Kalau anda jenis pelancong yang suka jelajah destinasi yang pelik-pelik dan unik, San Juan Chamula lokasi yang boleh anda lawati. San Juan Chamula adalah sebuah bandar terpencil di kawasan tanah tinggi di negeri Chiapas, Mexico.
Sebelum datang ke lokasi ini, pengujung perlu mengetahui beberapa pantang larang yang terdapat di sini. Kata orang, masuk kandang kambing kena lah mengembek kan? Apa jua pantang larang atau adat resam yang mereka pegang perlu dihormati.
Antara pantang larang yang anda mesti tahu, penduduk di San Juan Chamula tidak suka gambar mereka dirakamkan. Ini kerana mereka percaya sebahagian jiwa mereka diambil bersama imej berkenaan jika dirakam.
Selain itu suasana di bandar ini sedikit menyeramkan dan pengunjung boleh melawat sebuah gereja di sini yang terkenal dengan amalan ilmu hitam.
Satu lagi amalan aneh penduduk di San Juan Chsmul, bayi atau si kecil kerap diberi minum air Coca Cola atau bergas supaya mereka sendawa kononnya membuang roh jahat daripada badan mereka.
Baca pun dah macam mencabar tempat ni kan? Kalau rasa teruja nak jejak, boleh la ke San Juan Chamula, Mexico.