Sabah terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, sungai yang tidak tercemar, pantai yang memutih, gugusan pulau indah serta hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan yang hanya boleh ditemui di Borneo dan Sumatera.
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merancang untuk membina sebuah kompleks pelancongan bagi membolehkan pelancong melihat dan mengalami sendiri habitat hidupan liar dan alam sekitar di kawasan Kinabatangan, di negeri Sabah.
Kini terdapat pakej pelayaran bot persiapan untuk pelancong mengikuti aktiviti bagi memerhati hidupan liar dengan menelusuri Sungai Kinabatangan. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi. Hidupan liar di Sabah, terutama di Kinabatangan, dianggap antara spesies yang terbaik di dunia dan telah menarik ramai kedatangan pelancong asing.
Oleh itu, kementerian akan menyerahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk kompleks tersebut, terutama di Sukau dan ini termasuk aspek daya maju cadangan, anggaran kos, saiz dan kemudahan pembinaannya. Sungai Kinabatangan juga bakal diwartakan sebagai kawasan habitat tempat perlindungan hidupan liar sehingga kerajaan dapat melaksanakan usaha pemuliharaan hidupan liar di Sabah dengan lebih baik. Buat masa ini hanya kawasan daratan Kinabatangan yang diwartakan sebagai tempat perlindungan hidupan liar seluas 26,000 hektar pada tahun 2005.
Imgae via google | Sumber: Bernama