Menu tradisional Melayu
Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa kini memperkenalkan promosi Malay Authentic Buffet Lunch dengan menawarkan masakan tradisional Melayu popular dari semua negeri di Malaysia.
Dihidangkan secara bufet untuk makan tengah hari (tujuh hari seminggu), sasaran promosi ini adalah bagi semua lapisan pelanggan dengan tawaran harga promosi menarik iaitu RM29++ berbanding harga asal RM38++.
Antara menu popular yang dihidangkan adalah Gulai Kawah Kambing, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai dengan Pucuk Paku, Singgang Daging, Ikan Goreng Panas dan pelbagai lagi menu pilihan lain.
Tidak setakat itu sahaja, menu seperti Rendang Tok, Laksa Johor, Mi Rebus dan pencuci mulut iaitu tapai aiskrim.
Selain itu, Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa turut menawarkan Gala Dinner & Cultural Show pada kadar promosi RM45++ berbanding harga asal RM62++ untuk semua pelanggan termasuk pelancong untuk menikmati hidangan di restoran ini.
Tidak hanya menu tradisional Melayu semata-mata, pelanggan juga patut mencuba Koay Teow Kambing, steamboat dan menu makanan laut lain yang turut disediakan secara bufet.
Jika datang pada waktu malam, pengunjung boleh menikmati hidangan makan malam sambil menikmati persembahan kebudayaan yang bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam setiap hari.
Kemudahan dewan
Bukan sekadar menawarkan bufet sahaja, restoran ini turut menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25++ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain.
Di restoran ini terdapat tiga buah dewan banquet. Antaranya Dewan Rafflesia 500 orang, Dewan Anggerik 320 orang dan Dewan Tulip 300 orang.
Terdapat juga bilik mesyuarat iaitu Bilik Mayor yang boleh menempatkan 25 orang dan Bilik Safron seramai 70 orang.
Untuk majlis perkahwinan, helikopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan terindah. Bagi majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, perkhidmatan maskot turut disediakan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah, menu yang diketengahkan ini akan terus dikekalkan dalam usaha mengangkat budaya Melayu.
“Sekiranya tiada halangan, selepas hari raya kita akan melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan secara terus.
“Konsep ini dilihat amat relevan dengan keadaan semasa. Kita akan mengekalkan masakan tradisional sebagai menu utama,” katanya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Trip Lima Hari Ke Bandung Hangus RM600 Seorang. Bajet Betul Ni!
Percutian ke Bandung, Indonesia beberapa ketika yang lalu pernah menjadi pilihan ramai untuk melancong. Kota itu mempunyai cuaca dan pemandangan yang begitu menarik selain lokasi untuk membeli-belah yang sangat menyeronokkan.
Namun, dengan kewujudan daerah lain di Indonesia yang lebih menarik untuk dikunjungi atau Negara lain yang lebih seronok untuk ‘shopping’, percutian untuk ke Bandung sedikit suram. Turut di kenali sebagai Paris Van Java, Bandung kini mempunyai pelbagai tarikan baharu yang lain mesti dikunjungi.
Dengan bajet serendah RM600 seorang, anda boleh nikmati daerah Bandung selama 5 hari 4 malam. Ikuti coretan yang dikongsi oleh seorang cikgu ini dilaman sosialnya.
Trip Bandung 5D4N Hanya RM600
Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang, siap termasuk tiket Flight yer.
Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati (very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.
Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana pemandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.
Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.
Itinerari
Itinerary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Perlancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya. Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.
Tiket Penerbangan
Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang.
Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia.
Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.
Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant.
Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.
Pengembaraan Bermula…
Alhamdulillah selamat touch down di Soekarno Hatta Airport Jakarta. Syukur Adni baik-baik sahaja di dalam flight, siap dibawa lari oleh pramugari lagi masuk ke kabin.
Mengisi perut di Bakso Rusuk Samanhudi. Very recommended. Bagi yang sukakan kepedasan, kalian perlu mencuba Bakso Mercun. Pasti kalian Nendang Poll.
Tempat pertama lawatan kami adalah ke Taman Mini Indah Indonesia(TMII). Satu taman mini yang sangat luas, mengumpulkan bangunan serta rumah-rumah pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia.
Salah satu tempat yang paling menarik perhatian di Taman Mini ini adalah Istana Anak-anak Indonesia. Rupanya yang seakan-akan Disneyland menjadikan bangunan ini mencuri perhatian para pelancong yang hadir.
Hari kedua kami sarapan di Warung Nasi Empera.
Tidak lengkap berjalan ke Bandung jika tidak ke Pasar Baru. Satu shopping complex yang sangat padat dan menawarkan harga kain-kain serta pelbagai peralatan dengan harga yang sangat murah. Di sini kalian perlu berhati-hati, beg harus di letakkan di hadapan kerana dibimbangi pencopet yang sangat profesional. Kain telekung disini sangat murah. Di Malaysia dengan kualiti yang sama harganya mencecah RM200-RM300 tetapi di sini boleh didapati dengan harga hanya RM50. Diborong terus kami di sini.
Sebelah petangnya shopping pakaian di Toko Tiga, sebuah gedung Jeans berjenama paling laris di Bandung. Juga shopping kain di Bandung Exclusive. Very recommended tempat ini. Pelbagai corak kain yang terbaru dan menarik, harganya yang murah menjadikan pengunjung rambang mata dan terpukau.
Singgah solat zohor dan asar di Masjid Al-Imtizaj, sebuah masjid yang dahulunya tokong. Seorang Cina Muslim Muallaf menukarkannya menjadi Masjid selepas pengislaman beliau, alhamdulillah.Seni bina, perhiasan dan warnanya dikekalkan kelihatan sangat unik dan indah.
Hari ke 3 kami bersarapan di Soto Ahri Garut. Soto yang telah dimulakan sejak 1943. Sangat sedap. Tengahari singgah di My Secret atau The Hobbit. Suatu perkampungan yang sangat indah dengan pelbagai bunga bungaan yang memukau.
Seterusnya kami ke Singgah ke Kopi Luwak Cikole. Tempat pemprosesan Kopi Luwak. Kopi yang dimakan oleh Luwak(Musang), najisnya mengekalkan bentuk biji kopi, dibersihkan, dijemur dan dikisar menjadi serbuk kopi. Kopi ini mendapat pengiktirafan dan terbukti bagus kerana mengandungi Zero Caffeine.
Kawah Putih adalah satu kawah yang terbentuk dari letusan gunung berapi yang sudah tidak aktif.
Pemandangan Super Indah di Glamping. Tasik di kaki pergunungan.
Penginapan
Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik. Harganya? Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?
Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua. Mengembara Melihat Alam, Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.
– Cikgu Tg –
Successful Muslim Entrepreneur
Mengembara. Menulis . Menginspirasi
Sumber: Facebook Cikgu Tg Abdul Ghafar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Taiwan hanya sebuah negara pulau yang kecil, tetapi pembangunannya cukup pesat membangun, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kepakaran hebat dalam bidang teknologi.Taiwan turut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Taiwan juga seperti negara-negara Asia yang lain turut mempromosikan makanan halal, sekali gus mengejar pengiktirafan sebagai negara pelancongan yang mesra Muslim. Hal tersebut terbukti melalui penyediaan makanan halal dan tempat-tempat solat yang banyak terdapat di negara tersebut.
Mendapatkan makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang sukar dan perlu dikhuatirkan. Terdapat banyak restoran yang diiktiraf halal di sana. Majoritinya menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang sinonim dengan adat dan budaya orang Taiwan itu sendiri.
Disebabkan itu Taiwan menjadi pilihan lelaki ini untuk travel secara solo selama 8 hari baru-baru ini. Ini perkongsiaan daripada saudara Indra Sadewa di sebuah laman sosial.
Malaysia – Taiwan
(30 November 2019 – 7 December 2019).
Day 1
- Sabtu KUL – TPE (MH066) ETA 1410. Beratur panjang di Immigration. Amik luggage terus gerak ke hotel.
- Check in, rest and early dinner kat Khana Khazana.
- Selesai dinner, jalan kaki ke Sun Yat-Sen Memorial Hall. Dekat je tak sampai 7 minit. Dari situ, patah balik ke Taipei City Hall building. Browsing Eslite (kedai buku) dan window shopping kat Breeze. Dari situ, jalan kaki ke 101 dan balik hotel. Rest.
Day 2
- Ahad. Lepas sarapan, sy jalan kaki ke Sun Yat-Sen untuk tengok Change of Guard pukul 9.
- Udah siap round round kat dalam tu, sy gerak naik MRT Sun Yat-Sen (line biru), sy turun kat Longshan Temple. Kat situ, ronda dalam temple kejap, singgah herbal dan historical lane kat situ, kendian patah balik ke Ximen Station (line biru).
- Sampai di Ximen Station pukul 1130 untuk daytrip je Yehliu Geopark, Shifen dan Jiufen (book kat Klook). Package ni kita kena gather pukul 1150.
- Sementara menunggu bas, sy call Starbucks 101 @ 35 F dan dapat slot hari Selasa pukul 11 pagi. For info, Starbucks 101 @ 35F ni kena call untuk naik ke atas. Tak boleh walk in ya.
- Additional payment adalah tiket masuk ke Yehliu (NT80) dan tiket shuttle bas Jiufen (NT15 pergi balik). Kalau amik package ni, kena tunggu bas kat Ximen station (exit 6) Line Hijau boleh, Line Biru pun boleh. Group saya hari tu ramai Filipino. Malaysian saya dan ada sorg akak dari Kuala Terengganu. Journey from one point to another lebih kurang 1 jam.
- Kat Yehliu Geopark, kami dapat 1 jam untuk ronda, kat Shifen dengan Jiufen dipendekkan jadi 45 minit je. Akhir tour, semua orang diturunkan kat Taipei 101. Dari situ, sy jalan kaki ke Khana Khazana untuk dinner dan balik hotel terus.
Day 3
- Monday. Dari hotel, sy naik MRT ke CKS Memorial Hall (line merah). Sy sampai sana pukul 8.45, terus beratur untuk tengok Change of Guard pukul 9.
- Dah puas amik gambar kat area ni, sy jalan kaki ke East Gate. Cuma boleh amik gambar dari jauh je.
- Lalu NTU Hospital. Lepas tu, ke 228 Peace Park. Muzium tutup pulak hari Isnin. Xpa.. xda rezeki. Sy jalan kaki ke Presidential Hall pulak. Polis cakap boleh amik gambar dari seberang jalan je. Lepas tu, sy ke Court pulak amik gambar.
- Patah balik ke Presidential Hall dan beratur untuk free tour. Rezeki di pagi hari, tak beratur panjang dan terus masuk. Dah tu, sy jalan kaki lagi ke Red House, Bell Tower and ke Ximending area.
- Dari situ, sy naik MRT ke Daan Park (line merah) untuk ke Taipei Grand Mosque.
- Selesai urusan, sy naik MRT turun di Taipei 101 (line merah). Sy ke Shin Kong Mitsukoshi A9 untuk makan Chang Beef Noodles. Lepas tu, jalan kaki balik hotel dan rest.
Day 4
- Selasa. Dari hotel, sy jalan kaki ke MRT Taipei 101 (line merah) ke Xianghsan (last stop. Jalan kaki pelan pelan ke Elephant Mountain. Sy pergi awal pagi sebab tak ramai pelancong melainkan locals yang naik trails jugak. Best sebab ramai greet good morning in Mandarin. Sy singgah ke pointview 1 (yang ada platform), pointview 2 (yang ada batu), dan pointview 3 (ni pointview terakhir sebelum lajak ke puncak sebelah bukit ni (sy tak pergi).
- The whole journey turun naik took me about 2.5 jam sbb sy banyak rehat in between. Dah sampai kat MRT station, sy jalan kaki balik hotel. Rest kejap dan gerak ke Starbucks 101 @35F. Staff Starbucks akan turun 5 minit sebelum assigned time. Dia akan confirmkan no booking dan akan bagi nombor giliran. Sampai je kat atas, masuk dalam cafe ikut no giliran. Sy nombor 8 dari 10. Tp rezeki sebab sy solo, jadi dpt duduk kat bench dan view cantik. Dah order food dan settle semua, sy balik hotel rest.
- Petangnya, sy naik MRT ke Taipei Nangang Exhibition Centre (warna biru last stop). Sy turun kat sini sebab nak makan Fried Chicken Master.
- Dah siap makan, sy naik MRT dari situ ke Jianan Road (Brown line). Sy ke Miramar Entertainment Park. Naik ferris wheel dan ingat nak tengok wayang tp sold out. Kalau anda gayat macam sy, skip jelah Miramar ni. Habis segala surah zikir sy baca. Gayat sbb dah lah atas bumbung, angin kuat, cabin goyang goyang pulak. Tp xpa.. yg penting dah experience. Dari sini, sy sambung turun naik MRT ke Zhongxiao Fuxing. Sy dinner kat Taj. Pastu, naik MRT balik hotel dan rest.
Day 5
- Rabu. Sy gerak naik MRT ke Taipei Zoo (brown line last stop) dan kendian, naik Maokong gondola. Petang, sy naik MRT ke Tamsui (line merah paling hujung). Konon nak ke Fisherman’s Wharf / Lovers Bridge tp feri dah habis. Sy terlupa nak tengok jadual feri. Jadi, jalan jalan je area town dan balik terus ke hotel naik MRT. Malam, sy dinner di Khana Khazana je lagi sebab tak larat.
Day 6
- Khamis. Hujan dari malamnya. Sy tak keluar pun cuma ke Taipei 101 dan window shopping kat Breeze dan Bellavita je. Malam, sy ke Ximending beratur beli boba milk tea dalam hujan lesak.
Day 7
- Jumaat. Masih hujan. Tak keluar lagi sebab malas hujan. Lepak hotel dan window shopping kat Taipei 101. Beli pineapple tart kat Sunny Hills To Go (B1) dan makan snowice mango.
Day 8
- Balik KL MH 367. Plan nak datang lagi untuk cover Taroko, Beitou, Yamingshan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Kongsi Trip Rileks & Hotel Hoping 5H4M Di Bali, Enjoy View & Makan-makan. Paling Best Spend Time Kat Ubud!
Mempunyai banyak tempat menarik dengan pemandangan yang indah menjadikan Bali antara tempat favorite orang Malaysia ke sana.
Seorang pengguna Facebook berkongsi trip ke Bali baru-baru ini setelah kerajaan Indonesia tidak lagi mewajibkan lagi ujian PCR ke atas setiap pelancong yang masuk ke negara mereka.
Paling seronok setiap malam wanita ini dan pasangannya bertukar tempat tinggal atau hotel untuk satu pengalaman yang lebih menarik memandangkan Bali yang mempunyai banyak hotel dengan pemandangan yang cukup indah selain harganya yang lebih murah.
Menurut wanita ini, trip selama 5 hari itu dirasakan tidak cukup kerana ingin meneroka lebih banyak lagi tempat di Bali. Tambahnya juga meskipun sudah beberapa kali berkunjung ke Pulau Dewata itu, dia dan pasangan tidak puas berada di sana.
Ikuti perkongsiannya seperti yang dihantar di Facebook Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM):
Trip Rileks & Hotel Hoping
Hi semua. Nak share pasal recent trip ke Bali (29/5-2/6). Time ni Indonesia baru je buang requirement untuk pre departure PCR test. Jadi cuma kena ambil covid insurance je and print digital cert vaccination.
Trip sangat leisure sebab banyak spend time atas jalan & hotel hopping, makan pun duduk lama-lama, shopping, and lepak hotel. Dekat sana kan banyak hotel best and murah compared to harga dekat sini
Just to highlight yang kitorang memang tak visit banyak tourist spot kali ni sebab pergi Bali this time lebih kepada nak enjoy the scenery and vibe dekat sana plus nak relax je. Trip ni kitorang pergi Uluwatu -Bedugul -Ubud -Canggu naik dengan supir. Details ada dekat bawah.
(Dalam itinerary mula-mula ada plan nak ke Tirtagangga dan Lempuyang, tapi cancel sebab nak spend more time dekat area Ubud. Ubud best! )
Trip 5D4N hari-hari tukar hotel :-
Day 1 – Dreamsea Surf Camp, Uluwatu
Day 2- Pondanu Cabins By The Lake, Bedugul
Day 3 – Alam Wayang Resort, Ubud
Day 4 – Shore Amora Canggu
Tourist spot visited:-
- Ulan Danu Bratan Lake
- OKA Agriculture Coffee Plantation
- Alas Harum Rice Terrace
Tempat makan:-
- Malioboro Tulang Lunak (wajib try)
- Kedai Nasi Padang (ada banyak and halal semuanya)
- Pennylane Cafe Canggu
- Breakfast kami ambil package dengan hotel
- Kedai Ayam Teliwang (opposite Bratan Lake)
Tempat shopping:-
- Kedai barang rotan betul2 opposite Alas Harum Bali
- Ubud Traditional Market
- Kedai-kedai keliling Ubud Market (jalan kaki)
- Bedugul Market area Candikuning
- Krisna Ole-ole utk souvenirs
Kitorang tak ambil package. Just hire service driver je from Bali Shandi Tours Bali Muslim Tours . Special thanks to Kak Dewi & Syaiful banyak tlg coordinate trip kami, dua-dua sangat sporting and helpful Jumpa contact number diorang pun memang dari group ni sebab ramai recommend
Kalau ada yang nak ke Bali tu, pergi la at least seminggu sebab 5 hari tu tak puas. Bali ni dah pergi berapa kali pun takkan puas punya
Kredit: Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Nak bercuti kena pilih kasut yang selesa, baru Onz! Ni Best pakai time bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI