Ramai yang membesar dengan siri komik dan kartun Kampung Boy ditelevisyen, malah generasi hari ini juga berpeluang untuk mengenali karektor ini kerana masih dimainkan di kaca televisyen.
Rumah yang digambarkan dalam komik lukisan Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat sebenarnya wujud dan merupakan gambaran rumah sebenar terletak di Batu Gajah, Perak. Bagaimanapun rumah asal itu sudah tiada, dan kini kerja-kerja membuat replika asala rumah tersebut sedang dibina semula di sebuah kampung terletak kira-kira 30 minit dari tempat Lat membesar.
Ads
Rumah tersebut sepatutnya mula menerima kunjungan pengunjung secara rasmi pada ramai pada bulan Julai ini, namun disebabkan penularan wabak COVID-19 ketika ini ia terpaksa ditangguhkan sehingga hujung tahun 2020.
Ads
Antara yang menarik perhatian pengunjung di Rumah Lat ini adalah gambaran mengenai kehidupan kartunis terkenal itu yang sebelum ini dapat dilihat dalam komik sahaja. Pengunjung berpeluang mengimbau kenangan masa lalu dengan melihat kelengkapan perabot yang kebanyakannya dari era sebelum Perang Dunia Kedua. Antaranya termasuk meja solek, meja makan dan kerusi, cermin dan rak almari asal milik keluarga Lat yang digunakan untuk menyimpan rekod piring hitam ketika usianya 19 tahun.
Projek rumah ‘Kampung Boy’ itu adalah sesuatu yang sangat peribadi buat Datuk Lat dan gembira apabila ia turut mendapat sokongan kerajaan negeri Perak dan tidak sabar untuk melihat reaksi pengunjung apabila ia dibuka kelak. Lat berharap Rumah Lat dan Galeri itu nanti dapat memberi peluang kepada generasi baharu mengenali sejarah dan warisan kampung Melayu.
Ads
“Saya lukis rumah itu daripada memori saya untuk The Kampung Boy. Apabila anda berusia sembilan tahun, anda akan ingat semua perkara dengan terperinci dan saya ada kenangan cukup baik pada zaman itu. Tiada elektrik, air, tetapi untuk seorang kanak-kanak, ia adalah pengalaman cukup berharga apabila membesar di sebuah kampung,” katanya.
Mengimbau kenangan menghasilkan The Kampung Boy yang pertama kali diterbitkan pada 1979, Lat memberitahu semuanya bermula ketika dia berkunjung ke Amerika Syarikat. Ketika di sana, Lat memberitahu ramai masih tidak mengenali Malaysia dan dia ingin mengubah presepsi itu. Diilhamkan tentang kisah zaman kanak-kanaknya, komik tersebut menceritakan kisah yang terdapat di kampung dan rumah yang digambarkan adalah kediaman sebenar tempat beliau membesar.
Singapura melaporkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 melebihi 3,000 (14 April) memutuskan untuk mengambil langkah lebih tegas dengan mewajibkan semua orang di republik itu memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar rumah.
Ia diumumkan Menteri Pembangunan Negara republik itu, Lawrence Wong pada taklimat teknikal secara maya dan sidang media.
“Ia berkuat kuasa serta-merta,” katanya
Dengan langkah baharu itu, orang ramai masih dinasihatkan duduk di rumah dan mengelak daripada keluar semasa langkah pemutus litar selama sebulan dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19.
Pemakaian penutup hidung dan mulut adalah langkah pencegahan penting terutama pada orang yang dijangkiti yang mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala.
Singapura selesai mengedarkan penutup hidung dan mulut yang boleh diguna semula pada Ahad (12 April), iaitu peringkat kedua yang bermula pada 5 April manakala peringkat pertama dijalankan di negara kota itu dari 1 hingga 9 Feb.
Pesalah kali pertama akan dikenakan kompaun S$300, pesalah berulang akan dikenakan denda lebih tinggi atau didakwa di mahkamah bagi kes yang lebih berat.
Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah hampir 1.8 juta manakala kes kematian meningkat lebih 109,000 orang.
COVID-19 boleh membunuh lebih ramai individu berbanding jumlah korban ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang meragut lebih 77 juta nyawa.
Amaran itu dikeluarkan pengarah hospital sementara untuk pesakit COVID-19 di Wuhan, wilayah Hubei yang dibangunkan ketika pandemik itu memuncak di bandar tersebut.
“Keadaan ini sangat berbahaya dan semua kuasa politik tidak boleh hanya mementingkan kepentingan mereka tanpa menghiraukan kehidupan orang biasa,” kata Pengarah Hospital Leishenshan, Wang Xinghuan.
Topeng Muka Sangat Penting!
Beliau turut mengulas tentang isu topeng muka yang dianggap sebagai isu budaya oleh segelintir pihak.
“Ketika saya bercakap dengan doktor di New York tentang perkara ini, seorang daripadanya menganggap penggunaan topeng muka adalah satu bentuk perbezaan budaya. Hong Kong Phoenix Television juga bertanyakan soalan sama. Saya mahu semua media berkongsi mesej ini. Penggunaan topeng muka bukan satu budaya kerana terdapat alasan saintifik untuk perlindungan dan ia telah diiktiraf,” jelasnya.
Jangan Ambil Mudah Pesakit Gejala Ringan
Xinghuan turut menjawab tentang punca pandemik tersebut semakin serius di New York yang menjadi pusat wabak di Amerika Syarikat. Beliau menyarankan kota metropolitan seperti New York perlu mengambil langkah lebih baik selepas ia mencatatkan lebih 6,000 kematian.
“Ia adalah kegagalan awal yang kami hadapi di Wuhan. Sebahagian pesakit yang mengalami simptom ringan dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani pengasingan sendiri tanpa kami sedar ia adalah satu kegagalan besar. Oleh itu, kami mencadangkan hospital lapangan untuk turut menempatkan pesakit mengalami gejala ringan,” tambahnya lagi.
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan hingga 17 September 2020. Perintah berkurung ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di daratan ESSzone.
Ketika ini ramai yang sedang bercuti di sekitar pulau-pulau indah yang ada di Semporna, oleh itu anda perlu tahu bahawa lokasi percutian anda turut dikenali sebagai ESSzone. Sebagai langkah keselamatan, sila patuhi arahan yang diberikan oleh pengendali tempat penginapan anda dan juga pihak berkuasa.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, perintah yang melarang komuniti di kawasan terlibat keluar dari rumah atau memasuki kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi setiap hari.
Arahan itu dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet selain nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan terlibat.
Perintah berkurung ini dapat memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan komuniti maritim termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong di pulau-pulau peranginan.
Beliau berkata ini berikutan ada maklumat menyatakan terdapat kumpulan yang menjalankan kegiatan menculik untuk wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina termasuk Kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!