Rom, Itali Bertukar Jadi ‘Bandar Hantu’. Sunyi Sepi..

Share

Umum mengetahu Itali berdepan penularan wabak koronavirus COVID-19 paling besar di luar benua Asia. Selepas China, Itali mencatat angka kematian kedua tertinggi dan kes jangkitan ketiga terbanyak di dunia.

Itali sebelum ini dikenali dengan destinasi pelancongan ternama khas untuk pencinta fesyen, seni dan budaya kini hampir sunyi daripada kelibat rakyatnya sendiri juga pelancong luar.

Rom merupakan bandar yang mempunyai jumlah kes Covid-19 yang rendah berbanding lokasi yang lebih serius seperti di Lombardy, Veneto dan Emilia Romagna di sebelah utara, namun kesan kebimbangan tetap ketara. Di Rom yang berpopulasi padat, iaitu 2.9 juta orang selain penuh dengan pelbagai tarikan pelancongan popular, kini dilihat seperti ‘bandar hantu’.

Foto: Dailymail
Foto: Dailymail
Foto: Dailymail
Foto: Dailymail

  • Ketika ini, hanya beberapa orang yang dilihat menaiki anak-anak tangga di lokasi tarikan utama iaitu Spanish Steps. Segalanya sepi dan senyap. Tiada sesiapapun yang duduk bersantai di sekeliling tapak air pancuran berbentuk bot, Fontana della Barcaccia.
  • Paling aneh adalah ketiadaan kelibat orang ramai yang selalunya berbelanja sakan di deretan butik fesyen ternama seperti Valentino, Armani atau Prada.
  • Jalanan di sekitar Via Condotti – yang selalunya dilalui oleh warga yang penuh bergaya, kini sunyi dan dihindari.
  • Peminat seni yang mahu menghayati karya Caravaggio pula hanya menemui papan tanda yang menyatakan bahawa gereja Saint Luigi dei Francesi ditutup.

Ternyata, penularan COVID-19 memberi kesan besar pada industri pelancongan. Persekutuan bagi industri pelancongan kebangsaan, Confturismo, meramalkan Itali akan menanggung kerugian sehingga lebih AS$8 bilion sehingga Mei nanti.

Foto: npr.org
Foto: The globe and mail
Foto: npr.org

Itali telah mengumumkan sekatan perjalanan dan langkah pemeriksaan kesihatan awam yang ketat di seluruh negaranya. Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata keputusan kerajaan itu memerlukan 60 juta rakyat Itali menunjukkan sebab untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja, keadaan kesihatan atau sebab-sebab lain bagi perjalanan luar kawasan tempat mereka tinggal. Sekatan yang sudah bermula di Itali utara akan diteruskan di seluruh negara hingga 3 April.

Sumber: Dailymail | astroawani

Oleh
Husna