Dua hari lepas ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendaftar menjadi penerima sukarela vaksin AstraZeneca yang dibuka secara dalam talian.
Namun ramai juga mengeluh tidak mendapat slot walaupun sudah mencubanya berkali-kali.
Melihat pada sambutan yang sangat menggalakkan ini Menteri Sains, Teknoogi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemberian vaksin AstraZeneca tidak lagi dilaksanaklan secara sukarela sebaliknya akan dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau berkata, selepas ini tempahan untuk vaksin itu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera tanpa menggunakan laman web berasingan.
“Kaedah tempahan ini dibuat selepas kita lihat ada keengganan di kalangan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca disebabkan beberapa berita mengaitkan vaksin ini dengan kes pembekuan darah, maka kaedah sukarela dibuat atas kehendak individu itu sendiri.
“Bagaimanapun selepas melihat sambutan memberangsangkan selain keengganan terhadap vaksin AstraZeneca terhakis dan tidak lagi meragui vaksin ini.
“Sekarang vaksin AstraZeneca diterima baik oleh masyarakat kita, jadi selepas ini kita akan buat keputusan bahawa untuk bulan-bulan akan datang kita tidak lagi laksanakan pemberian vaksin AZ secara pilihan sebaliknya kembali dimasukkan dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.
Jadi kepada geng travel yang masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian melalui aplikasi Mysejahtera dan update data diri di situ.
Selepas ini kemungkinan peluang cerah untuk kembali travel apabila semua negara hanya akan menerima mereka yang sudah menerima suntikan vaksin diiktiraf.
SUMBER: SINAR HARIAN
Artikel Berkaitan:
Arab Saudi Keluar Arahan Bakal Jemaah Haji Tahun Ini, Wajib Terima Suntikan Vaksin Covid-19
Bermula Julai, Thailand Buka Pintu Sempadan Ke Phuket Untuk Pelancong Yang Dah Terima Vaksin
Berita Baik. Geng Travel Dah Boleh Keluar Negara, Syaratnya Terima 2 Dos Vaksin Covid-19!