Berita

Ribuan Penumpang Terkandas Lega Ruang Udara Pakistan Dibuka Sepenuhnya

Share

Krisis dan ketegangan antara India dan Pakistan tercetus minggu lalu menyebabkan penerbangan antara Eropah dengan Asia Selatan serta sebahagian Asia Tenggara terjejas.

Kemarin Pakistan dikatakan telah membuka sepenuhnya ruang udara selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas. Rata-rata penumpang yang terkandas berasa lega dengan pengumuman itu.

Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh. India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.

Semua lapangan terbang di seluruh Pakistan kembali beroperasi dan ruang udara sudah kembali dibuka sepenuhnya pada 0800 GMT,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna