Hari raya biasanya disambut dengan keluarga tercinta, namun dek kerana tidak berkesempatan untuk pulang beraya di kampung yang terletak di Sabah, Razis Ronnie dan keluarganya menjelajah semenanjung Malaysia melawat sanak saudara yang ada sambil melihat keindahan yang ada.
Merupakan kali kedua membuat road trip ketika hari raya, Razis dan keluarganya mengambil kesempatan yang ada untuk melawat sanak saudara yang ada di Semenanjung Malaysia. Memulakan perjalanan yang melibatkatn jarak 2,760 km dan bermula dari Johor Bharu.
Hari raya pertama enjin kereta Bezza milik keluarga ini sudah berada di jalan raya memulakan ekspedisi mereka. Warna hitam tema pilihan ramai juga menjadi busana hari raya keluarga ini untuk road trip mereka.
Perjalanan selama enam hari lima malam yang cukup bermakna walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga sendiri di Sabah, dapat melawat ahli keluarga yang lain di Semenanjung Malaysia juga satu nikmat yang disyukuri.
Lebih bersedia pada tahun ini, menurut Razis, dia dan isteri menyediakan tripod untuk merakam gambar mereka sekeluarga disamping memperuntukkan sedikit masa untuk menukar baju raya setiap kali tiba ke destinasi yang dirancang.
Mempunyai perancangan untuk meneruskan road trip sebegini di Sabah pada hari raya tahun hadapan, jom ikuti pengembaraan hari raya keluarga Razis pada tahun ini.
Road Trip Raya Merata, Jelajah Semenanjung Malaysia Lawat Ahli Keluarga.
Alhamdulillah syukur perjalanan kali ni dipermudahkan
TEAM RAYA MERATA TEMPAT
ROAD TRIP SEMENANJUNG 2.0
Ads
RAYA MADANI
– HITAM PREMIUM EXCLUSIVE
Laluan = Bermula dari Johor Bahru Melaka – Bandar Melaka Negeri Sembilan – Bandar Seremban Putrajaya Kuala Lumpur – Gombak Selangor – Shah Alam, Bukit Lanchong & Sijangkang Perak – Teluk Intan Pulau Pinang – Georgetown & Bukit Mertajam Kedah – Gurun & Alor Setar Perlis – Padang Besar & Bandar Kangar Gerik – Jeli Kelantan – Bandar Kota Bharu Terengganu – Bandar Kuala Terengganu, Marang, Rantau Abang, Kemasik Pahang – Muadzam Shah & Bandar Kuantan Mersing & Johor Bahru
Jumlah keseluruhan jarak perjalanan kali ni = 2,760 KM
Kenderaan = Perodua Bezza (Hitam)
Kos minyak = Rm344.69
Ads
Tol = Rm85.90 (Ada Tol Rahmah, guna laluan lama & pesisir pantai. Contoh dari Gurun – Gerik – Jeli – Kota Bharu – Kuala Terengganu – Kuantan – Mersing – JB)
Kos makan & minum = Rm565.02 (Negeri yg kami ada keluarga & kawan kami beraya dari rumah ke rumah, Rumah Makcik di Gombak, Jumpa keluarga di Bukit Lanchong & Sijangkang. Rumah Abg Ipar di Penang. Jumpa Adik di Muadzam Shah & Adik Ipar di Kuantan kami di belanja makan. Di Negeri yg tiada keluarga atau kawan kami singgah makan di restoran. Nasib baik tahun ni banyak kedai makanan buka. Tak macam tahun sebelum ni)
Kos penginapan = Rm424.00 (Bermalam di rumah Makcik di Gombak, Hotel Bukit Mertajam, Motel Kangar, Hotel Kuala Terengganu & Hotel Kuantan Adik Ipar & Isterinya belanja 1 malam)
Kos ubatan & Mainan Anak-Anak = Rm174.00
Jalan jem tapi tak teruk sangat di Jalan Changkat Jering, Lebuhraya Alor Setar/Georgetown, Jalan Salor-Pasir Mas & Jalan Kota Bharu-Backhok. Alhamdulillah lain tempat semua lancar.
Ads
Laluan paling mencabar & bahaya kali ni = Lebuhraya Gerik – Jeli tapi bila sampai puncak R&R Amiza Titiwangsa. Subhanallah view nya sangat cantik.
Laluan paling cantik semestinya = Marang-Kemaman-Dungun. Laluan pesisir pantai.
Perjalanan kali ni 5 malam 6 hari. Cuti yg singkat. Tema raya kali ni Hitam Premium. Pakai baju raya Hitam tu sehari penuh. Raya Pertama & Perjalanan terakhir dari Kuantan ke Johor Bahru. Di tempat2 lain tu kami ambil masa 15-20 minit tukar baju raya utk gambar raya kami Sekeluarga. Tahun lepas Round Semenanjung gambar tak lengkap kami berempat. Kali ni bawa sekali Tripod mudah untuk ambil gambar kami sekeluarga. Tak perlu susahkan orang ambil gambar kami. Perjalanan kali ni lebih santai & seronok. Banyak kelebihan yg kami dapat. Dapat luangkan masa semua bersama. Dapat berbual lama sepanjang perjalanan. Kami abadikan semua gambar untuk kenangan.
Agak menarik melihat dekorasi tema manisan seperti ini, terlihat rupa ais krim, donut, gula-gula getah dan macam-macam lagi.
Bukan senang nak jumpa tempat seperti ini dan pastinya kalau bawa anak-anak, mereka akan teruja dan suka.
Dekorasi Tema Manisan, Anak-anak Mesti Teruja Masuk Tempat Ini!
Jangan ada yang tidak tahu, sebenarnya ada terdapat sebuah tempat penginapan atau Airbnb dengan dekorasi ruang dalaman yang berkonsepkan daripada pelbagai makanan manisan.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar ingin melihat dekorasi ruang dalaman tersebut. Jadi oleh itu, Libur mahu kongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dekorasi di setiap ruang sudut yang ada bersama anda.
Jika kita dapat lihat, terdapat pelbagai elemen makanan manisan telah dijadikan sebagai pilihan dekorasi ruang dalaman tempat penginapan ini. Antaranya Donut, Ais Krim, Gula-Gula Kapas, Lolipop dan macam-macam lagi.
Bukan sahaja tampak menarik, dekorasi yang telah dihasilkan nyata sememangnya tampak unik dan lain daripada yang lain!
LOKASINYA:
Untuk maklumat anda, tempat penginapan atau Airbnb ini telah diberi nama dan dikenali sebagai ‘Sweet Party’ ini terletak D’ Pristine Medini By OOOU, Lebuh Medini Utara, Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menginap di Airbnb ini boleh membuat tempahan dengan kadar segera!
Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang dikenali sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ kerana ia pernah menempatkan tahanan perang selain banduan suatu ketika dulu. Ada yang menganggap Pulau Jerejak adalah pulau yang menyeramkan kerana pernah dihuni oleh banduan yang dibuang negeri sebelum pusat berkenaan ditutup pada Ogos 1993.
Pulau ini juga pernah dijadikan pangkalan tentera laut British pada 1797 bertujuan melindungi bandar baharu Pulau Pinang, ‘Jamestown’ yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas sebelum dijadikan tempat menyaring pendatang yang datang ke tanah besar.
Tidak hairanlah sebahagian besar ramai yang masih ragu-ragu untuk ke sini meski pun telah digazetkan sebagai destinasi pelancongan. Penduduk tempatan Pulau Pinang juga ramai yang tidak pernah menjejakkan kaki ke destinasi itu meskipun hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot dari jeti di tanah besar.
Nah! Sekarang ini tidak perlu ragu-ragu lagi untuk ke sini, kerana pelbagai tarikan menarik tersedia di sini. Lebih-lebih lagi buat anda yang gemar merakam gambar kreatif atau berswafoto. Port-port ambil gambar seperti berada di luar negara.
Ini, antara individu yang telah menjejakkan kaki di sini. Jom lihat gambar yang dikongsikan mereka.
Tak boleh move on.. Lawa-lawa tempat di Pulau Jerejak Penang ni, port brgambar!
Masa: 6.30 pagi hingga 12malam
Lokasi: Jeti Pulau Jerejak Island Resort, Penang
Harga tiket feri: RM 20 seorang (pergi & balik)
Harga bilik: RM264 hingga RM4++
Dah sampai sini pastikan korang claim tiket feri tu untuk tebus air minuman kat sane. Air yg diberi pilihan hanya sirap ais & teh o ais sahaja (jadila tu basah tekak) Untuk ke sane, pastikan bawa makan, atau bekalan minuman. Harga disana mencekik darah skit woi. Yg penting pastikn bateri telefon korang penuh sebab sini top tempat bergambar lawa-lawa taw.
Naik bot laju di Jeti Pulau Jerejak 10 minit ja lebih kurang sampai sana dah, ada bot terus naik tak perlu tunggu lama-lama (masa nak keluar dari Jambatan Pulau Pinang , ambik lorong kiri, dalam 2/3 minit ada signboard Pulau Jerejak , masuk lorong kiri, jumpa trafficlight tu ambik kanan, lokasi jeti di sebelah kiri) berdekatan Queensbay Mall.
Harga tiket RM20 per person, (pergi dan balik)
Banyak tempat cantik nak bergambar:
Ladder To Heaven
Love Swing
Boleh tengok matahari terbenam, boleh dok sini sampai malam taw..nak bermalam pn boleh ada resort kt sini,kolam pn ada, bot last pukul 11 malam dari Pulau Jerejak ke jeti. Tempat luas , cantik dan menarik, boleh la nk jalan-jalan tu.
Jom cuti-cuti Malaysia Pulau Jerejak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sudah lama sebenarnya merancang untuk pergi bercuti ke pulau legenda ini. Mendengar saja kehebatan dan keunikan Langkawi membuatkan diri jadi teruja untuk menerokai keindahannya.
Namun kekangan waktu (disebabkan fokud belajar) menyebabkan masa terbatas dan apabila segala urusan selesai, barulah kami merancang semula untuk pergi ke sini.
Maklumlah baru habis exam penting, jadi kata orang inilah masa untuk melepaskan segala tekanan dialami sepanjang mood exam final.
Bak kata seorang teman ‘lupakan seketika score kita dapat, layan je momen percutian ini dengan hati gembira’.
Tidak mahu membuang masa, kami berlima mengambil tiket flight untuk kesana dan kebetulan dapat harga murah yang sukar dilepaskan.
Sepanjang 3 hari 2 malam, banyak aktiviti yang kami manfaat sepanjang berada di sini. Walaupun aktiviti ini biasa bagi orang lain, tetapi beri momen menyeronokkan untuk kami yang pertama kali ke Langkawi.
Mengambil kesempatan hari pertama kami habiskan masa selama 2 jam untuk Island Hoping.
Hati cukup terhibur dalam melihat sendiri helang di Pulau Helang yang bertebangan bebas di ruang angkasa.
Lebih menyeronokkan dapat pergi ke Tasik Dayang Bunting yang cukup popular di kalangan pelancong ke Langkawi.
Hampir 1 jam 3 minit di sini, puas dapat mandi, berkayan dan lakukan aktiviti lain. terasa ketenangan berada di Tasik Dayang Bunting ini yang mana kita kena mendaki seketika sebelum melihan keindahan tasik ini.
Hari kedua pula kami teruskan perjalanan menikmati keseronokan menaiki cable car. Walaupun sedikit gayat, tetapi kuatkan hati untuk melihat kawasan sekitar berdekatan sky bridge.
Turun dari situ kami sempat mengabadikan kenangan di 3d Art Museum dan juga sempat menonton skydome di kawasan berkenaan.
Sebelum berlepas balik, kami tidak lepaskan peluang untuk melepak di Pantai Cenang. Tidak banyak aktiviti di sini cuma lepak santai sambil melihat fire performance yang dijayakan.
Ternyata percutian 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan ini boleh dikatakan yang paling best kerana dapat meluangkan masa bersama-sama setelah sebelum ini sama-sama bekerja keras untuk berjaya dalam pengajian di kolej.
Oh ye kami hanya membelanjakan sekitar RM500 untuk semua kos termasuk tiket pergi balik, makan, aktivit bit dan juga keperluan lain.
Cuma sedikit frust kerana tidak dapat membeli sebahagian coklat yang viral dan popular kerana diberitahu stok sudah habis.
Mungkin kami kena datang lagi ke sini kerana Langkawi sememangnya destinasi cukup menyeronokkan untuk dikunjungi berbanding destinasi percutian lain.