
Nipoh Beach Cottage ini antara tarikan terbaru di Terengganu yang agak unik dengan konsep ala Bali seperti di Indonesia.
Tempat ini menawarkan 15 bilik penginapan secara keseluruhan untuk keluarga yang nak stay pada hari biasa atau hari minggu.
Untuk pemandangan dalam biliknya, anda boleh rujuk dalam gambar ini. Dihiasi dengan barangan perabot yang diperbuat daripada rotan, gaya klasik yang pasti akan membuatkan anda mengimbau kenangan hidup tahun 90-an.
Menariknya resort ini mempunyai 2 kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi boleh lah anda mandi pool sambil menikmati alam semula jadi.
Terdapat sungai di sebelah resort untuk korang melakukan pelbagai aktiviti seperti kayak dan memancing ikan.
Sekiranya ada plan bercuti ke Pantai Timur, boleh lah singgah ke sini nanti.
Lokasi:
Nipoh Beach Cottage, 287-2 Kampung Che Wan, Kijal, 24000 Kemaman, Terengganu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Hotel Termahal Di Dunia, Harga Tidur Semalam Cecah USD150,000

Rasa-sapa siapa berani menginap di sini? Kalau ada orang Malaysia, kita memang salute habis sebab harganya boleh beli sebiji kondominium di sini.
Libur senaraikan 10 hotel termahal di dunia. Harga tertera adalah bagi harga satu malam ya.
Dengan kadar USD 150.000 semalam, Lover's Deep – Luxury Submarine Hotel diangkat sebagai hotel termahal di dunia. Hotel berbentuk kapal selam ini terletak di St Lucia.
Di sini, anda akan mendapatkan pengalaman menginap yang sangat berbeza dari beberapa hotel lain dalam senarai. Ini kerana kita akan dibawa ke dasar laut dengan kapal selam. Saat di dasar laut, layanan lima bintang akan diperoleh. Akan ada kapten hinggalah kepada pelayan yang akan melayan kita bagai raja. Biasanya kita akan dibawa dari kapal biasa sebelum dibawa menaiki kapal selam. Perkhidmatan tambahan termasuk helikopter termasuk ketika ingin berenang, semua layanan tip top. Semuanya serba mewah dan tentu ia pengalaman peribadi termahal kalau menginap di sini.

2) Empathy Suite di The Palms, Las Vegas (USD100,000)
Empathy Suite di The Palms, Las Vegas, adalah hotel termahal kedua di dunia. The Empathy Suite direka oleh arkitek terkemuka, Damian Hurst.
Dengan bayaran USD 100.000, korang akan mendapatkan dua bilik tidur utama, meja urut, jakuzi yang mengadap terus pandangan mengadap Las Vegas, ruang santai dan lawatan peribadi termasuklah pelbagai koleksi seni. Suite hotel ini benar-benar khusus untuk pencinta seni.
3) Geneva, Swiss (USD80,000)
Jika korang berada di Geneva, Swiss dan memiliki USD 80.000 untuk dihabiskan semalam, maka hotel ini sesuai untuk korang.
Royal Penthouse di Hotel President Wilson terletak di tingkat 8 hotel ini. Dengan menawarkan pemandangan Danau Geneva serta Mont Blanc yang indah di pent suite ia terdapat 12 bilik tidur, 12 bilik mandi dan bathtub jacuzzi yang kesemuanya menghadap ke danau.
Selain perabot dan pemandangan indah, korang akan dijaga rapi 24 jam oleh tukang masak peribadi dan pelayan yang akan memenuhi apa saja permintaan korang.
Inilah tempat yang agak aman damai dan lebih istimewa kacanya anti peluru serta safety box yang dijamin. Lebih menarik ada piano Steinway dan banyak lagi keistimewan lain kalau menginap di sini.
Grand Markhouse, Hotel Mark merupakan suite penthouse hotel terbesar di Amerika Syarikat dengan keluasan 10.000 kaki persegi.
Penthouse ini sangat luas dilengkap dengan 5 bilik tidur, 6 bilik mandi, dua bar serta ruang tamu yang besar. Ruang tamunya juga boleh diubah menjadi ballroom. Pemandangan luar juga cukup indah iaitu mengadap Central Park di mana ia berkeluasan 250 kaki persegi.
Hotel mewah lain ialah Ty Warner Penthouse di Four Seasons Hotel, New York. Suite hotel mewah ini dinamakan sempena pemilik bangunan, Ty Warner.
Terletak di tingkat atas bangunan iaitu di level 52, suite seluas 400 meter persegi ini menelan belanja sebanyak USD50juta untuk dibina. Suite ini sangat indah pemandangannya kerana ia 360 darjah dengan dikelilingi cermin kaca yang memberikan pemandangan kota, pusat bandaraya dan pusat kotaraya New York.
Untuk ke suite ini, layanannya memang superb. Ada spa, bilik mandi diperbuat dari kristal, pemandangan tanpa batas, lif peribadi serta pengurus peribadi yang boleh dipanggil bila-bila masa. Sumber : Jendela Dunia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Foto Kreatif Rakyat Malaysia ‘Camping’ Dalam Rumah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Ketika ini kerajaan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat warganegara atau bukan warganegara bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Tindakan ini diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut ramai nyawa rakyat negara ini. Oleh sebab itu orang ramai yang berada di negara ini diseru agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit COVID-19. Sebarang ‘perjalanan’ untuk melancong, bercuti atau bersiar-siar di dalam negara mahupun luar negara tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh tersebut.
Bagi mereka yang gemar ‘berjalan-jalan’ atau melakukan aktiviti perkhemahan di luar, perintah ini mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun sebagai individu yang ‘tidak pentingkan diri sendiri’ mereka semestinya patuh kepada arahan tersebut.
Sungguh pun begitu, aktiviti kesukaan anda seperti camping tidak harus dilupakan meski pun perlu berada di kediaman masing-masing. Melalui perkongsiaan di group Facebook seperti Family Camping Malaysia dan H&n Campsite, pasti ramai tersenyum melihat foto yang dikongsikan rakyat Malaysia yang begitu kreatif ini. Masih boleh ‘bercamping’ walaupun hanya di kawasan kediaman sendiri. Cayalah! Anak-anak mesti tak bosan.
Nah! Ini mungkin boleh dijadikan idea buat anda untuk menghilangkan bosan ketika di rumah dalam tempoh ini. Walau bagaimanapun pastikan ‘sesi perkhemahan’ anda di rumah masih mengikuti prosedur yang dibenarkan untuk mencegah COVID-19 seperti tidak ‘berkumpul’ atau lakukan gathering dalam jumlah yang besar. Jaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan jarak diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala. Jangan lupa tutup mulut dan hidung anda dengan tisu jika anda batuk atau selsema.
Sumber Foto: FB Family Camping Malaysia | FB H&n Campsite
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
12 Destinasi Kebiasaan ‘Orang Luar’ Akan Singgah Jika Berkunjung Ke Kota Bharu, Kelantan. Kira Lokasi Wajib La!

Sebut saja Kota Bharu, perkara pertama terlintas di fikiran adalah lokasi membeli-belah murah, makanan lazat dan keunikan budaya warisan yang masih dikekalkan masyarakat setempat.
Berkunjung ke Kota Bharu yang menjadi ibu negeri Kelantan Darul Naim ini, pastinya memberi pengalaman dan pengetahuan berbeza sekiranya masa yang ada diperuntukkan sebaik-baiknya.
Antara port wajib orang luar google untuk singgah di Kota Bharu adalah:
- Rumah Api Pantai Senok
Lokasi ini menjadi tular di media sosial kerana keindahan dan keistimewaan susunan pokok ru yang menarik. Menjadi antara lokasi wajib di kunjungi bukan saja bagi pencinta pantai, bahkan mereka yang gemar berkongsi gambar di laman sosial gara-gara kecantikannya diinspirasikan daripada Pulau Nami, Korea Selatan. Malah tarikannya turut dipengaruhi pantainya yang berteluk dan berbatu berlatarkan keindahan Laut China Selatan.
- KB Street Art
Bagi anak muda dan individu berjiwa seni mencari lokasi untuk bergambar menarik, anda dicadangkan ke Jalan Dato Pati, Kota Bharu kerana di kawasan ini terdapat lorong-lorong yang mempamirkan pelbagai lukisan mural yang kreatif’. Lokasi ini paling ideal untuk dijadikan lokasi OOTD anda di Kota Bharu.
- Pasar Siti Khadijah
Di sinilah tempat kaum wanita yang berkunjung ke Kelantan akan menghabiskan masa hampir setengah hari untuk shopping dan kadang-kala membuatkan muncung kaum adam jadi macam muncung itik.
Nak buat macam mana? Harga yang ditawarkan di pasar ini sangat berpatutan dan koleksi pelbagai produk memberikan kepuasan kepada kaum hawa cuci mata di sini. Daripada barang basah, hingga ke barangan kering, spot ini seakan one stop center kepada kaki shopping – barang nak buat hantaran kahwin, barang solat, kraftangan, dan sebagainya.
Selain daripada barang-barang, terdapat juga variasi juadah makanan tradisional masyarakat Kelantan yang boleh didapati di sini seperti kuih akok, nasi tumpang, etok salai, nasi kerabu, aneka kuih muih dan pelbagai lagi.
- Muzium Negeri Kelantan
Terletak di Jalan Hospital, Kota Bharu, kunjungan ke Muzium Negeri Kelantan sangat disarankan kerana ia memberi peluang kepada pelancong mengenali gaya hidup dan budaya masyarakat setempat. Beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, muzium ini menyajikan pelbagai jenis artifak bersejarah dan paling unik koleksi barang kesenian tempatan seperti wayang kulit, dikir barat, makyung, menora serta gasing.
- Muzium Perang Bank Kerapu
Struktur muzium ini berasal daripada Bank Kerapu dibina Mercantile Bank pada 1912 di atas tanah milik ketua tempatan, Nik Yusof. Ketika Perang Pasifik pada 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu dan Bank Kerapu dijadikan balai polis rahsia bagi koordinasi perang oleh penjajah itu.
Sebaik tamat zaman penjajahan Jepun, ia kembali berfungsi sebagai bank hingga 1991 sebelum dijadikan muzium peringatan perang oleh Perbadanan Muzium Kelantan. Sekiranya pelancong ingin mendalami sejarah, muzium ini menempatkan lebih daripada 1,000 artifak berkaitan perang serta peralatan Jepun.
- Kota Sultan Ismail Petra
Kota ini menjadi mercu tanda dan pusat tumpuan pelancong yang datang ke Kota Bharu. Tersergam indah dengan ukiran dan tulisan khat menarik, Kota Sultan Ismail Petra ini berdekatan Kampung Kraftangan dan Masjid Muhammadi. Tarikan utama kota ini pastinya pintu gerbang besar atau Menara Rehal dan juga Istana Balai Besar.
- Istana Jahar
Dibina menggunakan kayu cengal tanpa paku mahupun skru, Istana Jahar atau Muzium Adat Istiadat ini perlu dikunjungi bukan saja kerana pengisiannya tetapi keunikan seni bina.
Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) sejurus pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Mempamerkan variasi artifak bersejarah Kelantan, destinasi ini turut menampilkan adat istiadat diraja termasuk adat pertunangan, perkahwinan, melenggang perut dan adat pijak tanah.
- Pasar Terapung Pulau Suri
Pasar terapung ni kebiasaannya popular di Thailand, tapi jangan tak tahu yang pasar sedemikian juga boleh dilawati di Kelantan atau lebih tepatnya di Kampung Pulau Suri, Tumpat. Kepada sesiapa yang minat dengan juadah popular negeri Kelantan, boleh singgah ke sini sambil merasai pengalaman ala-ala bercuti ke Thailand.
Selain daripada menikmati juadah makanan di sini, pengunjung juga akan berpeluang untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan yang terdapat di pasar terapung Kampung Pulau Suri ini.
Kepada anda yang ingin ke sini, beri perhatian bahawa pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu dan ada bayaran minimal yang dikenakan kepada anda iaitu tambang bot. Untuk ke sini, anda boleh datang melalui Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu.
- Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu
Satu lagi pasar terapung yang ada di Kelantan adalah Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu. Mudah saja kelau nak ke sini sebab ia berdekatan dengan pusat bandar Kota Bharu. Anda yang berkunjung ke sini boleh melihat budaya jual beli orang setempat di sana dan pusing-pusing menari makanan popular Kelantan pada harga yang sangat berpatutan. Untuk ke sini berbeza dengan Pasar Terapung Pulau Suri, anda tidak perlu menaiki bot. Waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 2 petang setiap Sabtu sahaja
- Masjid Kampung Laut
Tercari-cari masjid yang kaya dengan nilai sejarahnya sendiri? Jangan lupa singgah ke Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku, masjid ini pada asalnya dibina pada sekitar tahun 1730-an oleh sekumpulan mubaligh, namun ia telah dialihkan daripada kedudukan asalnya iaitu di Kampung Laut, Tumpat setelah berlakunya banjir besar tetapi tidak menjejaskan langsung struktur asal masjid itu yang kekal utuh hingga ke hari ini.
- Kampung Kraftangan
Kampung ini sesuai untuk anda yang nak mencari songket, barangan perak, batik dan hasil seni kraftangan tempatan Kelantan. Untuk anda yang tak pernah merasa macam mana nak mencanting batik, boleh la cuba-cuba apabila berkunjung ke sini dengan bayaran hanya RM10 sahaja.
Lagi satu benda yang best di sini, Kampung Kraftangan ini terletak berdekatan dengan tempat makan popular di Kelantan iaitu Nasi Ulam Cikgu. Lepas beli buah tangan di sini, terus sahaja makan tengah hari di restoran Nasi Ulam Cikgu.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI