Suasana Wang Kelian, Perlis pada satu ketika dahulu begitu meriah dengan kunjungan orang ramai. Puluhan bas membawa pelancong dari serata tempat tiba di pekan itu dan peniaga tempatan dan juga peniaga Thailand membuat persiapan sejak awal pagi bagi menyambut kedatangan pelancong.
Kalau di kampung-kampung, tidak lupa juga di bandar besar jika ada rombongan ke Wang Kelian, pasti mudah sahaja mendapat sambutan. Rata-rata, tidak kira yang tua, muda mahupun kanak-kanak begitu teruja untuk datang membeli-belah di sini.
Boleh dikatakan barang yang dijual di Wang Kelian tersangat murah berbanding di Padang Besar yang merupakan destinasi lain untuk membeli-belah sempadan Malaysia-Thailand di Perlis. Antara produk yang menjadi pilihan pengujung untuk membeli belah seperti tilam ‘toto’ atau ‘narita’, sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, barang mainan, periuk-belanga, kekacang dan barang perkakas rumah. Tidak dilupakan satu sajian wajib yang perlu dicuba dan terkenal di Wang Kelian iaitu ‘pulut ayam’.
Ads
Namun Wang Kelian yang dahulunya meriah dan menjadi tumpuan utama pelancong membeli-belah kini menjadi ‘pekan mati’ sejak pemansuhan Zon Aliran Bebas di antara Malaysia dan Thailand pada tahun 2015. Pada tahun itu juga, Wang Kelian digemparkan dengan penemuan 106 rangka manusia mangsa sindiket pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya, sejak daripada itu pekan tersebut mula sepi.
Ads
Ads
Pekan yang berhampiran dengan wilayah Satun, Thailand itu tidak lagi semeriah dahulu dan amat jarang terlihat kelibat pelancong tempatan mahupun luar datang membeli-belah di sini. Kawasan ini menjadi suram dan sunyi apabila hanya dijadikan tempat persinggahan pelancong sebelum masuk ke negara jiran, Thailand.
Premis perniagaan yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong mulai lengang dan kebanyakan kedai kini hanya dijadikan sebagai stor menyimpan barang oleh peniaga Thailand dan tempatan. Sayangnya! Mesti ramai yang rindu nak datang Wang Kelian yang meriah macam dulu kan?
Menurut sumber Bernama, pada 1 April 2015, Jabatan Imigresen telah membatalkan serta-merta kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan itu antara Malaysia dan Thailand. Sebelum ini penduduk kedua-dua negara boleh menikmati kemudahan bergerak sehingga dua kilometer tanpa menggunakan pasport atau pas sempadan pada hari minggu yang pernah dikuatkuasakan sejak 1993 hingga 2015.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pelayaran reakreasi melihat matahari terbenam merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah. Selalunya kapal dan bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.
Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang.
Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan negara bagi pelbagai aktiviti riadah turut menggamit pengunjung dengan aktiviti menarik iaitu menaiki feri menyusuri Selat Melaka. Pelayaran yang merupakan produk pelancongan di Negeri Sembilan ini menjadi tarikan ramai pengunjung pantai peranginan termasuk pelancong yang inginkan kelainan memandangkan pelayaran tersebut membawa penumpang sejauh 13 batu nautika dari pantai menyusuri Selat Melaka.
Ada beberapa operator yang menyediakan kemudahan membawa pengunjung belayar sambil menyaksikan keindahan matahari terbenam. Antaranya seperti yang dikongsikan secara ringkas oleh saudari Rasbie Ibrahim
Wow Port Dickson pun ada sunset cruise juga rupanya. Sunset cruise & Lexis Hibiscus – Port Dickson.
Dickson Dragon Cruise
-Memang Best
-View Super Cantik
-Layanan crew terbaik & sporting
-Ada diskaun 20% sampai 30 Sept 2020
Lexis Hibiscus
– Penginapan kayangan 3H 2M
– Kami ambil room Panorama Seaview
– Perkhidmatan sewa basikal & scooter electric disediakan untuk guest menikmati pemandangan yang cantik di sini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di Jepun, selain terdapat ‘pulau dihuni ratusan ekor kucing, di sini juga terdapat sebuah pulau digelar ‘pulau arnab’. Pulau Okunoshima menjadi habitat haiwan comel itu dengan jumlah yang sangat banyak dan diiktiraf antara pulau terpelik di dunia.
Pulau Okunoshima hanya mempunyai keluasan 70 hektar mempunyai pantai yang cantik, taman dan juga muzium. Dianggarkan terdapat kira-kira lebih 1000 ekor arnab yang hidup dan bergerak bebas disini. Arnab di pulau ini hanya mempunyai jangka hayat untuk hidup sekitar 2 tahun sahaja.
Kini setiap tahun hampir ratusan ribu orang pelancong datang ke sini dan kebiasaannya para pelancong akan membawa makanan untuk diberikan kepada arnab-arnab yang hidup di sini. Arnab-arnab ini hanya bergantung pada sayur kobis yang tidak berapa bagus untuk arnab dan makanan yang diberikan oleh pelancong sahaja untuk terus hidup.
Bagaimana wujudnya arnab tersebut dengan begitu banyak di pulau ini? Ada beberapa cerita dan teori yang diceritakan dari mulut ke mulut. Antaranya:
Menurut portal iluminasi, sebelum peperangan Jepun-Russia satu ketika dahulu, pulau ini adalah kawasan pertanian yang hanya didiami 3 buah keluarga besar. Selain bercucuk tanam, penduduk yang tinggal disini juga menjalankan aktiviti perikanan. Pada tahun 1925, Institut Sains dan Teknologi Tentera Jepun telah mengumumkan satu misi sulit untuk menghasilkan senjata kimia. Kerajaan tentera Jepun memilih Pulau Okunoshima kerana kedudukannya yang jauh daripada Tokyo dan bandar-bandar besar lain yang mempunyai penduduk yang padat. Pada tahun 1927, pembinaan kilang-kilang dan makmal bagi menghasilkan senjata kimia ini dimulakan. Arnab digunakan sebagai bahan uji kaji makmal untuk senjata kimia. Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu. Pada tahun 1988, Muzium Gas Beracun Okunoshima telah dibuka sebagai mengingati kewujudan kilang menghasilkan senjata kimia di pulau ini.
Walau bagaimanapun, Ellis Krauss, seorang professor dan pakar dalam bidang politik Jepun dari University of California San Diego menyatakan bahawa kesemua arnab yang hidup telah dibunuh setelah tentera Perikatan menawan pulau ini kerana menyedari risiko penyebaran penyakit oleh arnab-arnab ini.
Sehingga kini, tiada bukti kukuh yang dapat membukti kewujudan populasi arnab yang banyak ini. Walau bagaimanapun, terdapat teori lain mendakwa terdapat pihak yang mendakwa arnab-arnab ini telah dibawa masuk ke pulau ini sewaktu pihak tentera menghasilkan senjata kimia di pulau ini.
Teori lain pula mengatakan bahawa pada tahun 1971, sekumpulan kanak-kanak sekolah telah membawa dan meninggalkan 8 ekor arnab di pulau ini. Kerana ketiadaan pemangsa seperti anjing dan haiwan berbahaya yang lain, maka arnab-arnab ini telah membiak dengan begitu cepat sekali.
Kalau anda suka dengan si comel ini, bolehla rancang untuk melawat ke pulau ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini.
Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa.
Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Siapa Tukang Kahar?
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.