Dahulu kalau melancong ke Vietnam, kita akan memilih menaiki sampan di Sungai Mekong dan menyaksikan pemandangan indah negara tersebut. Tapi kini semua kenangan itu boleh kita bina di Kampung Sungai Melayu, Johor yang menawarkan perkhidmatan menaiki bot menelusuri paya bakau di lokasi indah ini dan menyaksikan penternakan ketam yang awesome.
Siapa sangka dekat Johor juga mempunyai tempat untuk menaiki boat 'river cruise' melalui paya bakau yang penuh dengan kehijauan sambil menghirup udara segar.
Sungai Melayu Eco Tourism terletak di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah merupakan sebuah perkampungan yang di kelilingi kawasan paya bakau serta sungai dan mempunyai nilai keunikan tersendiri dengan keadaan persekitaran perkampungan yang sungguh mendamaikan.
Terletak berhampiran Kota Iskandar, Nusajaya pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor, kampung berkenaan yang di kelilingi kawasan paya bakau serta sungai, mempunyai nilai keunikan tersendiri dengan keadaan persekitaran perkampungan yang sungguh mendamaikan.
Berikut adalah aktiviti yang disediakan :-
* Boat Tour
* Bird Watching
* Crab Catching
* Traditional Game
* Seafood
* Local Product
* Fisherman Lifestyle
* Malay Traditional Lifestyle
Antara Pakej yang disediakan :
PAKEJ 1 (Boat Tour Package) (RM35 seorang)
* Menyusuri paya bakau
* Aktiviti Menangkap ketam
* Penternakan kupang
* Melawat kawasan sejarah (Tentera Jepun menjadikan kampung ini sebagai kubu untuk menyerang Singapura sewaktu Perang Dunia Kedua.
PAKEJ 2 ( Learning Package ) (RM25 seorang)
* Menangkap ketam
* Menjala
* Pertunjukan produk –produk tempatan
* Pembuatan kraftangan
PAKEJ 3 (Malay Kampung Trail (RM25 seorang)
* Melawat Kebun Cili
* Permainan Tradisional
*Pertunjukan produk-produk tempatan
PAKEJ 4 (MEMANCING)
8.00 am to 5.00 pm (RM25 seorang)
8.00 am to 9.00 pm (RM 30 seorang)
7.00pm to 8.00am (overnight) – 2 bilik rakithouse dan BBQ kitchen (RM50 seorang)
PAKEJ 5 (Melihat Burung / Bird Watching )
*Migratory bird is from November till March every Year
Sungai Melayu Eco Tourism 80200 Johor Bahru, Joho
Kampong Sungai Melayu, Johor
Facebook Page Sungai Melayu Eco Tourism,
https://www.facebook.com/Sungai-Melayu-Eco-Tourism-446092979138760/
#SungaiMelayuEcoTourism
#TourismJohor
#majesticjohor
#traveljohor
#yokroundjohor