Sambutan Pengisytiharan ‘Majlis Bandaraya Seremban’ Dibatalkan

Share

Penganjuran Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini (13 & 14 Mac 2020), ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Foto: The Star

Langkah itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19. Karnival yang dijadualkan berlangsung di Padang MBS, Negeri Sembilan ditangguhkan atas nasihat dan pandangan pelbagai pihak.

Buat masa sekarang negara berada dalam keadaan berjaga-jaga dan aktiviti keramaian pada masa ini adalah tidak digalakkan disebabkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Info:

Cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seremban kepada Bandaraya seperti yang diketahui sepatutnya pada Januari 2019 namun ditangguhkan sehingga awal 2020 bagi tujuan pemindahan pejabat ke bangunan baharu serta bagi tujuan penstrukturan semula pentadbiran sedia ada yang akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai. Penubuhan Bandaraya ini akan menjadikan keseluruhan daerah Seremban di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Penggabungan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada usaha Kerajaan Negeri merancakkan pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) sehingga tahun 2045.

Oleh
Husna