Salute La! Suami Isteri Bawa 4 Anak Kecil Trip Backpack Ke Negara Indochina

Share

Kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai anak masih kecil gemar tinggal di rumah atau mengelak untuk melancong bersama.

Ini kerana kebanyakan si kecil atau kanak-kanak masih memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuhnya. Selain itu, anak-anak ini juga mempunyai emosi tidak boleh dijangka dan berubah-ubah jika di bawa ‘berjalan’.

Namun, tidak salah jika kalian mahu bercuti dan membawa mereka bersama. Ia sebenarnya satu bentuk pembelajaran yang baik. Nah! percutian keluarga ini boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan buat anda yang bercadang membawa anak-anak bercuti ke luar negara pada akan datang.

Baru-baru ini, kami sekeluarga enam beranak (4 kanak-kanak umur 3, 6, 10, 10) buat trip Indochina Family Overland Backpacking selama hampir dua minggu. Trip santai sambil enjoy the journey.

Route: Ho Chi Minh- Phnom Penh- Bangkok- Hua Hin- Padang Besar, sebelum balik rumah di seremban naik komuter KTM dan bas.

Alhamdulillah, route ini kami boleh katakan selamat, mudah dan menyeronokkan termasuk kanak-kanak (kalau jenis suka naik bas dan train) Insya-Allah. Berikut adalah catatan ringkas mengenai tiket dan harga pengangkutan kami sepanjang trip.

Tiket/ pengangkutan:

  • Tiket AA Klia2-Ho Chi Minh: RM159/ person
  • Tiket bas Ho Chi Minh-Phnom Penh: USD13/ person (kanak-kanak sama)

Note: Kami gunakan bas syarikat Mekong Express, mereka sediakan kakitangan yang akan bantu urusan di sempadan. Masa perjalanan antara enam hingga sembilan jam, bergantung kepada keadaan trafik terutama di Kemboja.
Tiket dibeli online di www.baolau.com

  • Tiket sleeper bus Phnom Penh-Poipet (sempadan Kemboja-Thailand): USD13/ person.

Note: Kami gunakan bas syarikat Virak Buntham. Masa perjalanan kira-kira 9 jam. Dinasihatkan beli 2 tiket walaupun anda travel solo jika tak mahu tidur di sebelah stranger. Ruang agak sempit, kalau baring 2 dewasa berlaga lengan.
Bagaimanapun, perjalanan agak lancar dan tepat masa. Bas tidak dipandu secara berbahaya.
Tiket dibeli daripada ejen di hostel RSIII di Phnom Penh. (Ada ejen lain jual tiket sama pada harga USD16). Tiket ada juga dijual secara online di 12go.asia.

  • Tiket train Ban Klong Luk (sempadan Thailand-Kemboja)-Bangkok: Dewasa 49Bath, kanak-kanak 25Bath

Note: Trip dua kali sehari sahaja, jam 6.58 pagi dan 1.53 tengah hari.
Masa perjalanan enam jam.
Tiket dijual di stesen sahaja dan kaunter dibuka kira-kira sejam sebelum train berlepas.

  • Tiket train Bangkok-Hua Hin: Dewasa 94Bath, kanak-kanak 72Bath.

Note: Masa perjalanan lima jam, jarak 200km.
Tiket dibeli online di www.thairailwayticket.com
Ada banyak pilihan masa dan harga tiket.

  • Tiket sleeper train Hua Hin-Padang Besar: Dewasa 793Bath (upper berth), 883Bath (lower berth).

Kanak-kanak (652Bath)(Lower dan Upper).
Note: Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tak perlukan tiket. Anak kami berusia 6 tahun pun kami tak beli tiket sebab share berth dengan parent.
Tiket dibeli di www.thairailwayticket.com

Penginapan:
Note: Average harga hotel dan hostel (family room+bathroom) untuk keluarga kami di semua destinasi adalah lebih kurang RM150-170/ night sahaja, namun lokasinya amat strategik.

Makanan:
Selain bawa travel pack food, makanan halal amat mudah ditemui di semua lokasi persinggahan kami.

Semoga bermanfaat

Sumber: FB Ifwan Tun Tuah
Untuk cerita panjang, boleh jenguk di sini

Oleh
Husna