Umum mengetahu Itali berdepan penularan wabak koronavirus COVID-19 paling besar di luar benua Asia. Selepas China, Itali mencatat angka kematian kedua tertinggi dan kes jangkitan ketiga terbanyak di dunia.
Itali sebelum ini dikenali dengan destinasi pelancongan ternama khas untuk pencinta fesyen, seni dan budaya kini hampir sunyi daripada kelibat rakyatnya sendiri juga pelancong luar.
Rom merupakan bandar yang mempunyai jumlah kes Covid-19 yang rendah berbanding lokasi yang lebih serius seperti di Lombardy, Veneto dan Emilia Romagna di sebelah utara, namun kesan kebimbangan tetap ketara. Di Rom yang berpopulasi padat, iaitu 2.9 juta orang selain penuh dengan pelbagai tarikan pelancongan popular, kini dilihat seperti ‘bandar hantu’.
Ads
Ads
Ketika ini, hanya beberapa orang yang dilihat menaiki anak-anak tangga di lokasi tarikan utama iaitu Spanish Steps. Segalanya sepi dan senyap. Tiada sesiapapun yang duduk bersantai di sekeliling tapak air pancuran berbentuk bot, Fontana della Barcaccia.
Paling aneh adalah ketiadaan kelibat orang ramai yang selalunya berbelanja sakan di deretan butik fesyen ternama seperti Valentino, Armani atau Prada.
Jalanan di sekitar Via Condotti – yang selalunya dilalui oleh warga yang penuh bergaya, kini sunyi dan dihindari.
Peminat seni yang mahu menghayati karya Caravaggio pula hanya menemui papan tanda yang menyatakan bahawa gereja Saint Luigi dei Francesi ditutup.
Ternyata, penularan COVID-19 memberi kesan besar pada industri pelancongan. Persekutuan bagi industri pelancongan kebangsaan, Confturismo, meramalkan Itali akan menanggung kerugian sehingga lebih AS$8 bilion sehingga Mei nanti.
Ads
Itali telah mengumumkan sekatan perjalanan dan langkah pemeriksaan kesihatan awam yang ketat di seluruh negaranya. Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata keputusan kerajaan itu memerlukan 60 juta rakyat Itali menunjukkan sebab untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja, keadaan kesihatan atau sebab-sebab lain bagi perjalanan luar kawasan tempat mereka tinggal. Sekatan yang sudah bermula di Itali utara akan diteruskan di seluruh negara hingga 3 April.
Pasar Bisik merupakan pasar unik di Kuala Muda, Penaga kerana suasananya tenang, tanpa sebarang laungan atau teriakan yang menjadi kebiasaan di pasar lain. Istimewanya pasar ini hanya kelihatan beberapa individu berbisik sesama sendiri dan selang beberapa minit, bilangan jari saja yang ditunjukkan sesama mereka.
Itulah keunikan Pasar Bisik menjalankan urus niaga atau aktiviti bidaan ikan secara berbisik ini sejak sekian lama. Selalunya pembeli, pemborong dan pengusaha bertandang ke Kompleks Pasar Bisik Ikan Kuala Muda seawal jam 8 pagi menunggu kepulangan nelayan ke jeti.
Prinsip jualan bisik cukup mudah. Pemborong atau orang perseorangan akan berbisik kepada nelayan untuk membeli hasil tangkapan mereka seperti ikan, udang, sotong dan ketam. Mereka menawarkan harga yang diingini dan nelayan akan menjual hasil tangkapan berdasarkan ‘harga bisik’ paling tinggi.
Bagaimanapun bagi membendung penularan wabak COVID-19, para nelayan di Pasar Bisik ini dinasihatkan supaya menghentikan amalan berbisik, iaitu tradisi yang digunakan untuk menentukan harga jual beli hasil tangkapan laut segar antara nelayan dan pelanggan.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun amalan berbisik adalah satu keunikan di pasar itu dalam urusan tawar menawar, namun dalam keadaan sekarang mereka harus mementingkan soal kesihatan dan keselamatan terlebih dahulu.
“Mereka perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu ini dan lakukan perubahan dari segi mekanisme dan modus operandi. Amalan berbisik memang tidak boleh… macam mana nak bisik dari jarak satu meter. Berikutan itu, para nelayan perlu mempamerkan harga hasil tangkapan dan tidak dibenarkan untuk berbisik bagi menjual hasil laut,” katanya.
Beberapa hari lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah mengarahkan Pasar Bisik Kuala Muda ditutup selama tujuh hari, kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pasar Bisik mungkin akan beroperasi semula atau tidak dalam masa terdekat ini bergantung sepenuhnya kepada kepuasan hati pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), terhadap pematuhan SOP selepas ini.
Keunikan melancong solo adalah anda boleh menilai kemampuan menyesuaikan diri bersama komuniti asig dan melakar momen hebat di lokasi antarabangsa secara sendiri. Namun sebagai wanita, perasaan TAKUT sering mengganggu.
Destinasi idaman perlu berada dalam kawasan yang selamat dan mudah untuk mengakses pengangkutan serta budaya tempatan yang boleh mengurangkan kerisauan dan anda boleh fokus kepada aktiviti dirancang. Lebih banyak hotel, aktiviti, dan spot hebat yang mampu anda temui di kawasan tertumpu dan mudah akses, maka lebih mudah bagi anda menyesuaikan diri serta membenarkan anda mengalami momen perjalanan yang hebat.
Disini,saya senaraikan antara destinasi terbaik bagi wanita melancong solo.
Barcelona, Sepanyol
Anda bebas berjalan di bandar cantik ini, asalkan anda memiliki peta atau gajet tunjuk arah. Anda boleh window shopping sepanjang Las Ramblas, berjalan di pesisir pantai, mahupun bersiar-siar di Park Güell yang direka Gaudi. Pilihan makanan juga baik bagi pelancong solo serta bersantai ala al fresco sambil menikmati makanan dan pemandangan bandar yang mengujakan.
Melbourne, Australia
Australia terus mengekalkan takhta sebagai ‘Most Livable City‘, menurut Economist Intelligent Unit. Nikmati pemandangan dengan menaiki tram pelancong secara percuma; yang menjangkau kebanyakan spot utama termasuk Melbourne Star Observation Wheel,Carlton Gardens, serta Federation Square. Melbourne secara ringkas memiliki keselamatan yang sangat baik.
Okinawa, Japan
Jika idamkan percutian yang mendamaikan dan jauh dari kesibukan bandar Jepun, pergi ke Naha; pusat kepulauan Okinawa. Monorail yang mudah akses yang menghubungkan lapangan terbang ke pusat bandar dan juga Istana Shuriyang popular. Juga dalam lingkungan berhampiran pusat bandar adalah bandar pantai Naminoue, daerah Tsuboyayang terkenal dengan pembuatan pot tanah liat, dan Pasar Awam Makishi, yang sesuai bagi pelancong solo menikmati makanan. Dan yang terakhir, adalah penduduk tempatan yang ramah dan dipengaruhi gaya Amerika, kerana penempatan kem askar Amerika berhampiran.
Dubrovnik, Croatia
Peningkatan sektor pelancongan Crotia dan pengurangan mendadak kadar jenayah menaikkan rating Croatia. Anda pasti berasa kagum pada senireka bangunan medieval Dubrovnik yang mengadap laut biru yang dirapi bersama 6,365 kaki dinding pristine. Berjalan sepanjang jalan yang dibina dari cobblestone akan membawa anda ke rangkaian kedai serta restoran dan dalam masa yang sama, anda menikmati pemandangan hebat pantai Adriatic.
Salzburg, Austria
Dengan Istana Hohensalzburg di puncak bukit dan Sungai Salzach menyusuri bandar, daya tarikan tempat kelahiran Mozart sangat mengundang dan menawan. Alami sendiri lokasi filem The Sound of Music dengan melawati Mirabell Gardens dan Nonnberg Abbey atau bersantai sambil menikmati kopi di teres Cafe Tomaselli. Bagi yang gemar berbasikal, bandar Salzburg ialah antara bandar mesra basikal dengan jarak laluan sejauh 171km serta melalui pemandangan hebat.
Pusat bandar Taiwan adalah lokasi campuran sejarah dan modernisasi ideal. Satu sudut bandar terdapat pasar malam yang padat dengan lambakan aksesori dan cenderahati manakala sudut lain terpapar bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah hebat. Taiwan sebuah bandar padat namun berjaya mengekalkan keselesaan cara urban. Taiwan memiliki kadar jenayah yang rendah, meskipun begitu, sistem aliran ringan mereka tersedia kotak “Safe Waiting Zone” di platform, dan dikawal rapi oleh CCTV demi keselamatan dan keselesaan penumpang wanita.
Saba, Caribbean
Kepulauan Saba, Caribbean dikelilingi kejernihan laut biru, dan Gunung Scenery tinggi mencecah awan. Ia tidak seperti destinasi Caribbean yang lain. Saba, yang dimiliki oleh Belanda, adalah kepulauan yang memberi anda momen hebat bersama keselesaan dan keramahan yang membuat anda tertawan pada alam semulajadi sama ada di darat atau di laut. Anda boleh memilih pernerbangan selama 15minit dari St. Maarten ataupun belayar ke sana sambil menyaksikan dolfin atau paus.
Copenhagen, Denmark
Copenhagen ialah ibu negara Denmark yang terletak di persisiran Zealand & Amager. Ia dihubungi bersama Malmo di selatan Sweden oleh Jambatan Öresund. Indre By merupakan pusat sejarah bandar ini di mana terbinanya Frederiksstaden; daerah rococo (gaya artistik Perancis) kurun ke -18 yang merupakan penempatan keluarga di raja Amalienborg Palace. Lokasi berhampiran ialah Christiansborg Palace dan Renaissance-era Rosenborg Castle, yang dikelilingi taman cantik.
Fjord, Norway
Fjord terbentuk apabila glasier berhenti, selepas mengukir lembah berbentuk U, dan mengisi lautan yang membentuk lembah landai. Ini membentuk ruang sempit dan curam (kadangkala lebih 1300m dalam) yang mengubungi laut. Terdapat lebih seribu fjord di Norway, namun yang paling ikonik ialah Nærøyfjord, Sognefjord, Lysefjord dan Geirangerfjord yang terletak di persisir barat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jalan Sutera adalah rangkaian laluan perdagangan yang menghubungkan China dan Timur Jauh dengan Timur Tengah dan Eropah. Ditubuhkan ketika Dinasti Han di China secara rasmi membuka perdagangan dengan Barat pada tahun 130 SM.
Ia merupakan laluan penting perdagangan suatu ketika dahulu. Antara 8 bandar purba yang termasuk dalam Laluan Sutera ini ialah Xi’an (China), Merv (Tukmenistan), Samarkand (Uzbekistan), Balk (Afghanistan), Istanbul (Turki), Ctesiphon (Iraq), Taxila (Pakistan) dan Damsyik (Syria) yang pernah menerima tempias ekonomi suatu ketika dahulu dan hari ini terus kekal utuh sebagai kota yang menarik diterokai.
Dalam pada itu, catatan penggambaraan Fais Taib yang sebelum ini meneroka Azerbaijan, kota indah meneruskan penerokaan di Tbilisi, Georgia yang merupakan jiran Azerbaijan dan termasuk dalam Laluan Sutera.
Baca perkongsiannya :-
Caucasus Trip
Tbilisi ,Georgia
Merentasi Negara ke 2 trip kali ini iaitu Georgia. Kemasukan ke sini melalui jalan udara menaiki Buta Airways. Syarat kemasukan ke sini untuk rakyat Malaysia hanyalah memerlukan sijil vaksin sahaja.
Mata wang disini menggunakan Georgia Lari ( 1 GEL = RM1.20), harga barang di sini biasa-biasa sahaja lebih kurang harga barang di Malaysia. Populasi di sini mempunyai 3.2 Juta rakyat dan hanyalah 9% beragama Islam selebihnya Kristian Ortodok.
Georgia, berada di pesisir Black Sea dan di antara Banjaran Greater Caucasus dan Lesser Caucasus. Bentuk muka bumi yang bergunung- ganang dan dek kerana kami datang pada musim winter kebanyakan kawasan dilitupi salji tebal memutih.
Sesetengah kawasan kelihatan seperti kita berada di country side of Scotland.
Reka bentuk bangunan dari era medieval dan Eropah tersusun indah di setiap sudut bandar. Sangat cantik bak di alam fantasi Narnia dan filem Game of Thrones kerana kebanyakan bangunan, rumah, Chapel dan Cathedral mereka dari era Medieval.
Georgia juga terletak di Laluan Sutera dan kami sempat singgah di salah satu underground bazaar berciri medieval yang menjual wine.
Walau pun berjiran dengan negara Azerbaijan, tetapi rakyat mereka sangat berlainan. Di sini, orang orang agak kasar mungkin kerana nenek moyang mereka dari berasal dari era medieval dan barbar.
Georgia salah satu keunikan dunia. Pack your bag & come here!
Kredit : Fb Fais Taib
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!