Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
Grand Lexis Port Dickson
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
Pangkor Laut Resort
Ads
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
Avani Sepang Gold Coast
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
Avillion Port Dickson
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
Ads
Mabul Water Bungalow
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
Pom Pom Island Resort
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
Ads
Sipadan Kapalai Water Village Resort
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
Berjaya Langkawi Resort
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
St Regis Langkawi
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah kampung di kepulauan Jawa, Indonesia terpaksa menggunakan khidmat pocong untuk menakutkan penduduk, dengan harapan ia membantu mengelakkan orang ramai daripada terus keluar rumah ketika penularan wabak COVID-19.
Foto: Reuters
Pocong memang terkenal di negara tersebut dan merupakan ‘golongan hantu’ yang ditakuti penduduk. Disebabkan itu, ‘watak’ hantu tersebut dipinjam sementara dan digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk yang degil dan suka keluar rumah ketika ini.
Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak ‘pocong’ itu berada di satu-satu tempat terlalu lama. Itu membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat ‘pocong’ yang berkeliaran.
#CoffeeBreak Sebuah gang di Desa Kepuh Sukoharjo agak berbeda dengan tempat lainnya. Untuk menjaga karantina wilayah, ditempatkan 2 pocong di sana, Niatnya bukan untuk menakuti namun untuk mengingatkan warga akan bahaya virus Corona https://t.co/sEsAzNni9Spic.twitter.com/l5YucPfsNt
Pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik. Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.
Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak ‘pocong’ itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka. Tinjauan Reuters mendapati taktik itu sedikit berkesan, apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.
“Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka,” kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.
Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.
Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Bila sebut spring atau musim bunga bagi yang biasa travel ke luar negara akan tahu ketika inilah masa terbaik untuk menikmati bunga-bunga sedang indah berkembang. Boleh dikatakan ia musim terbaik untuk menikmati pemandangan indah sebegini.
Jika sebelum ini Netherlands terkenal dengan keindahan tulipnya namun untuk menikmati pemandangan itu perlu membayar sebelum dibenarkan masuk ke ladang tetapi di Turkey, orang ramai boleh menikmati pemandangan ini secara percuma sahaja di Emirgan Park, salah satu taman bunga yang terbesar di Istanbul.
Baca perkongsian dari fb Dafi Adnan yang merantau ke negara Turkey dan banyak berkongsi kisah-kisah menarik perjalanannya di rantau orang.
Salam Ramadhan al Mubarak guys!
Well, what can I say, it’s spring time at the moment now. And actually Turkey is the place where all of these tulips originally started and blooming enormously since the Ottoman Empire times.
Not originally started in the Netherlands okay! Tak cayo, cer ‘google’ dan baca fakta sejarah pasal asal-usul bunga tulip ni haa..loll
Alang-alang cuaca dah makin baekk punya dan perut ni makin berkoroncong memanjang ni. Maka seeloknya lah kita bertandang kembali ke Emirgan Park ni yang merupakan antara salah satu taman bunga yang terbesar di Istanbul ni haa..hahaa
Suatu ketika dulu, den pernah bertandang ke taman bunga terbesar di Netherlands iaitu di Keukenhof Gardens. Dan itulah pengalaman kali pertama dalam hidup den menyaksikan kecantikan dan keayuan bunga-bunga tulip ni.
Tapi kalau di Keukenhof tu, ekau kono bayar entry masuk. Tapi kali ni bila den berada kembali di Turkey ni especially di Emirgan Park ni, lagilah tak nak kalah pemandangan bunga-bunga tulip ni haa.
Sudah lah lawo-lawo, masuk pun free entry pulak tu. Tak ke best namanya ekau nak explore dan merayap ikut lamo manolah yang ekau sukokan..loll
Jadi mengapa perlu berbelanja lebih untuk melihat bunga-bunga tulip di bumi Netherlands. Sedangkan anda boleh mengalami secara percumanya di bumi Turkey ni haa..loll
Sememangnya dalam pertengahan bulan April sehingga sepanjang bulan Mei ni adalah musim yang terbaekk untuk menikmati spring or musim bunga ni dan jugak of course lah menikmati pemandangan bunga-bungaan yang sedang berkembang mekar dengan sihat walafiatnya ketika ini..loll
Sesekali bawa diri ke Ratu Rening Residency, Batang Kali di Selangor, pasti anda akan rasa puas hati untuk bercuti.
Tengok airnya hijau dan dipeluk dengan pokok-pokok hijau, rasa teduh unuk berehat seketika. Nak-nak kawasan ini memang jauh dengan kesibukan kota.
Berteduh Sekejap Di Ratu Rening Residency
Tempatnya yang tenang dan pemandangan yang cantik menjadikan villa tersembunyi yang terletak di kaki bukit Genting Highlands ini sesuai untuk staycation.
Anda akan terasa lebih dekat dengan alam semula jadi dan terjun ke mata air yang menyegarkan segera dari villa.
Owh ya, jangan risau kalau nak datang ramai sebab tempat ini boleh memuatkan sehingga 15 orang. Paling penting selesa, sesuai untuk percutian keluarga hujung minggu.
Nak bersantai makan-makan kawasan air pun, dapat ya. Tengok lah kawasannya, unik di atas air.
Lagi best ada kasawan air terjun yang cantik di sini ya. Boleh lah mandi manda sekejap sejukkan badan.
Nanti datang lah dengan keluarga tersayang atau rakan terdekat ke sini, rehatkan minda yang penat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...