Ketika negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda pada Mac lalu, semua rumah ibadat termasuk masjid di Malaysia telah diarahkan tutup.

Ketika itu, rata-rata daripada umat Islam di negara merindui suasana untuk bersolat dan mengunjungi masjid terdekat seperti kelaziman. Jika anda berada di negeri Selangor, tunaikan kembali hajat yang telah terhenti seketika beberapa bulan tersebut dengan berkunjung ke beberepa buah masjid menarik yang mempunyai keunikan tersendiri.
Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Umum mengetahui Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terkenal dengan keindahan seni binanya hingga dianggap bangunan ikon. Namun, ada banyak masjid lain yang juga tersergam indah di Selangor. Antaranya:

  • Masjid Syeikh Ismail

Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor

Ads

Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Walaupun usianya menjangkau lebih 100 tahun, Masjid Syiekh Ismail yang turut dikenali sebagai Masjid Tua Selangor yang terletak di tengah pekan Ulu Bernam kekal utuh dan masih digunakan umat Islam untuk beribadat. Reka bentuk bangunan yang keseluruhannya daripada kayu dan papan masih kukuh dan menampilkan hasil binaan kesenian Islam lama menjadikan masjid ini antara tertua di Selangor. Jadi tidak hairanlah jika masjid ini sering menjadi tumpuan pengunjung luar dan orang ramai untuk beribadat sambil melihat hasil kesenian binaan lama masyarakat Islam terdahulu. Pada masa sama mampu memberikan ketenangan apabila melangkah masuk ke masjid lama ini.

  • Masjid Diraja Sultan Suleiman

Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Diasaskan Sultan Alauddin Suleiman Shah, ia dibina pada 1932 dengan nama Masjid Sultan Sulaiman Jamiur Rahman sebelum ia ditukar pada 1932. Menampilkan peradaban Timur dan Barat, rekaan arkitek Belanda, L Keste Ven terserlah pada jeriji besi yang ada pengaruh Rom dan Itali. Berbentuk segi lapan, ia dilengkapi kubah utama separuh bulat selain beberapa kubah dan empat lagi di anjung. Mimbarnya diperbuat daripada kayu dan logam. Ada kubah kecil dan 11 anak tangga menghubungkan kerusi bacaan khutbah.

Ads
  • Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Sesuai dengan taraf masjid diraja, Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah antara pilihan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengadakan istiadat Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena hari keputeraan baginda. Dibina pada 2013, ia mampu memuatkan 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Reka bentuknya bercirikan binaan tradisional Islam Timur Tengah dengan ukiran ayat al-Quran di pintu masuk utama. Di dewan solat, terhampar permaidani merah dan lampu ‘candeliar’ seperti masjid di Istanbul, Turki.

  • Masjid As-Salam

Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Dengan 70 peratus binaan terletak di tasik, masjid yang dianggap mercu tanda di Puchong Perdana juga dikenali sebagai masjid terapung. Pengunjung berpeluang menyaksikan panorama matahari terbenam kala senja. Kubah utama, dua kubah kecil, menara dan mihrabnya sentuhan seni reka Timur Tengah. Kombinasi warna emas pada kubah dan bangunan bercat kuning menambah keunikannya.

Ads
  • Masjid Dato’ Dagang

Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Dibina pada 1876 di Kampung Jawa, Mukim Bukit Raja Klang, nama masjid itu bersempena gelaran Raja Mahadi kepada pengasas kampung, Haji Muhammad Tahir Haji Mahmud. Ragam hiasnya dipengaruhi seni bina Indonesia dan dianggap mirip Masjid Agung Demak di Jawa. Atapnya bersegi empat sama dan disusun bertingkat tiga yang dipanggil Bumbung Atap Tumpang kerana ia ‘bertumpang-tumpang’ atau bertangkup antara satu sama lain. Dinaik taraf beberapa kali, sebahagian struktur asal masjid antara tertua di Selangor dikekalkan termasuk empat tiang cengal di tengah masjid. Beduk, ketung dan pinggan mangkuk China antara peninggalan lain. Di perkarangan, ada banyak makam lama.

image via google | selangorkini

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI