Siapa kata barang-barang lama atau antik tiada nilai di pasaran? Jangan tersilap ya, sesungguhnya barang-barang lama ini mempunyai nilai yang tinggi berbanding barang-barang baru, lebih-lebih lagi kepada peminat dan pengumpul barang-barang lama atau antik itu.
Begitu juga dengan motorsikal-motorsikal lama, klasik, atau kini lebih popular dipanggil sebagai motorsikal retro. Ada peminat yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan model motorsikal idaman mereka dan, membaikpulih sehingga kembali seperti ke bentuk asal.
Peminat ini bukan sahaja daripada kalangan ‘orang-orang lama’, tapi anak-anak muda belia generasi baru juga tidak ketinggalan untuk sama-sama berkongsi minat yang mendalam kepada motorsikal retro. Dek kerana mempunyai peminat yang pelbagai dari segenap tempat dan usia, komuniti motorsikal retro ini cukup ramai di seluruh negara.
Ads
Anda rasa mudah untuk membaikpulih motorsikal retro yang ada kepada bentuk asal seperti mana ianya dikeluarkan berpuluh-puluh tahun dahulu? Jawapannya tidak, kerana alat gantinya tidak lagi dikeluarkan dan dipasarkan. Ada diantara peminat dan pengumpul terpaksa menghabiskan wang ringgit dan berjalan merata ceruk kampung semata-mata demi alat ganti motorsikal retro kesayangan mereka.
Tapi bak kata orang, walau apa pun yang terjadi, demi cinta, lautan api pun sanggup direnangi. Begitu juga kepada peminat motorsikal retro itu. Walau apa pun terjadi, demi minat dan nilai estetika yang ada, mereka akan lakukan apa sahaja demi motorsikal retro kesayangan mereka.
Ads
Terkini, Konvoi Jelajah Semenanjung Malaysia Retromania Grand Gathering 2019 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat telah memulakan perjalanan menjelajah ke seluruh pelusuk negeri di semenanjung bagi mempromosikan Retromania Grand Gathering 2019 (RGG2019) pada 13 dan 14 April 2019.
Ads
Sepanjang 5 hari bermula 25 hingga 29 Mac ini, konvoi sebanyak 30 motorsikal berkuasa tinggi akan menjelajah ke ke negeri-negeri antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan dan Perak dan apa yang menarik mengenai RGG2019 kali ini adalah tema Gila-Gila Zaman Remaja yang mengimbau kembali nostalgia filem Gila-Gila Remaja.
Terdahulu, RGG pernah mencipta Malaysia Book of Record kerana berjaya menghimpunkan motorsikal retro terbanyak dan, pada edisi kali ini, rekod baru akan tercipta, mencatatkan lagi satu memori kepada seluruh peminat motorsikal retro seluruh negara.
Jadi kepada peminat motorsikal retro di luar sana, jemput hadir beramai-ramai ke Dataran Pantai Morib Kuala Langat pada 13 dan 14 April ini bagi memeriahkan acara RGG2019 di sana!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Walaupun tidaklah dikenali sebagai daerah yang popular dengan aktiviti pelancongan namun sebenarnya Hulu Selangor menawarkan pelbagai khazanah alam serta aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga.
Salah satu inisiatif terbaik ialah Program Hos Komuniti Selangor. Menerusi program ini mereka menawarkan aktiviti yang akan mendekatkan anda dengan alam semulajadi yang tidak boleh didapati di ibu kota.
Pelbagai tarikan menarik termasuklah aktiviti di Sungai Selangor bermula dari Empangan Pertak dan berakhir di Daerah Kuala Selangor.
Nak tahu apa aktiviti boleh dilakukan bersama Program Hos Komuniti Selangor di sini? Ikuti perkongsian di bawah!
1) Lakukan Aktiviti ‘tubing’
Luangkan masa anda dan lakukan aktiviti yang sangat mengujakan ini! Terapungkan diri anda di atas tiub di sepanjang Sungai Selangor yang tentunya menyeronokkan sambil menikmati keunikan dan keindahan sekitar.
2) Pelajari Cara Melampan Biji Timah
Melampan atau mendulang biji timah merupakan kaedah tradisional yang digunakan untuk mengestrak biji timah. Aktiviti perlombongan biji timah merupakan antara aktiviti ekonomi terawal yang dijalankan di Negeri Selangor. Jadi, ini merupakan peluang yang sangat menarik untuk anda ketahui sejarah lampau dan cara melampan biji timah!
3) Mengutip Siput Belitung dan Menjala Ikan
Ada lagi yang lebih menarik menanti anda di sini iaitu aktiviti mengutip siput belitung di sepanjang Sungai Selangor. Selain itu, ada juga boleh menjala ikan di sini, dan ianya turut ditawarkan dalam Program Hos Komuniti!
4) Berkelah di Tepian Sungai Selangor!
Berkelah sebentar di tepian Sungai Selangor sambil menikmati juadah ringan yang disediakan merupakan cara terbaik untuk mengakhiri pengembaraan separuh hari anda di Daerah ini. Setelah penat beraktiviti, ambil masa seketika untuk berehat sambil menikmati keindahan suasana alam semulajadi!
Pasti anda tidak sabar untuk alami sendiri Program Hos Komuniti yang ada di Daerah Hulu Selangor setelah mengetahui aktiviti yang ditawarkan. Sememangnya aktiviti yang tersenarai di atas memberikan pengalaman yang sangat luar biasa! Jangan lupa juga untuk sertai pengembaraan Program Hos Komuniti di Daerah-daerah di Negeri Selangor bagi mengisi masa hujung minggu anda!
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh membuat tempahan melalui talian 019-329 9760 (Khairunnisak).
Namun, pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.
Kredit: Travel Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gas penyaman udara bocor, masalah litar pintas dan paip utama pecah merupakan kemalangan 'maut' yang sering berlaku di hotel penginapan seluruh dunia.
Baru-baru ini, lima tetamu sebuah hotel terbunuh manakala enam lagi cedera apabila paip air panas pecah menyebabkan air melimpahi ruang yang didiami penghuni sebuah hotel.
Seorang kanak-kanak bersama ibunya dilaporkan menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di pergunungan Ural, Rusia. Ketika itu rata-rata daripada mereka sedang nyenyak tidur.
Tiga mangsa yang cedera pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius akibat direbus hidup-hidup dengan air panas yang melimpah.
Hotel sembilan bilik itu terletak di bahagian bawah tanah sebuah bangunan kediaman dan dikatakan tidak diselenggara dengan baik.
Susulan kejadian, Ahli Parlimen Rusia, Oleg Melnichenko berkata parlimen mungkin akan mempertimbangkan pengharaman membina hotel bajet mahupun asrama di bahagian bawah tanah bangunan kediaman. Ini kerana semua saluran paip terletak di bahagian bawah tanak.
Bila sebut tentang Port Dickson, pasti ramai rindukan pantainya yang menjadi tarikan utama pelancongan negeri. Sentiasa padat dengan pengunjung terutama di hujung minggu menjadikan Port Dickson destinasi pilihan pelancong khususnya datang dari Selangor dan Kuala Lumpur yang agak berdekatan selain warga negeri asal.
Tapi selain Port Dickson ada banyak lagi pelancongan menarik ditawarkan di negeri ini khususnya di sembilan daerah yang membentuk nama Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau, Jelebu, Sg Ujong dan banyak lagi. Memiliki Bandar Diraja iaitu Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilih, negeri ini satu-satunya yang mengamalkan adat pepatih yang melindungi kaum wanitanya berbanding negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung.
Dikongsi dari fb Negeri Sembilan Kini, disenaraikan gambar 25 lokasi pelancongan boleh cuba termasuk mendaki gunung khususnya Gunung Angsi, Gunung Datuk, meneroka Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, melawat sejarah Muzium Tentera di Lukut, Istana Seri Menanti, meneroka Ostrich Farm dan banyak lagi. Dan kalau sebut makanan, jangan lupakan masak berapinya, masak lomak cili padi yang cukup enak termasuk daging salai, itik salai yang yang terjual di Kuala Pilah yang turut terkenal kerana harganya emasnya yang cukup murah dari tempat lain di Malaysia.
Bolehlah la travel ke sini bagi yang sudah lengkap dua dos selain Negeri Sembilan yang kini sudah memasuki Fasa 2.
Lihat 25 destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!