Harimau mati meninggalkan belang, manusia yang pergi meninggalkan nama. Satu nama agung dalam industri hiburan, siapa lagi kalau bukan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau namanya Teuku Nyak Putih Teuku Karim merupakan kehilangan besar dalam dunia seni negara dirasai pemergiannya.
Seniman ini telah meninggalkan satu budaya unggul dan tidak mungkin mana-mana penggiat seni dapat menandingi beliau yang telah menghasilkan produk bak lima bintang! Malah sehingga hari ini masih belum ada insan yang mampu mengambil tempat atau menggantikan bakat P.Ramlee ini. Dilahirkan di Pulau Pinang, rumah kelahirannya yang terletak di No 4A, Jalan P.Ramlee telah diwartakan sebagai lokasi tumpuan pelancong yang datang ke Pulau Mutiara ini.
Di buka setiap hari Selasa hingga Ahad kepada pengunjung, rumah kelahiraan beliau ini telah diperbaiki semula tapi masih dalam kedudukan rumah bentuk asal. Di sini juga ada mempamirkan koleksi asal barangan beliau seperti pakaian, beg, gambar, bilik tidur, dapur, koleksi filem dan lagu serta banyak lagi. Satu kerugian buat anak-anak muda jika mereka masih belum berpeluang mengenali atau jatuh cinta dengan karya agung seniman tersohor ini. Mana tidaknya, nukilannya telah meninggalkan impak budaya perfileman hebat sehingga hari ini.
P.Ramlee, Lagenda Negara