Kampung Baru terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan.
Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Namun ada beberapa buah rumah di Kampung Baru yang masih mengekalkan keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu menjadi identiti asal. Antaranya sebuah rumah yang dipanggil ‘Rumah Biru’ dalam kalangan penduduk tempatan.
Rumah biru ini juga seringkali dipilih sebagai lokasi penggambaran untuk beberapa buah filem dan rancangan televisyen.
Ini tip perkongsian daripada Mya Husin via Malaysia Backpackers Club jika anda berhajat untuk singgah bergambar di Rumah Biru ini.
Siapa tahu rumah ni. Ni la rumah Mama Long yang Filem Adnan Sempit dan Rempit berlakon. Rumah berusia lebih 80 tahun. Dulunya agak tinggi sekarang dah direndahkan sebab dulu-dulu selalu banjir. Nota untuk semua ya.
Sebab tadi Mama Long cerita,
Allahu..Nak tumpang toilet memang dia tak kan bagi sebab dia tak tau siapa yang datang tu, baik atau tidak. Dia juga perlu berhati-hati walaupun dalam rumah dia tu ramai.
Lepas ni kita datang rumah orang biarlah beradab. Jaga tatasusila, common sense la . Apa-apa pun, nice view.