Nak bercuti sebenarnya tak perlu jauh-jauh, banyak lokasi yang boleh dijadikan pilihan untuk staycation bersama keluarga. Paling penting tempat selesa dan ada swimming pool untuk anak-anak.
Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah bercuti dalam daerah saja dan percutian ala-ala desa pastinya jadi lokasi pilihan.
Menginap di Teratak Sofea di Telok Panglima Garang, yang berkonsep rumah tradisional Melayu dan boleh dijadikan port untuk family day.
Harga ditawarkan juga berpatutan dan anda boleh mengumpul seramai 20 orang dalam satu masa.
Ayuh kita lihat kemudahan lain disediakan di sini yang dikongsi oleh sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Zulfadzli Mohd Tahir.
Port bercuti ala-ala rumah kayu kampung siap dengan private pool hanya 40 minit dari Kuala Lumpur.
Sesuai sangat yang nak buat aktiviti keluarga sambil mandi manda dalam kolam renang. Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh buat family day, reunion ataupun lepak lepak tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk korang sekeluarga.
Nama : Teratak Sofea.
– Special : Semua unit ada Private pool.
– Unit bilik : Total hanya ada 3 unit sahaja.
Harga : bermula RM450+
– Unit stay : Ibu Mertuaku (Max 20 pax sahaja).
Kemudahan disediakan:
– Semua bilik fully aircond & kipas siling.
– 1x unit TV LCD sahaja dibawah rumah.
– Peralatan dapur yang lengkap.
– Ada disediakan mesin basuh.
– Selimut & bantal disediakan.
– Mesin gosok baju disediakan.
Kemudahan asas untuk pengunjung :
– Basikal untuk riadah disediakan.
– Mesin minuman sejuk disediakan.
– Mini taman & gelanggang sukaneka.
Kekurangan :
– Tiada water heater.
– Parking kereta yang limit.
Total bintang kasi pengalaman stay: 5 Bintang
*Tidak sesuai untuk yang nak berdating berdua. resort ni khas untuk yg jenis berkumpul pada group yang besar sahaja.
FB : Teratak Sofea
Alamat : Lot. 1623, Jalan Manggis, Batu 9 Kg Medan, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia