
Seekor anak panda ditemukan mati dipercayai akibat lemas selepas lehernya terjerut dengan tali, di pusat konservasi panda di barat daya wilayah Sichuan, China, minggu lepas.
Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China itu berkata, anak panda betina berkenaan dilahirkan pada 10 Ogos 2019, tinggal di pusat pembiakan Shenshuping, di rizab alam semula jadi Wolong.
Kira-kira 2 pagi, 9 April 2020, anak panda itu bermain bola yang digantung pada tali sebelum ditemukan mati oleh pekerja pusat berkenaan dengan tali terbelit pada leher dan kaki depannya, kira-kira 9 pagi.
Kejadian itu amat menyedihkan dan kami mengakui gagal menjamin keselamatan panda, kata pusat berkenaan.
Justeru, aspek pemeriksaan keselamatan akan diperkukuh dan menilai keberkesanan kemudahan sedia ada serta meningkatkan rondaan pada waktu malam untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jambatan Kaca Di China Rosak Teruk Dilanda Angin Kuat & Hujan Batu

Bila sebut jambatan kaca kita pasti tidak dapat melupakan video-video lucu gelagat pengunjung yang kali pertama menaiki jambatan kaca. Mampu tembus pandang ke bawah berlatar belakangkan gaung, ia pasti menggerunkan bagi yang gayat.
Namun semalam dilaporkan, sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.
Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.
Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.
"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.
Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.
Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016. Sumber : Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Branson Rancang Bina Hotel Di Bulan, Anggap Penerokaan Ke Angkasa Lepas Menarik

Nampaknya kalau dahulu ke bulan nampak agak mustahil kerana hanya mereka yang benar-benar sihat dari segi mental dan fizikal sahaja terpilih meneroka angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan. Malah nilai panggilan sebagai angkasawan pasti membuat insan yang terpilih berasa bangga.
Tapi di tahun 2021, nilai sebagai “angkasawan” itu sudah berubah kerana golongan kayangan boleh melancong ke angkasa lepas asalkan ada duit. Ini kerana selepas balik dari angkasa lepas, bilionair terkenal, Sir Richard Branson meluahkan hasrat untuk membina sebuah hotel di bulan untuk pelancongan penerokaan angkasa lepas.
Portal Evening Standard melaporkan beliau yang baru pulang melancong ke angkasa lepas menjangkakan lebih banyak penerokaan bersama Virgin Galactic di masa akan datang.
Ketika ini, kos bagi satu tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan Virgin Galactic dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM1.05 juta).
Impian mahu membina hotel di bulan itu akan diusahakan bersama anaknya kelak.
"Masih terlalu awal namun sama ada saya sendiri akan terbabit secara langsung dalam pembinaan hotel di bulan atau saya serahkan kepada anak-anak untuk melakukannya, ia bergantung kepada keadaan.
"Ia kedengaran seperti impian yang mengarut, tetapi perkara sama dikatakan mengenai pelancongan angkasa lepas dan saya baru sahaja melakukannya," kata Branson.
Branson berharap kewujudan lebih banyak roket dan kapal angkasa di masa depan akan mengurangkan kos penerbangan ke ruang galaksi itu.
Branson yang berlepas pada Ahad lalu menyifatkan ia 'detik penting' bagi jutawan itu dan juga seluruh industri ruang komersial.
Menceritakan pengalamannya, penerokaan itu lebih ekstrem daripada dibayangkan sebelum memuji penerbangan pertamanya sebagai terbaik.
"Ini adalah impian seumur hidup. Mimpi tidak sering berubah menjadi kenyataan dan sungguh indah, semua yang mungkin saya impikan akan berlaku," katanya. Sumber : Harian Metro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Nasib Si Gelandangan Di Kuala Lumpur Ketika Wabak COVID-19 Ini?

Kita masih bernasib baik mempunyai tempat untuk berteduh, menonton televisyen, tidur di atas tilam empuk atau mencuba pelbagai menu viral ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak COVID-19.
Tetapi adakah anda terfikir apakah nasib golongan gelandangan yang berada di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur ketika ini? Di manakah mereka ingin tuju atau berkurung untuk mencegah COVID-19?
Boleh dikatakan mereka adalah golongan yang turut terdedah dengan wabak ini dengan mudah, dek kerana sentiasa bergerak ke sana dan ke mari kerana tiada rumah untuk didiami.
Nasib segelintir daripada mereka baik! Masih ada yang prihatin terhadap golongan gelandangan ini. Gelandangan di sekitar ibu kota akan ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada merayau sepanjang tempoh PKP.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, golongan ini akan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang yang boleh menampung sehingga 150 orang dan Anjung Singgah sehingga 70 orang untuk jangka masa pendek ini.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah diminta untuk menyediakan sebanyak 100 bantal dan tilam baharu di Anjung Singgah kepada warga gelandangan untuk duduk satu tempat, jangan merayau, dan kerajaan akan hantar makanan tiga kali sehari sepanjang tempoh PKP.

Kerajaan juga telah menentukan sebanyak sembilan tapak untuk para NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan sebagai tempat penyerahan bantuan makanan dengan dibantu oleh anggota RELA, penguat kuasa DBKL serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun NGO tidak digalakkan pergi sendiri kerana bimbang tidak mengamalkan jarak sosial.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI