Buat pertama kalinya sejak pertengahan Mac lalu, pelanggan di Bangkok, Thailand, dibenarkan makan di restoran selain membungkus dan bawa pulang makanan.
Bagaimanapun, pelanggan dan juga pengusaha restoran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Thailand mungkin bebas daripada perintah ‘lockdown’ tetapi negara itu masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Selain itu, pihak berkuasa juga telah membuka semula taman bandar, termasuk, Lumpini Park, Bangkok. Setiap pengunjung yang masuk ke taman tersebut harus memakai penutup hidung dan mulut selain menjalani pemeriksaan suhu.
Pengunjung juga dilihat memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok. Bagaimanapun, aktiviti beriadah berkumpulan masih dilarang, begitu juga penggunaan peralatan latihan awam. Perhimpunan besar juga masih dilarang.
Foto: REUTERS | Sumber: astroawani