Jalan Sutera adalah rangkaian laluan perdagangan yang menghubungkan China dan Timur Jauh dengan Timur Tengah dan Eropah. Ditubuhkan ketika Dinasti Han di China secara rasmi membuka perdagangan dengan Barat pada tahun 130 SM.
Ia merupakan laluan penting perdagangan suatu ketika dahulu. Antara 8 bandar purba yang termasuk dalam Laluan Sutera ini ialah Xi’an (China), Merv (Tukmenistan), Samarkand (Uzbekistan), Balk (Afghanistan), Istanbul (Turki), Ctesiphon (Iraq), Taxila (Pakistan) dan Damsyik (Syria) yang pernah menerima tempias ekonomi suatu ketika dahulu dan hari ini terus kekal utuh sebagai kota yang menarik diterokai.
Dalam pada itu, catatan penggambaraan Fais Taib yang sebelum ini meneroka Azerbaijan, kota indah meneruskan penerokaan di Tbilisi, Georgia yang merupakan jiran Azerbaijan dan termasuk dalam Laluan Sutera.
Baca perkongsiannya :-
Caucasus Trip
Tbilisi ,Georgia
Ads
Merentasi Negara ke 2 trip kali ini iaitu Georgia. Kemasukan ke sini melalui jalan udara menaiki Buta Airways. Syarat kemasukan ke sini untuk rakyat Malaysia hanyalah memerlukan sijil vaksin sahaja.
Mata wang disini menggunakan Georgia Lari ( 1 GEL = RM1.20), harga barang di sini biasa-biasa sahaja lebih kurang harga barang di Malaysia. Populasi di sini mempunyai 3.2 Juta rakyat dan hanyalah 9% beragama Islam selebihnya Kristian Ortodok.
Ads
Georgia, berada di pesisir Black Sea dan di antara Banjaran Greater Caucasus dan Lesser Caucasus. Bentuk muka bumi yang bergunung- ganang dan dek kerana kami datang pada musim winter kebanyakan kawasan dilitupi salji tebal memutih.
Sesetengah kawasan kelihatan seperti kita berada di country side of Scotland.
Ads
Reka bentuk bangunan dari era medieval dan Eropah tersusun indah di setiap sudut bandar. Sangat cantik bak di alam fantasi Narnia dan filem Game of Thrones kerana kebanyakan bangunan, rumah, Chapel dan Cathedral mereka dari era Medieval.
Georgia juga terletak di Laluan Sutera dan kami sempat singgah di salah satu underground bazaar berciri medieval yang menjual wine.
Walau pun berjiran dengan negara Azerbaijan, tetapi rakyat mereka sangat berlainan. Di sini, orang orang agak kasar mungkin kerana nenek moyang mereka dari berasal dari era medieval dan barbar.
Georgia salah satu keunikan dunia. Pack your bag & come here!
Kredit : Fb Fais Taib
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebut sahaja mangga harumanis, sudah pasti ramai yang terbayang keenakan serta rasa lemak buah tropika berkenaan.
Isinya yang berwarna oren kekuningan ditambah dengan rasa yang manis serta berbau harum mampu memikat setiap yang melihat untuk mencubanya. Namun, apa yang membataskan pembeli ialah harga mangga harumanis yang boleh dikelaskan sebagai agak tinggi berbanding buah mangga lain.
Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas. Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama sepertimana Harumanis Perlis yang telah ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara.
Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali, kerana buah yang telah dipetik di kawasan Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, Terengganu didapati mencapai gred premium dan tahap kemanisan sehingga 22 peratus brix.
Tanaman yang telah bermula sejak November 2016 itu diusahakan Jabatan Pertanian Terengganu bagi menyelidik kesesuaian tanah bris (tanah berpasir) di kawasan itu. Beberapa daerah yang mempunyai tanah bris telah dibanci dan akhirnya menemui pokok harumanis yang telah lama di tanam oleh orang kampung. Daerah tersebut ialah di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Di setiap daerah itu telah temui kira-kira 100 pokok harumanis yang telah berusia antara 30 hingga 40 tahun serta berbuah tiga kali setahun. Oleh kerana ramai tidak begitu mahir dalam mengesan kualiti buah itu, akhirnya buah itu gugur dan terbiar begitu sahaja, malah ada yang menganggap ia kategori mangga biasa dan mas itam.
Projek permulaan di kawasan Rhu Tapai telah melalui proses penjagaan yang teratur hinggalah mampu mengeluarkan hasil pertama tiga tahun lepas dengan kualiti sepertimana ditanam di kawasan utara tanahair. Tanaman harumanis atau nama saintifiknya ‘Mangifera indica Linn’ pada peringkat awal, hanya 30 batang pokok telah ditanam, kini kawasan seluas dua hektar telah ditanam dengan lebih 200 pokok harumanis. Berdasarkan rekod tanaman jenis ini, jika dijaga dengan baik ia akan terus mengeluarkan hasil setiap tahun walaupun setelah berusia 20 tahun. Faktor tanaman ini tentunya memerlukan iklim yang panas.
Terengganu telah merangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 hingga 2023 dan apa yang berlaku pada ketika ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri. Pihak jabatan kini turut bersama-sama dengan pelbagai pihak mengumpul mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman harumanis.
Buat warga Lembah Klang, tempoh PKPB mungkin menyaksikan ramai dia antara anda tidak dapat melancong ke negeri lain kerana larangan rentas. Jadi mungkin sekarang adalah masa sesuai untuk anda sendiri terokai apakah tarikan menarik terutamanya di Kuala Lumpur.
Rama-rama adalah serangga yang dianggap sebagai mahkluk yang cantik dan menjadi kegemaran sesetangah peminat landskap. Bagi mereka, kewujudan rama-rama membuktikan kawasan tersebut begitu indah dan tenang. Dikerumuni rama-rama saat berjalan di taman nan menghijau bagai di alam fantasi.
Di Kuala Lumpur terdapat sebuah Taman Rama-Rama yang agak lama dibuka kepada umum sejak tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi mengenai rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna, kemudian bertukar menjadi kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Mengunjungi Taman Rama-Rama Kuala Lumpur bersama keluarga dan kanak-kanak sememangnya destinasi yang bijak kerana pengunjung bukan saja boleh melihat rama-rama tetapi mempelajari banyak mengenai serangga yang cantik itu.
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, waktu pagi adalah masa terbaik untuk datang dan melihat sendiri rama-rama kerana pada waktu pagi rama-rama ini keluar mencari makanan.
Taman ini mempunyai landskap menarik dengan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan tumbuhan yang menjadi rumah serta makanan kepada si rama-rama. Antara spesies rama-rama di sini yang menarik perhatian seperti Rajah Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle, Malay Lacewing dan Indian Leaf yang diklasifikasikan sebagai rama-rama tercantik.
Secantik dan seindah mana pun seekor rama-rama mempunyai jangka hayat hidup yang singkat iaitu hanya hidup selama dua minggu. Bagaimanapun, jangka hayatnya juga bergantung kepada cuaca dan keadaan.
Jika datang bersama tersayang atau keluarga, jangan sesekali lupa untuk mengabadikan foto kenangan bersama mereka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya pada kadar tiga kelipan sesaat. Dalam ribuan kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.
Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya yang lebih terang untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Jangka hayat seekor kelip-kelip pula sekitar ialah 2 hingga 3 bulan sahaja.
Di negara kita terdapat banyak lokasi untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat iaitu disekitar kawasan yang mempunyai pokok bakau seperti pokok berembang. Untuk hidup, kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap, persekitaran berpaya serta sumber makanan daripada pokok bakau. Pengunjung terutamanya pelancong ‘mat salleh’ kalau dapat peluang melawat port kelip-kelip ini memang mereka sangat teruja. Antara lokasi tumpuan ramai untuk melihat kelip-kelip adalah di:
Kelip-kelip Sungai Timun
Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam. Lokasi ini juga sangat dekat jika anda dari Port Dickson.
Untuk melihat kelip-kelip dengan jarak yang dekat pengunjung boleh menyusuri sepanjang sungai Timun sejauh tiga hingga lima kilometer dengan menyewa bot nelayan, di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun. Apa yang menarik, kelip-kelip kawasan itu seperti sudah biasa dengan bunyi deruman enjin bot. Ia membuatkan serangga itu tidak lari walaupun dengan kehadiran bot yang membawa pengunjung. Namun, kelip-kelip ini kurang ketika bulan terang atau hujan.
Kelip-kelip Kampung Dew
Habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak telah dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan unggul. Pengunjung yang datang dapat menikmati cahaya kelip-kelip di pokok berembang sepanjang 12 kilometer yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.
Kelip-kelip Cherating
Kelip-kelip Sungai Cherating memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pengembaraaan kawasan kelip-kelip di Kg Kuantan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Kelip-kelip Sungai Nanamun
Kelip-Kelip Sungai Nanamun yang terletak di Kota Belud, Sabah menjadi lokasi ramai tumpuan pengunjung untuk melihat serangga itu dari jarak dekat. Kewujudan lokasi itu menyebabkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung dan menetap lebih lama di Kota Belud. Pengunjung disarankan untuk datang ke sini pada waktu senja untuk menikmati pemandangan indah sambil ditemani cahaya kelip-kelip.
Sumber Foto: Google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!