Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini.
- Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa.
- Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Siapa Tukang Kahar?
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Macam Kat Oversea Di Windmill Upon Hill Genting Highlands. Selesa Nak Stay Ramai-ramai, GPO Pun Dekat!
Ramai sukakan tarikan pelancongan sedia ada di dalam negara. Ada banyak tempat menarik untuk diterokai dan cukup menarik. Hendak jejakkan kaki ke luar negara kosnya banyak, perlu mengumpul wang terlebih dahulu.
Tapi sebenarnya kalau terasa nak berada di luar dan kosnya taklah mahal sangat, bolehlah cuba-cuba menginap di Windmill Upon Hill, Genting Highland.
Dari perkongsian, Puan Irna Shahrul di page Hotel Review Malaysia, diri berkongsi keseronokan tatkala berkunjung ke lokasi ini dua tahun lalu.
Jelasnya, sebelum check in hotel, bolehlah masuk ke Genting Premium Outlets dan dalam kesejukan cuaca di puncak GH itu, terasa bagai berada di oversea kerana bukan saja cantik tapi anginnya cukup kuat.
Tambahnya, diri seisi keluarga menempah apartment dua bilik pada harga RM111 semalam (harga biasa RM150-RM409 pernight) melalui Agoda.com.
Untuk check in di Windmill Upon Hill, Genting Highland ini perlu check in di bangunan lain dulu (Geo Flash Suite) dan bila dah dapat kunci, baru dapat masuk ke bangunan apartment ini.
Katanya, bunyi macam leceh tapi dekat saja bangunan dua-dua ini. Setiap unit ada parking untuk visitor dan paling best katanya, hotel ini sesuai untuk mereka yang suka ber OOTD dan instagrammable.
Di apartment ini ada dua dan tiga bilik, boleh pilih mana yang suka. Ia juga lengkap dengan semua kemudahan termasuk peralatan memasak.
Ia juga dilengkapi kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain adanya jakuzi, ia turut dilengkapi gym dan lain lagi. Jadi kalau ada cadangan nak ke Genting, bolehlah cuba menginap di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan
Perlis merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, namun mempunyai banyak tarikan pelancongan hebat dan menyeronokkan.
Tenang dan memiliki bentuk muka bumi istimewa menjadi faktor tarikan utama dalam kalangan pelancong untuk menerokai Perlis.
Negeri Indera Kayangan ini menyimpan khazanah hutan yang amat berharga. Kawasan hutan di Perlis menjadi satu-satunya negeri di Malaysia mempunyai spesies Pokok Bogak terbanyak untuk dinikmati pencinta alam.
Hutan Simpanan Kekal, Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Ini lokasi alam semulajadi lain yang menarik ada di Perlis:
Gua Kelam
Gua Kelam merupakan satu daripada gua batu kapur tertua di Malaysia terletak di Kaki Bukit. Gua ini dahulunya terkenal dengan lombong bijih besi selain menjadi laluan antara penduduk Wang Kelian dengan Kaki Bukit. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun yang lampau dan Gua Kelam dikatakan merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan.
- Gua Kelam 1 atau dikenali sebagai Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan laluan di dalam gua melalui jambatan kayu tergantung. Panorama di dalam perut gua ini begitu indah dibantu dengan sorotan lampu berwarna-warni menemani pengunjung sepanjang perjalanan. Gua Kelam 1 boleh dikatakan sebagai ‘bintang’ di Perlis, jika tidak sampai ke sini, umpama anda belum jejakkan kaki di Perlis. Pada hujung minggu, lokasi ini agak meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang gemar melakukan aktiviti perkelahan dan mandi air sungai yang mengalir dari gua ini.
- Gua Kelam 2 -Kini terdapat tarikan terbaru di Gua Kelam 2, orang ramai diberi peluang untuk menyusuri laluan dalam terowong bekas kerja-kerja perlombongan sejauh kira-kira 3.8 meter. Jujur penulis kata kan ini merupakan satu pengalaman menarik yang sukar dilupakan. Laluan ke dalam Gua Kelam 2 diterangi dengan sedikit cahaya lampu jingga yang malap, namun disepanjang perjalanan masih kelihatan jelas kesan tapak aktiviti pemindahan bijih besi masa lampau. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai formasi batuan, stalaktit serta stalagmit dalam bermacam rupa dan bentuk.
Bukit Tok Dun
Bukit Tok Dun terletak di Ulu Pauh, Arau berhampiran dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bukit yang mempunyai ketinggian 325mdpl ini menjadi tumpuan pemburu matahari terbit/terbenam dan juga fenomena awan karpet.
Bukit Chabang
Bukit Chabang boleh dikatakan sebagai ikon negeri Perlis. Bukit yang terbelah dua ini ibarat lukisan matahari keluar dengan sawah padi. Berketinggian 390 mpdl dan mempunyai trek mendaki yang hampir 90% climb dengan struktur baerbatu tajam. Untuk mendaki, perlulah mendapatkan permit dan mempunyai guide yang terlatih.
Stesen Penyelidikan FRIM Perlis
Stesen Penyelidikan FRIM Perlis merupakan pusat penyelidikan perhutanan jati, yang memiliki landskap sesuai menikmati panorama flora hutan dan beriadah. Terletak di Hutan Simpan Mata Ayer, FRIM Canopy Walk sepanjang 100 meter dengan ketinggian 17 meter pada aras laut merupakan tarikan utama pengunjung singgah ke sini. Dari aras ketinggian ini anda boleh menikmati kehijauan semula jadi hutan hujan tropika dan mengenali secara lebih dekat flora hutan. Jika bernasib baik, terdapat juga beberapa haiwan yang bermain-main berhampiran kawasan ini seperti monyet, tupai dan burung.
Wang Burma
Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis. Sebenarnya ada lagi beberapa gua di Perlis dan ada diantaranya yang masih belum diteroka dan dibuka untuk pelawat. Gua Wang Burma ada 2 bahagian, iaitu Gua Wang Burma 1 yang terdiri dari formasi batuan menarik seperti ‘stalactite’ dan ‘stalagmite’ manakala Gua Wang Burma 2 pula memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental seperti merangkak di laluan sungai yang sempit.
Puncak Bukit Cenderawasih
Puncak Bukit Cenderawasih tidak jauh dari pusat bandar Kangar dan di kenali sebagai Gua Sami. Terdapat laluan mendaki yang merupakan tangga buatan. Dari puncak, anda dapat lihat pemandangan sekitar bandar Kangar, Kuala Perlis dan juga matahari terbenam.
Denai Larian Pengkalan Asam
Denai Larian Pengkalan Asam menyediakan trek jogging yang terletak di sekitar sungai. Antara tarikan yang ada di sini ialah jambatan gantung. Lokasi ini juga menarik untuk anda bergambar sambil beriadah.
Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh merupakan empangan utama Perlis. Tasik buatan ini memiliki keindahan panorama yang permai lagi mempersona. Menjadi lokasi sesuai untuk bergambar dan video. Selain menjadi sumber hasil kepada nelayan darat, terdapat juga sukan air dan aktiviti memancing yang dijalankan di sini.
Bukit Keteri
Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Bukit Keteri ini sebenarnya salah satu daripada laluan pendakian yang paling mencabar di Asia.
Jom pakat mai Perlis!
image via google & FB Perlis Aktif
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Dan Info Percutian Seminggu Ke Surabaya-Jogja Dengan Bajet RM600 – RM700 Seorang
Kalau tempat tersebut sudah ada di dalam ‘bucket list’ anda, jangan tunggu orang lain untuk melakukannya. Biarkan tempat tersebut diterokai oleh anda sendiri dan jadikan ia sebagai momen yang paling indah di dalam hidup anda.
Jika anda minat untuk meneroka tempat baru di negara orang, pelbagai cara yang akan dilakukan terutama dalam misi mengumpul wang dan membeli barang keperluan yang perlu dibawa nanti.
Perkara tersebut sama dilakukan oleh Imann Azman yang baru sahaja balik daripada trip ke Surabaya-Yogyakarta (Jogja), di Indonesia dengan hanya bermodal RM655 sahaja! Nak tahu macam mana Imann punya trip kat sana?
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh beliau bersama Libur.
Teks ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca Libur
TRIP SURABAYA – JOGJA (6H 5M)
Bajet keseluruhan: RM655.50
Termasuk: Tiket penerbangan (return), kenderaan, penginapan, tiket masuk, supir, makan tengah hari/malam
Tiket flight (return) hanya RM150
Kalau nak dapat tiket murah, kena beli awal-awal. Macam kami dah beli tiket setahun awal. huhu
Atucara Program
Hari 1: KLIA2 – Surabaya
8:00PM: Sampai di Airport dan supir jemput terus ke Bromo
2.30AM: Sampai Bromo, ambil masa dalam 7 jam sebab kereta rosak, kalau tak rosak hanya makan masa selama 3 jam sahaja.
Total: Rp12,000 seorang (bersamaan RM3.60)
Hari 2: Bromo
3.00 AM: Terus naik gunung sebab tak nak berebut dengan orang dan nak sampai sebelum matahari terbit. Dekat sini korang boleh tengok permandangan gunung Bromo lawa sangat. Korang boleh photoshoot dan semua tempat ini sangatlah sejuk. Jangan lupa bawa winter coat!
9.00AM: Terus gerak turun gunung sebab nak kejar kereta api pergi ke Jogja pula.
11.30PM: Kami naik kereta api dari Probolingo ke Jogja mengambil masa dalam 8 jam. Memang penatlah, tak boleh tidur, sakit belakang semua ada. Tetapi itulah backpackers-kan dan jimat. Naik kereta api tak disarankan untuk yang berkeluarga. Huhu
8.00PM: Sampai Jogja terus check-in hotel dengan hanya jalan kaki dalam 500 meter, lepas itu terus rehat dan tidur kerana letih sangat.
Pakej Bromo = Rp700,000 seorang
Termasuk: Supir, tiket, jeep, entrace fee, makan, tiket kereta api, penginapan.
Sky hotel Jogja = Rp555,000/5
Total: Rp811,000 seorang (bersamaan RM241)
Hari 3: Gunung Kidul
8.00AM: Supir datang ambil dekat hotel dan terus pergi ke Hutan Pinus dan Puncak Bencici. Tempat dia memang lawa untuk ambil gambar dan masuk adalah percuma. Jadi, tengoklah sendiri dalam gambar nanti lawa mana tempat dia. Huu… Kemudian, kami terus pergi ke Gunung Kidul, ambil masa dalam 2 jam untuk sampai.
Dekat sini ada 27 pantai, tetapi kami hanya pergi 4 sahaja iaitu Pantai Krakal, Pantai Watukodok, Pantai Ngrumput dan Pantai Kukup. Kami sarankan pergi ke tempat ini kerana pantai dia banyak dan boleh dapat pelbagai jenis permandangan, memandangkan pantai timang ada 1 sahaja pantai dan nak naik gondola perlu bayar mahal. Jadi, satu hari ini memang habiskan masa dekat pantai jela. Ambil gambar pon sudah berjam-jam. Hehe
Bajet
Supir – Rp900,000/5 (Rp180,000 seorang)
Makan – Rp10,000
Hotel di Pantai Kukup – Rp300,000/5 bersamaan Rp60,000 seorang.
Entrace fee untuk pantai – Rp15,000 seorang.
Total = Rp265,000 (bersamaan78.90)
Hari 4: Goa Pindul dan Malioboro
8.00AM: Kami dah gerak pergi pantai Ngrumput untuk tangkap gambar lagi sebab semalam tak puas dan dekat sini kami panjat bukit Kasakora. Penat dia, fuhhh! Tak boleh bawa bincang. Hahaha
12.00PM: Kami gerak pergi ke Goa Pindul. Dekat Goa Pindul ini, anda boleh pilih nak main aktiviti apa seperti water rafting, cave tubing, jungle tracking dan macam-macam lagi. Saya sarankan pilih cave tubing kerana anda boleh tengok permandangan alam fauna dan dekat sini anda kena siap sedia baju basah sebab anda akan mandi sungai dia sekali. Hehe.
6.00PM: Check-in hotel dekat area Malioboro Street dan malam itu kami keluar cari makanan tapi sini kena hati-hati sebab makanan semua mahal kalahkan hotel. Jadi kami ambil keputusan untuk makan KFC sahaja ketika itu kerana harga dia berpatutan.
10.00PM: Balik hotel dan tidur.
Bajet
Bukit Kasakora – Rp2,000
Makan tengah hari – Rp25,000
Cave Tubing – Rp50,000
Hotel Amanda Glory, Malioboro – Rp800,000/5 (Rp160,000 seorang)
Total: Rp267,000 bersamaan RM79.50
Hari 5: Borobudur
8.30AM: Kami ke Borobudur naik bas sahaja sebab ia lagi murah dan jimat. Dekat sini korang boleh ambil bas transJogja. Tunggu sahaja dekat stesen bas tepi Malioboro Street, beli tiket ke Stesen Jombor. Dari Stesen Jombor nanti ramai yang akan tawarkan bas pergi ke Borobodur. Korang naik dan ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Stesen Borobudur.
Sampai dekat stesen bas Borobudur, jalan kaki dalam 200 meter, sampai dah dekat pintu utama. Tak perlu nak naik beca atau teksi, jangan terpedaya kerana semua akan cakap jauh tetapi ia dekat sebenarnya. Dekat Borobodur ini, kami terkandas agak lama sikit kerana hujan. Jadi, pukul 5 petang baru balik naik bas, ikut jalan yang sama dan pukul 8 malam sampai ke Malioboro. Disini kami jalan-jalan dan beli cenderamata sebelum terus balik dan tidur.
Bajet
Trans Jogja, Malioboro – Jombor = Rp3,500
Bas Jombor – Borobudur (return) = Rp40,000
Tiket Borobudur (Studen price) = Rp130,000
Makan tengah hari: Rp13,000
Makan malam: Rp10,000
Total: Rp196,500 bersamaan RM58.50 seorang.
Hari 6: Taman Sari
8.00AM: Kami ke Taman Sari di Malioboro. Jalan kaki sahaja tetapi penat jugalah kerana ia agak jauh. Taman Sari ini korang boleh tengok tempat sultan dahulu kala mandi, tempat dia sangat cantik dengan bangunan yang unik dan penuh bersejarah. Balik dari situ kami sudah penat dan pilih untuk naik beca. Hahaha
12.00PM: Checkout hotel dan sambung beli cenderamata dekat Malioboro sebab malam semalam tak puas beli lagi (sesi menghabiskan duit sebelum balik).
2.00PM: Kami ambil teksi pergi ke airport ambil masa dalam 30 minit.
Bajet
Taman Sari + Tour Guide tips = Rp19,000 seorang
Beca = Rp10,000 seorang
Supir ke airport = Rp20,000 seorang
Total: Rp149,000 bersamaan RM44
P/s: Kalau takda tulis makan tengah hari atau malam itu bermaksudnya kami makan maggie yang di bawa dari rumah atau sudah termasuk dalam pakek. Cenderamata adalah bajet masing-masing, tidak termasuk di dalam total bajet. Sesetengah bajet di atas dibahagi untuk 5 orang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI