Ramai rindukan suasana ketika kecil dahulu. Kala itu kita bebas berlari-larian bermain kejar-kejar, police entry, main sorok-sorak, konda kondi, bermain dengan alam serta banyak lagi tanpa ada rasa risau sedkit pun kita akan diculik.
Sebabnya kita merasakan zaman itu, jiran tetangga masih ambil peduli si polan anak siapa, pergi ke mana dan kalau ditegur, kita sendiri akan mencicit lari balik ke rumah.
Lagi pun kalau balik rumah dah masuk Maghrib, siaplah kaki kena rembat dengan ranting kayu atau paip getah. Paling rare kalau mandi sungai, terserempak dengan mak bapak kau yang di tangannya sudah siap ranting kayu. Jawapannya, sendiri mau ingat.
Namun hari ini, anak-anak kita sudah tidak lagi merasai semua itu. Bergelumang dengan alam, bermain permainan tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti menangkap ikan di sungai.
Sebabnya terlalu banyak rasa bimbang dalam diri mak ayah generasi hari ini kerana tinggal di bandar besar dan duduk di kawasan yang tiada tempat bertanah (kalau ada agak kecil). Paling pasti, dari kecil, anak-anak sudah disua dengan gajet canggih hingga anak lupa cara berkomunikasi dengan dunia luarnya.
Bagi korang yang ada peluang nak ajar anak bermain dengan alam, bolehlah cuba melancong ke Setiu, salah satu daerah dalam Negeri Terengganu.
Apa yang menariknya di daerah ini terutama homestay Setiu Wetland Discovery.
Setiu Wetland merupakan kawasan yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau dengan keluasan 23,000 hektar. Jadi ada banyak aktiviti boleh dilakukan termasuk mencari kepah dan lokan di mana kita merasai sendiri suasana tersebut.
Tapi paling best, tentunya menginap di Rumah Tok yang terletak di perkampungan nelayan Kampung Mangkuk. Ia adalah rumah tradisional lama milik nelayan dan dibaik pulih untuk percutian homestay.
Jadi ia sangat mengimbau kenangan lama zaman kanak-kanak kita. Baca perkongsian oleh Adah Radzali yang bercuti singkat di Rumah Tok pada 12 dan 13 November lalu.
Nak merasa balik kampung macam rumah atok nenek kita dulu? Boleh datang sini. Rumah ni dekat dengan terrapuri. Kos menginap di sini RM140.30 (booking di Airbnb) termasuk dua dewasa, dua kanak-kanak dan infant.
Masa check in dalam jam 12 lebih dan boleh ambil dalam box peti surat saja.
.
Untuk sarapan memang tak disediakan tapi ada dapur kecil untuk memasak dan dilengkapi peti sejuk, rice coocker, pinggan mangkuk selain sudu garfu. Kami bawa beras sendiri untuk masak.
Bestnya di sini, ada Pantai Penarik yang sangat indah dan boleh makan ikan celup tepung yang sangat sedap. Dan akuinya, tempat ini sangat relax, sesuai untuk kanak-kanak tapi pastikan bawa semburan nyamuk (esp musim hujan dan nyamuk).
Jadi kalau rasa nak ajar anak tentang alam dan suasana kampung, di sinilah tempatnya.