Travel

Resort Tepi Sungai Yang Cantik Di Huda’s Haven Resort, Jom Berdamai Dengan Alam!

Share

Syok datang menginap di Huda’s Haven Resort yang terletak betul-betul di tepi sungai. Sesuai untuk anda yang suka alam semula jadi dan ketenangan.

Bermalam di Huda’s Haven Resort

Untuk datang ke sini, cuma perlu drive selama satu jam je kalau datang dari bandar Kuala Lumpur. Huda’s Haven Resort terletak di Batang Kali, Selangor. Sepanjang perjalanan korang masuk ke sini, akan nampak flora dan fauna yang sangat cantik dan akan membuatkan korang lupa dengan kesibukan bandar.

Lokasi ini sesuai untuk anda datang meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan bersama keluarga. Anda boleh pilih untuk tidur di penginapan yang disediakan, atau kalau nak ekstrem, boleh camping di luar.

Dari segi makanan pula agak sukar sebab lokasi ini agak ke dalam dan bahaya untuk drive malam-malam cari makanan. Jadi sebaiknya sedia dengan makanan terus. Tetapi kalau nak booking makanan di sini pun ada disediakan.

Menu pun menu makanan Melayu dari daging masak hitam, ayam goreng berempah, dan banyak lagi lah.

Aktiviti pun banyak di Huda’s Haven Resort, boleh naik ATV pusing-pusing hutan, memancing dan berbasikal. Nak mandi sungai pun boleh!

Apa pun, kena datang dulu bermalam untuk rasa sendiri aura bermalam di resort ini. Baru puas!

Oleh
Nadia