beli tiket semasa Air Asia Promo, hanya RM 981 seorang (dewasa) tidak termasuk makanan &bagasi. Dari KLIA2 ke Gold Coast (8 jam), akan transit sebentar di Gold Coast selama 1 jam, dan seterusnya ke Auckland (3 jam). Sila semak makanan & lain-lain barang yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Australia & New Zealand.
4. VISA
Rakyat M’sia tidak perlu pohon visa ke NZ ye.
5. MATA WANG
Matawang NZ ialah New Zealand Dollar. Rajin2 survey currency exchange rate, rate kitorg dpt agak best masa tu, 1 NZD = RM2.77. Kitorg tukar duit di IOI City Mall (antara money changer yg offer best rate)
6. MAKANAN
Kami bawa 1 beg bagasi yang berisi makanan. Semua isi dalam 1 beg untuk mudahkan urusan semakan di airport sekiranya diarah untuk buka beg. Buat 1 senarai lengkap untuk semua makanan yang dibawa. Saya ada bawa seorang bayi, jadi saya turut bawa bekalan susu tepung (1 pek yang 1.8kg), alhamdulillah lepas je kat airport tu. Kami banyak juga makan di luar sebab sedap pulak beriyani kat sana.hehe . sampai hari2 nak makan beriani
7. PENGINAPAN
Group travel kali ni ada 2 small family, jadi setiap family perlu ada queen bed dalam bilik masing2. Disebabkan ini bukan trip bajet, fokus kami ialah cari homestay/hotel/apartment yang ada sekurang2nya 2 queen bed, lengkap dgn dapur, washing machine & dryer (ini penting sbb kami hanya bw 4 set baju setiap seorang). Kami book di Airbnb (homestay) & booking.com (hotel). Book awal (selewat2nya sebulan sebelum) untuk dpt homestay yg ada ciri2 yg kita nak tu ye.
8. KERETA SEWA
Selepas survey di merata website, kami pilih Apex Car Rental. Dekat dgn airport, lepas tu ada shuttle jugak dari airport utk ambil kereta di Apex Car Rental tu.jd mudah x payah nak fikir byk. Kalau bawa anak kecil, wajib sewa/bawa car seat ye. Car seat kat sini antara yg termurah kami dpt, just NZD12 utk sepanjang trip. Amik complete dgn insurans ye supaya x perlu tanggung apa2 risiko dan boleh travel dgn senang hati.
9. AKTIVITI
Mcm2 aktiviti boleh buat bergantung kepada minat & bajet. Contoh:
a. Hiking
b. Berbasikal
c. Melawat kawasan Geothermal
d. Tengok cultural show
e. Tgk ikan dolphin
f. Bungy jumping
g. Main luge
10. BAWA ANAK KECIL?
Ini yg plg merisaukan sy sblm ni sbb Maryam x pnh travel sejauh ni. Tips?
a.Sediakan makanan secukupnya & pakaian yg sesuai mengikut cuaca supaya anak selesa. Bila anak selesa, dia x kan meragam bukan2
b. Tempoh masa penerbangan yg agak lama mungkin menjadikan anak bosan. Jd sy buat busy book utk anak main dlm flight.sy juga ada beli mainan baru utk anak,hanya bagi masa dh naik flight,dia akan syok main sampai x sempat nk buat kecoh sbb ada mainan baru. Tips ni memang berkesan tau!hehe
c. Bagi anak main puas2 masa tgh tunggu flight tu.biar dia penat,nti masuk je dlm flight, blh bgi dia susu & dia akan tido dgn lena
d. Bawa stroller & carrier utk mudahkan perjalanan. Kami mmg guna kedua2nya sbb sy x larat nk dukung anak guna carrier lama2. Anak pon selesa duduk dlm stroller,bila dh letih,blh tido dlm tu,x perlu nk dukung..
e. Ini plg penting, bila anak buat perangai, sila bertenang. Jgn mudah marah sbb ini akan menyebabkan mood semua org spoil. Biasalah anak cranky sikit2 tu kan.senyum je,hati pon senang.
11. INSURANS
yg ni sgt penting. sediakan perlindungan sebelum apa2 terjadi..Sy ambil AXA Travel Insurance utk family kecil sy, dlm RM150 utk 10 hari perjalanan di NZ.
12. BERAPA BAJET HABIS NI?
ini adalah subjektif, bergantung kepada kehendak & keperluan. Kami travel dlm 2 small family, jd dpt jimat byk utk sewa kereta sbb fully occupied.sy senaraikan anggaran bajet trip hari tu utk seorang ye ni: