Travel

Sampai di Uncle Wong Happy Farm Port Dickson, Layan ATV dan Aktiviti Air

Share

Jom cuba ke Uncle Wong Happy Farm di Port Dickson, Negeri Sembilan! Khas buat anda yang suka dengan sukan extreme atau aktiviti outdoors, pasti suka mengunjungi tempat ini.

Layan ATV dan Aktiviti Air di Uncle Wong Happy Farm

Ini merupakan taman aktiviti yang menawarkan aktiviti seperti riding ATV, Pedal Boat dan Kayak. Kalau bersama keluarga atau kawan-kawan mesti seronok.

Uncle Wong Happy Farm ini sangat luas dan menawarkan beberapa route ATV untuk anda pilih mengikut tahap pengalaman anda.

Apa yang menarik, di dalam taman ini terdapat sebuah tasik di mana anda boleh melakukan aktiviti air. Sesuai lah nak bawa anak pun, sebab ada aktiviti air juga.

Ada Tapak Camping

Jika anda ingin merasai pengalaman berkayak atau menaiki paddle boat, cubalah di sini. Sesuai untuk melakukan aktiviti team building, Uncle Wong Happy Farm ini juga menyediakan perkhidmatan tapak camping dan BBQ. Seronok kan?

Waktu Operasi: 9am-7pm

Alamat: Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Oleh
Nadia