Dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19 dan dua tahun jugalah umat Islam di Malaysia beraya di perantauan. Syukur tahun ini keadaan semakin membaik, rakyat makin bebas bergerak dengan kelonggaran SOP yang diberikan kerajaan.
Ramai yang dapat pulang ke kampung menyambut Syawal bersama yang tersayang malah ada juga yang ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sempena hari raya. lagi syok bila Perdana Menteri umumkan tol percuma untuk beberapa konsesi tol utama yang ada di negara kita.
Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh Razis Ronnie dan keluarga kecilnya untuk ziarah raya ke seluruh Semenanjung Malaysia hanya dengan berkereta. Dalam perkongsiannya, Razis turut memberikan beberapa info berkenaan negeri yang sempat disinggahi sepanjang 9 hari 8 malam perjalanan ziarah dia dan keluarganya itu.
Ikuti perkongsian Razis Ronnie:
Road Trip Ziarah Raya
Total Kos Tak Sampai RM2K,
Ziarah Raya Cara Kami Dengan Bezza.
Jimat teruk beb!!
Jumlah keseluruhan perjalanan : 3,145 KM (Jalan Darat)
Kenderaan : Perodua Bezza 1.3 (2018)
Kos minyak : Rm436.51
TOL : Rm145 (Percuma tarikh 1 & 8 Mei 2022)
Kos makanan & minuman : Rm511.18
Kos penginapan hotel : Rm598.00
Jumlah keseluruhan = Rm1,690.69
Tarikh & hari perjalanan : 01-09 Mei 2022 (9 Hari 8 Malam)
Alhamdulillah syukur perjalanan semuanya dipermudahkan
Perjalanan kali ni lokasi utama untuk setiap negeri (Masjid Negeri)
Masjid negeri paling cantik : Masjid Zahir (Kedah)
Surau paling unik : Surau Langgar Rindu (Terengganu)
Ibu negeri paling cantik : Georgetown (Pulau Pinang)
Tempat makanan yg sedap : Pulau Pinang & Terengganu
Laluan persisir pantai paling cantik : Dungun-Kemaman-Marang (Terengganu)
Laluan paling mencabar : Tanah Tinggi Lojing – Cameron Highlands – Jalan Simpang Pulau (Melalui jalan berliku umpama ular dipalu)
Pemandangan sawah padi paling cantik : Gurun, Yan, (Kedah)
Negeri yang amat bersejarah : Melaka
Negeri titik paling ujung benua Asia : Johor
Laluan Negeri : Johor –>Kuala Lumpur –>Putrajaya –> Selangor –> Pahang –> Terengganu –> Kelantan –> Perak –> Pulau Pinang –> Kedah –> Perlis –> KL –> Negeri Sembilan –> Melaka –> Johor
Menurut Razis juga perjalanan kali ini meninggalkan banyak kenangan manis untuk dia dan keluarga kecilnya.
Mempunyai dua orang anak yang didiagnos dengan SD dan ADHD, tambah Razis lagi road trip kali ini banyak memberi impak positif terhadap perkembangan anak-anaknya.
KENANGAN MANIS TERCIPTA.
Sambil beraya di rumah keluarga & kawan. Sambil jelajah semua negeri. Dapat tengok banyak pemandangan yg cantik & indah di setiap negeri Semenanjung.
Kalau (travel) dgn anak-anak, macam-macam yang di fikirkan. Takut demam, takut mereka tidak selesa, buat bising dalam kereta. Sebab tu semua sudah di rancang awal supaya tidak kelam kabut & persiapan semua dapat disediakan. Sebenarnya banyak manfaatnya bawa isteri & anak mengembara, bercuti atau ‘travel’. Di sebabkan Rizhan SD & ADHD.
Sebahagian terapi bawa jalan sambil belajar banyak perkara. Sambil memandu berbual, bercerita & boleh menyanyi sama. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ada kesan positif. Fikiran lebih terbuka, lebih tahan lasak, membentuk karakter anak, lembut hati & Alhamdulillah ada beberapa perkataan baru yg Rizhan boleh sebut