
Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Sumber: SinarHarian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Kenderaan 4X4 Untuk Sampai. Tapi Puas Dapat Rasai Keindahan Nature Di Campsite Jerep Katah, Tanjung Malim Perak!

Mencari kelainan bercuti dengan memilih pergi camping jauh dari kesibukan kota yang tak pernah tidur.
Sengaja mencari lokasi begini untuk melakukan aktiviti camping yang semakin menjadi trend masa kini.
Seperti perkongsian sahabat Camping Buddies Malaysia, Romzy Abdullah yang mengunjungi Campsite Jerep Katah di Tanjung Maling yang hanya boleh menaiki kenderaan 4×4 sahaja untuk sampai ke sini.
Namun keseronokan bakal menanti sebaik menjejakkan kaki ke Jerep, Katah, Behrang Ulu, Tanjung Malim Perak.
Tempat ini mash mengekalkan suasana privasi dengan mengekalkan natural nature dan menyediakan ilmu anyaman bertam kepada pengunjung.
Bukan itu saja bercamping di sini mengajar kita cara menghidupkan api secara survival dan mempelajri ilmu-ilmu hutan dari pihak campsite.
Memang tempat ini sangat dicadangkan untuk merasai keseronokan berganda juga suasana bombastic yang tidak pernah anda rasai sebelum ini.
Walau bagaimanapun talian telco seperti Celcom hanya boleh didapati di kawasan bukit sebelum anda turun ke campsite.
Cuma jika bernasib baik, di campbase, kadang-kadangline telco Digi boleh sangkut juga di sini.
Servis lain disediakan adalah tandas yang bersih. Akan tetapi plug point tidak disediakan oleh pihak campsite.
Bagi mereka yang mahu merasai camping penuh adventure, boleh hubungi tuan tanah Nur Azlan Haji Zainuddin yang katanya sangat sporting dan peramah dan juga rakan-rakan secampiste yang peramah walaupun baru pertama kali datang.
Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia, Nak Sebut Sampai Terbelit Lidah!

Anda rasa dah tahu banyak benda atas muka bumi ni kan? Ok, sekarang bagitahu apa nama tempat yang paling panjang yang anda pernah dengar? Haha kalau anda nak tahu, ada satu tempat ni mempunyai nama yang paling panjang di dunia!
Tempat itu dikenali sebagai:
Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu.
tergeliat lidah kan nak menyebut nama tempat ni? Haha itu lah dia nama tempat yang paling panjang di dunia. Tempat ini terletak di New Zealand dan ianya adalah nama kepada sebuah bukit yang terletak berhampiran dengan Porangahau, selatan Waipukurau.
Bukit ini berketinggian 305 meter dari aras laut dan asal usul namanya diberikan oleh masyarakat Maori iaitu penduduk asal di sana. Sebutan nama bukit yang panjang ini seringkali dipendekkan menjadi Taumata sahaja. Senang kan nak sebut selepas dia menjadi pendek?
Nama bukit ini menpunyai 85 huruf dan telah tersenarai dalam Guinness World Book of Records sebagai nama tempat yang paling panjang di dunia.
Macam mana nak sebut perkataan asal Bukit Taumata ni? Anda perlu menyebutnya begini: Tau-ma-ta-fa-ka-ta-ngi-ha-nga-ko-au-au-o-ta-ma-te-a-tu-ri-pu-ka-ka-pi-ki-mau-nga-ho-ro-nu-ku-po-kai-fe-nu-a-ki-ta-na-ta-hu. Fuh! Susahnya!
Apa maksud nama yang sepanjang-panjang tu? Maksud nama Bukit Taumata ni dalam bahasa inggeris adalah “The summit where Tamatea, the man with the big knees, the slider, climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his kōauau (flute) to his loved one”. Ha itulah dia maksud sebenar nama Bukit Taumata ni yang sebenarnya. Panjang juga kan?
Kalau anda masih nak cuba juga sebut nama Bukit Taumata ni dengan betul, jom tonton video ni:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tourism Selangor Lancar Kempen ‘Pusing Selangor Dulu’, Cepat Tebus Baucar Pelancongan Di Aplikasi Beli Belah Online

Bagi yang gian untuk bercuti tetapi masih bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, boleh menghabiskan masa senggang dengan melawat destinasi menarik hanya di Selangor.
Sebenarnya masih banyak lagi lokasi ‘rare’ dan viral boleh diterokai di Selangor dan anda tidak perlu keluar dari Lembah Klang ini untuk bercuti.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”
Kempen ini mula diwar-warkan melalui landasan digital bermula pada 10 Jun yang lalu, susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Umum mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada yang hilang mata pencarian.
Memahami situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.
Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.

Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar eletronik sebanyak RM 200.00 seorang untuk penerima yang layak. Baucar ini perlu digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go e-Wallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.
Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan membuka promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah-laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun 2021.
Pihak Tourism Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu yang menekankan SOPs (Standard Operating Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa melancong ke Negeri Selangor.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” dapat memberikan impak yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan domestik Negara, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel atau di :-
https://www.tngdigital.com.my/
SUMBER: TOURISM SELANGOR
Artikel Berkaitan:
7 Port Santai & Tenang Di Selangor. Paling Best Jauh Dari Kesibukan Kota
9 Port Nature Anda Boleh Lepak Di Selangor. Aktiviti Kat Situ Pun Best!
Menjamu Selera Tinggi Di Udara Tarikan Terkini Di Dengkil, Selangor. Macam Best Je!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI