Premis makanan, merupakan kemudahan dan khidmat penting bagi penduduk menikmati juadah makanan dan minuman, selain dijadikan sebagai tempat bersosial dan bekerja.
Ketika pandemik COVID-19, operasi sektor ini sangat penting untuk diteruskan bagi memastikan ekonomi negara kekal berjalan. Disebabkan itu, pelbagai cara dan kaedah perlu dilakukan untuk menjaga jarak sosial selain menjaga keselamatan pelanggan.
Ini antara restoran yang dipuji setelah foto mereka menjalankan perniagaan dalam suasana normal baharu seperti penjarakan sosial tular. Idea unik dan kreatif ini patut dicontohi premis makanan lain.
1. Restoran Fish Tales Bar & Grill in Ocean City, Ocean City, Maryland
Restoran tepi air (waterfront) ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya. Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggannya mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan. Selari dengan arahan ditetapkan kerajaan, meja individu itu memiliki empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.
2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand
Ads
Bagi penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran perintah berkurung dilaksanakan. Pelanggan yang ingin makan di premis, bagaimanapun, perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial. Tidak cukup dengan meletakkan penghadang plastik yang memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, restoran malah menetapkan syarat kepada mereka untuk duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak. Kaedah penghadang plastik ini bukan sahaja boleh dilihat di Thailand, malah normal baharu ini juga dilaksanakan di negara China dan Taiwan
3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam
Ads
Sebuah restoran Belanda tepi air di Amsterdam menyediakan ruang khas seperti rumah kecil dikenali ‘rumah hijau kuarantin’. Ia dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air. Selain itu, untuk lebih selamat, para pelayan di restoran itu memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan dan pelindung muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja. Restoran Mediamatic Eten ini dijangka mula beroperasi pada Khamis (21 Mei).
4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok, Thailand
Watch: A cafe in Bangkok is using a clever pulley system to follow social distancing rules while serving customers during the coronavirus outbreak pic.twitter.com/6f4nTmmCWa
Watch: A cafe in Bangkok is using a clever pulley system to follow social distancing rules while serving customers during the coronavirus outbreak pic.twitter.com/6f4nTmmCWa
Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok, Thailand bertindak kreatif dengan menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan. Kedai Art of Coffee ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan cawan kopi kepada pelanggan dalam jarak 1 meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.
Restoran makanan segera, McDonald’s difahamkan juga beroperasi dalam suasana normal baharu. Di Taipei, Taiwan, umpamanya, cawangan McDonald’s memastikan pelanggan mereka untuk merekod nama, nombor telefon dan angka suhu yang diperiksa di premis berkenaan. Selain mewajibkan pekerja untuk memakai pelitup muka, mereka juga perlu merekodkan suhu para pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.
Jika di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan (thermal monitor) sebelum mengambil pesanan di kaunter.Pelaksanaan dan SOP ini mungkin berbeza-beza di setiap restoran seluruh negara.
Pemilihan kasut sangat penting ketika hiking, pilih tapak kasut yang memang khusus untuk anti-licin dan berpemukaan untuk grip setiap langkah anda.
2. Pilih baju yang nipis
Pemilihan baju juga memainkan peranan penting ketika mendaki. Elakan memilih baju seperti cotton dan beraltitude tinggi kerana ia tidak menyerap peluh. Sebaiknya guna baju khas untuk hiking yang ada ciri compression yang bagus.
3. Kenal pasti cuaca ketika pendakian
Sebelum pergi hiking, periksa dahulu ramalan cuaca semalam, ini kerana ia akan menentukan perjalanan anda dan track sebenar anda. Jika hujan, mungkin akan becak, berlumpur dan licin. Jadi anda bersedia mental dan fizikal untuk mendaki.
4. Lakukan sedikit senaman ringgan
Untuk mengelakkan otot menjadi kejang, sebelum memulakan pendakian anda dinasihatkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 10-15 minit.
5. Lapik perut sebelum mendaki
Elakan makan nasi lemak dan benda berat kerana bimbang anda akan pancit nanti. Sediakan makanan seperti energy bar dan air isotonik untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh.
6. Pentingkan aspek keselamatan ketika bergambar
Ketika anda ingin bergambar di puncak atau sebagainya, jangan lupa untuk pentingkan aspek keselamatan.
7. Jangan adab dan percakapan
Bila memulakan perjalanan, jangan lupa untuk membaca sebarang surah atau Bismillah serta berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Malah harus diingat ya ketika di dalam hutan kamu perlu menjaga adab percakapan jangan celupar, takbur dan riak.
8. Mental perlu positif
Terakhir, anda digalakkan sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu pentingkan masa untuk sempai ke puncak dengan segara sehingga mengabaikan aspek mental.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pesisiran Pantai Tanjung Kepah di Kampung Batu 9 Lekir Setiawan Perak, sering menjadi tumpuan ramai termasuk kanak-kanak menghabiskan cuti hujung minggu dengan mencari pelbagai hasil laut seperti remis, kerang, kepah, kupang, siput sudu dan gayam.
Jika anda mengidam untuk memakan remis, misi mencari moliska bercengkerang seakan lala itu hanya boleh diperoleh dengan banyak dari Jun hingga Disember pada setiap tahun. Bagaimanapun untuk mencari remis, ia memerlukan masa agak lama dan dalam satu lubang yang dikorek jumlahnya tidak banyak. Remis yang diperolehi perlu dicuci dengan bersih dan seelok-eloknya direndam semalaman untuk membuang pasir sebelum dimasak.
Teringin nak cuba aktiviti sebegini? Ikuti perkongsian daripada saudari Rosimah Roslan
Hari 1
Bertolak ke Lekir, Setiawan.
Check in : Sun Inn Hotel Setiawan (Bajet je). Booked awal dekat Agoda.
Santai-santai mandi kat pool teman adik (Hotel Bajet tapi ada swimming pool).
Makan malam di Lemboy Cabin (Boleh waze je lokasi). Servis cepat & makanan pun sedap-sedap. Boleh cuba. Chim & Family makan Chicken Grilled Chop, Lamb Chop & Nasi Goreng Original Lemboy Style.
Balik hotel & rest
Hari 2
Sarapan pagi. Hajat nak makan dekat Roti Canai Pak Tam Setiawan tapi penuh (parking tiada) jadi kami pun pergi makan dekat Kedai Makan Cik Ani. Menu nasi lemak, nasi berlauk & roti canai memang sedap.
Bertolak ke Tanjung Kepah, Lekir.
Pi awal supaya boleh cop port cantik bawah pokok Ketapang.
Kalau nak cari kerang & kepah, pastikan pakai stokin & kasut getah. Tapi kalau jenis kaki tahan xperlu la pakai
Bawa la besen ke baldi untuk letak kerang. Tapi kalau nak cari kepah, bawa la pencakar. Beli je kat kedai rm2.
Tandas ada di Tanjung Kepah. Bayaran masuk mandi Rm1 & Tandas 50 sen.
Kedai makan Warung Tepi Laut. Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad bermula 8.00 pagi. Pukul 12 tengahari macam tu dah tutup.
Anda dalam perjalanan pergi atau pulang dari bercuti menggunakan highway. Namun tanpa disangka, kereta pula meragam dan rosak ketika di atas highway. Lebih parah apabila kereta rosak di kawasan terpencil dan jauh daripada orang awam lain.
Kalau setakat tayar pancit, okay lagi. Tapi kalau nak sampai enjin jadi panas sampai suhu melampau tinggi sehingga kereta rosak, itulah masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000
d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!