Ramai dah mula rindu untuk berlibur dan bersantai di taman-taman tema yang ada diseluruh Malaysia setelah hampir tiga bulan operasi di destinasi tersebut ditutup buat sementara waktu.
Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia menjangka taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula setelah terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.
Sebagai contoh, pembukaan semula Taman Tema Disneyland Shanghai berjaya menarik sehingga 5,000 pengunjung setiap hari, serta pembukaan taman tema berkenaan di Hong Kong pada 18 Jun. Tarikan lain di Malaysia pula, seperti Bukit Bendera, telah berjaya menarik ramai pengunjung sejak dibuka semula.
Presiden Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia Tan Sri Richard Koh berkata rakyat Malaysia pastinya ingin keluar dan menikmati alam sekitar, terutama setelah tinggal di rumah selama berbulan-bulan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak COVID-19.
Ads
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.
Di Pulau Pinang sebuah taman tema di Teluk Bahang dibenarkan beroperasi semula. Hanya tarikan bertema alam di taman itu, "AdventurePlay" yang dibuka manakala "Waterplay", tarikan berasaskan air yang merangkumi gelongsor air terpanjang di dunia, masih ditutup untuk umum. Pembukaan semula taman tema itu dengan syarat mematuhi SOP, termasuk memberi sarung tangan kepada pengunjung, melakukan penjarakan sosial dan menyah kuman semua kemudahan taman tema. Jumlah pengunjung juga dihadkan kepada hanya 1,000 sehari (berbanding kira-kira 3,000 setiap hari sebelum PKP.
Sunway Lagoon juga telah mula beroperasi tetapi hanya tarikan 'Zoo' taman haiwannya sahaja yang dibuka kepada pengunjung. Taman tema air yang lain masih ditutup hingga kerajaan kembali memberi kebenaran untuk beroperasi.
Kelantan cukup terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian makanan, selain itu juga, negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai banyak tarikan menarik untuk dikunjungi.
16 tempat yang disenaraikan ini antara tempat dan makanan menarik yang ada di Kelantan. kalau korang ada plan nak bercuti ke sini jangan lupa singgah di tempat-tempat ini, barulah lengkap percutian korang ke Kelantan!
Pasar Siti Khadijah
Kalau datang Kelantan tapi tak tidak singgah di sini memang tak lengkap. Kat sinilah tempat peniaga sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi barangan ada dijual. Nak beli keropok, serunding, kuih-muih dan jajan-jajan untuk buah tangan pun ada dijual kat sini. Kat sini juga ada menjual makanan dan minuman yang enak, boleh ke tingkat satu Pasar Siti Khadijah dan nikmati pelbagai juadah di sana.
Street Art, Kota Bharu
Terletak di belakang deretan kedai, tempat ini dijadikan laluan seni oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 2016. Ia diwujudkan hasil kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat Jotun. Memang sesuai nak OOTD kat sini.
Kopitiam Kita
Roti Titab yang menjadi buruan sehingga ada yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan semata-mata untuk merasai keenakan hidangan itu.
Muzium Wau
Wau dan Kelantan memang cukup sinonim, kalau korang nak tengok pelbagai jenis Wau bolehlah ke Muzium Wau. Antara jenis wau yang dipamerkan di situ adalah Wau Kenyalang (Sarawak), Wau Puyuh (Kelantan), Wau Kikik (Melaka), Wau Seri Bulan (Perak), Wau Helang (Perlis & Terengganu) dan banyak lagi.
Pantai Senok, Bachok
Mendapat julukan Pantai Nami, keindahan lanskap di sini persis di Kepulauan Nami, Korea Selatan seperti yang dipaparkan dalam filem terkenal Winter Sonata. Dikelilingi pokok-pokok ru yang tinggi dan tersusun, ini juga antara port OOTD yang cantik.
Alemy Meggi Ketam
Rugi kalau ke Kelantan tak cuba makan meggi ketam. Ketam yang digunakan dalam mee segera yang dimasak dalam sup adalah ketam nipah. Korang boleh pilih sendiri saiz ketam yang korang nak. Ketam memang segar dari laut, memang puas hati!
Pok Weil Tiram Fresh
Penggemar oyster segar boleh cuba makanan viral ni kat sini.
Masjid Razaleigh
Seakan masjid di Masjidil Haram, kalau korang ke Kelantan naik kereta dan lalu jalan Gua Musang, wajib singgah. Sambil berhenti untuk solat dan berehat bolehlah OOTD sekali.
Jeram Mengaji Agro Resort
Kat sini kalau nak bergambar memang cun dan cantik, tempatnya macam dah kat New Zealand. Datang pagi-pagi boleh tengok kabus tebal. Dah puas bergambar dan main sungai boleh beli susu, dadih dan produk tenusu lain.
Kota Sultan Ismail Petra
Mercu tanda korang dah sampai dekat Kota Bharu. Wajib bergambar kat sini tau!
Singgora
Penginapan dan juga tempat makan yang masih mengekalkan seni bina Melayu Tradisional. Terletak tak jauh dari bandar KB. Dapat makan kat sini pun menarik sebab tempat ini menyediakan hidangan tempatan seperti nasi bersama ulam-ulaman dan budu serta lauk pauk kampung
Lalang’s Resort & Spa
Terletak di kawasan air terjun dan sungai yang sentiasa terpelihara, memang sesuai sebagai tempat percutian keluarga. Memang tenang dan damai je kat sini, tempat pun cantik, banyak sudut boleh bergambar.
Latar Kashmir
Cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan, tempat ini masih lagi belum banyak diteroka. Mempunyai pemandangan yang cantik dengan air terjun yang landai, lepas dah singgah masjid Razaleigh boleh waze ke Lata Kashmir pula.
Drum & Desk
Yang nak minum dan makan sambil ber-OOTD di café cantik, Drum & Desk yang terletak di Taman Sari, Kota Bharu ini memang cantik. Hidangan pastri yang disediakan di sini menggunakan sourdough. Ada juga menu lain untuk korang makan dan semuanya sedap-sedap.
Nasi Ulam Cikgu
Yang sukakan lauk pauk kelantan bersama budu, boleh singgah kat sini. Kalau datang bercuti naik pesawat, boleh terus lunch kat Nasi Ulam Cikgu kerana lokasinya berdekatan dengan lapangan terbang.
Pantai Nusuk
Lokasi tersembunyi sebuah pantai di Sabak membuatkan kawasan ini dikenali sebagai Pantai Nusuk. Tempatnya cantik dan masih lagi belum banyak diteroka. Ia makin popular dan menjadi tumpuan ramai bila hujung minggu.
Kredit: Haikal Ahmad
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Pinang destinasi pelancongan terkenal dan dikunjungi ramai. Namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan sebuah masjid terapung di Tanjung Bunga atau dikenali dengan panggilan Tanjung Bungah. Walau bagaimana pun masjid ini tetap menggamit pelancong tempatan dan luar negara untuk singgah sejak ia dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pengujung bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan badan sambil bersantai.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Masjid dua tingkat ini mampu memuatkan 1,500 jemaah dilengkapi ruang solat utama, ruang solat wanita, tempat mengambil wuduk serta bilik menguruskan jenazah.
Info
Pembinaan masjid dengan kos pembinaan bernilai jutaan ringgit itu bertepatan dengan keperluan penduduk setempat apabila penduduk kawasan itu semakin bertambah dengan wujudnya penempatan baru mangsa tsunami pada tahun 2004 yang terletak bersebelahan masjid tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Teruja melihatkan seorang rakan pacak khemah di BBC Campsite membuatkan hati tak sabar untuk merasai sendiri pengalaman berkhemah di tapak perkhemahan yang terletak di Kg. Bawah Bukit Chuping, Perlis.
Bagaikan permata yang tersembunyi di negeri Perlis, campsite persendirian ini memang lokasi perkhemahan yang perlu masuk dalam wishlist camper.
Pemandangan sawah padi yang cukup cantik ditambah dengan cuaca yang segar dan sejuk, membuatkan Ita Abu dan keluarga sangat berpuas hati dengan penutup camping mereka untuk tahun 2022.
Sehari berada di sana bagaikan tidak puas untuk menikmati keindahan alam yang ada di situ, justeru tempahan untuk datang lagi ke campsite ini pada bulan Disember nanti terus dibuat.
Selain menikmati keindahan alam dengan cuaca yang segar, Ita Abu dan keluarga sempat juga memancing. Memang enjoy melihatkan perkongsian wanita ini. nak tahu apa lagi yang menarik di BBC campsite, let’s check it out!
BBC Campsite, hidden gem di Perlis!
Penutup camping 2022. BBC Campsite, Kg Bawah Bukit Chuping, Perlis 22-24/12/2022.
Last tapi terlalu banyak untuk diceritakan yang tak terungkap dgn kata² mahupun gambar. Gambar² hari terakhir. Tak puas. Berat hati nak tinggalkan
InsyaAllah akan dtg lagi Dec 2023. Park deposit dulu. Kalau ada yang nak ikut sila bgtau. It’s private campsite. Kita je kat situ at one time & limited. Rasa macam merepek je setahun lagi dah booking kan. Untuk peak season memang dah ada booking yang masuk. Dec 2023 almost full.
Harap ada rezeki umur dan kesihatan dapat lagi menikmati keindahan ciptaan Tuhan
Terima kasih BBC Campsite
Kalau nk tengok review ni kawan saya pergi sebelum ni. Saya teracun teruk tengok gambar² dia: