
Akibat pencemaran udara, salji di dua buah bandar di Rusia bertukar menjadi hitam sehingga menggemparkan penduduk.
Memetik Tribun Travel, penduduk di bandar Kiselevsk dan Prokopyevsk di wilayah Kuzbass terkejut ketika bangun pagi pada minggu lalu apabila mendapati timbunan salji yang sepatutnya putih, bertukar hitam di halaman rumah dan kenderaan mereka.
Rakaman video di Instagram region24_kemerovo menyaksikan salji berwarna hitam dan dikatakan bukan satu fenomena luar biasa.
Media tempatan menyatakan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kawasan lombong arang batu.
Penduduk di bandar itu berkongsi gambar dan video di media sosial menunjukkan salji hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan. – Tribun Travel
https://www.instagram.com/p/BtzlIA0DsiN/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 lepas. Nama Tan Sri Muhyiddin Yassin timbul apabila disebut oleh Dr Mahathir ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Februari, dan sehari selepas itu, segalanya berubah.
Hari ini, anak jati Muar, Johor yang juga antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kelapan di Istana Negara.
Figura berusia 72 tahun itu melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjalanan politiknya, dan paling terkesan ialah disingkir daripada UMNO dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) berikutan kelantangan beliau terhadap kepimpinan BN ketika itu.
- Mula berkecimpung dalam politik sejak 1970-an, Muhyiddin yang lahir pada 15 Mei 1947 merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978.
- Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.
- Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri (Mei 2018-Febuari 2020); Timbalan Perdana Menteri (2009-2015); Menteri Pendidikan (2009-2015); Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Belia dan Sukan (1995-1999); dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah beberapa pentadbiran sebelum ini.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM), Muhyiddin juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor (1986-1995), selepas memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang pada pilihan raya umum ketujuh.
- Kerjaya Muhyiddin bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor pada 1970 dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974.
- Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar pada 1981; dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1982.
- Muhyiddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar, Johor, sebelum melanjutkan pengajian ke UM.
- Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Norainee Abdul Rahman pada 1972 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan.
- Jawatan terakhir beliau ialah Menteri Dalam Negeri di bawah kabinet Dr Mahathir di bawah kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu yang melibatkan PKR, Bersatu, DAP dan Amanah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 menewaskan Barisan Nasional.
- Muhyiddin juga pernah memegang jawatan naib presiden UMNO (1993-1996 dan 2000-2007), dan dipilih sebagai timbalan presiden UMNO pada 2008 sebelum dipecat pada 2016 kerana pendiriannya yang tegas dan berani menentang arus demi kepentingan parti.
- Selain politik, Muhyiddin juga aktif dan banyak terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan iaitu pernah dilantik menjadi Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995); dan Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor (1986-1996).
- Muhyiddin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf, yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma daripada sukan golf.
- TSM yang ditubuhkan pada 2002 telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan golf dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Sumber: Bernama
Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Merupakan Tokoh Agama.
Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin (1902 – 1975). Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad dan berasal dari Siak, Sumatera. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari. Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid. Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lee Jong Suk Duta Baharu Pelancongan Korea

Peranan duta pelancongan dalam perkembangan sebuah negara begitu penting. Buktinya Korea Selatan memanfaatkan kepopularan artis untuk mempromosikan industri pelancongannya. Tourism Organization (KTO) baru-baru ini memperkenalkan duta baru untuk promosi pelancongan negara tersebut.
Jika tahun lalu Song Joong Ki, kini giliran Lee Jong Suk dipilih sebagai Duta Pelancongan Korea. Lee Jong Suk merupakan seorang model dan aktor yang membintangi beberapa drama popular, antaranya ‘Pinocchio’ dan ‘I Can Hear Your Voice’. Aktor tampan yang begitu populer di Asia Tenggara hingga China ini dipilih sebagai Duta Pelancongan Korea, untuk mempromosikan pelancongan Korea di luar negeri.
KTO mengharapkan dengan pilihan Lee Jong Suk sebagai duta pelancongan, diharapkan promosi tahun ini menjadi semakin tular, dan menarik ramai pelancong asing melancong ke Korea Selatan. Lee Jong Suk juga muncul dalam iklan promosi pelancongan Korea. KTO sendiri telah membahagi promosi pelancongan Korea ke dalam beberapa segmen, dengan mengambil nilai kebangsaan dan citarasa. Promosi kali ini mengekspresikan nilai dari pelbagai jenis perjalanan ke Korea dalam lapan tema.
Lapan tema tersebut disesuaikan dengan jenis aliran filem seperti romance, adventure, triller, mystery, documentary, fantasy, signature dan trend Korea.Selain itu, lapan tema promosi ini dirancang secara komprehensif memperkenalkan kota dan wilayah di Korea, seperti Seoul, Gyeonggi, Gangwon, Jeju, Gyeongju dan lainnya.Promosi dilakukan secara digital juga konvensional. Promosi digital dilakukan hingga bulan Oktober melalui YouTube, Facebook dan media lainnya yang dapat menyasar target dengan tepat.Promosi melalui stesyen televisyen juga dilakukan di Kedelapan video iklan ini yang boleh dilihat di saluran Youtube Imagine Your Korea.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Dan Masa Yang Sesuai Untuk Tempah Tiket Kapal Terbang Murah

Anda selalu travel naik kapal terbang tak kira sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa? Jika ya, jadi anda perlu ambil tahu bila hari dan masa tiket penerbangan akan dijual pada harga murah.
Ambil tahu mengenai hari dan masa tiket penerbangan dijual dengan harga murah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelancongan anda dan sikap tak ambil endah untuk tahu perkara ni bakal merugikan anda satu hari nanti.
Untuk tahu hari dan masa yang murah bagi mendapatkan tiket penerbangan, menurut Skyscnanner adalah pada pukul 5 pagi pada hari anda membuat tempahan manakala untuk mendapatkan penjimatan yang lebih bagi penerbangan domestik adalah pada hari Selasa dan penerbangan antarabangsa adalah pada hari Rabu.
Selain dari pada hari dan masa, bulan yang paling murah untuk membuat tempahan penerbangan domestik adalah pada bulan Januari diikuti dengan bulan Februari dan Ogos. Bagi penerbangan antarabangsa pula, tempahan penerbangan bulan Oktober dan April adalah bulan yang paling sesuai bagi mendapatkan harga tiket yang murah.
Jadi, jangan tunggu lagi untuk merancang percutian anda lebih awal supaya penjimatan dapat dilakukan semasa membeli tiket penerbangan. Tip yang berguna untuk anda semasa membeli tiket penerbangan – penerbangan domestik sebaiknya dibeli tiga minggu lebih awal manakala penerbangan antarabangsa pula anda perlu memperuntukkan lima hingga enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan anda.
Dengan langkah-langkah penjimatan ini, diharap anda dapat membeli tiket seterusnya merealisasikan impian anda untuk melancong ke destinasi idaman. Semoga berjaya!
Sumber: MSN
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI