Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Sumber: SinarHarian