Privasi diutamakan dengan pelbagai aktiviti menarik
Pertama kali menjejakkan kaki ke ALA Riverview Lodge, anda akan rasa satu aura positif kerana resort ini begitu mendamaikan. Resort yang didirikan di tebing Sungai Pengkalan Datu dengan airnya yang bersih sudah cukup membangkitkan mood percutian menyeronokkan.
Malah dari rumah ini, pengunjung boleh melihat Jambatan Pulau Melaka dan suasana kampung yang menyamankan.
Di sekililing resort ini, pokok-pokok hiasan yang terjaga rapi menjadi penyejuk mata kepada pengunjung. Ia seolah-olah terapi minda bagi anda yang inginkan privasi dalam bercuti.
Bagi sesiapa yang menginap di sini pastinya teruja kerana dapat melihat bot nelayan kecil yang menelusuri sungai tersebut pada waktu pagi atau petang untuk menangkap ikan.
Istimewanya resort ini juga, bagi kaki pancing mereka boleh melakukan aktiviti memancing dari balkoni rumah sambil beristirehat. Cara ini akan memberi momen indah yang sukar diperoleh di mana-mana resort.
Selain itu, bagi yang ingin merasai pengalaman berkayak dan menaiki bot, perkhidmatan itu turut disediakan. Pengunjung boleh berkayak di sepanjang kawasan sungai dengan pakej bayaran yang berpatutan.
Ads
Suasana kampung
Menurut Pemilik ALA Riverview Lodge, Sharifah Mastura Syed Mohamad, resort yang dibina di atas tanah persendirian ini sebenarnya diilhamkan oleh suami, Azmi Ludin yang juga seorang arkitek.
“Sebenarnya resort ini adalah rumah tetamu untuk keluarga kami. Memandangkan kawasannya yang cantik kami telah bersetuju untuk memberi peluang kepada orang ramai menginap di sini sambil menikmati suasana desa yang sebenar.
“Resort ini adalah sebuah rumah eksklusif dan kita sasarkan kepada pengunjung yang berkeluarga dan kumpulan kecil sama ada lelaki atau perempuan dengan kapasiti tidak melebihi lapan orang. Bayaran untuk satu malam adalah RM290,” katanya.
Di samping itu, kemudahan kolam renang yang besar antara yang menjadi tarikan kepada pengunjung yang mempunyai anak-anak. Bagaimanapun, pemantauan harus sentiasa diberikan sepanjang masa.
Ads
Tidak setakat kolam renang yang menjadi daya tarikan kanak-kanak, pengunjung juga berpeluang untuk mendekati haiwan di ALA Agro Farm seperti rusa, lembu, ayam, itik dan arnab dengan memberi makanan.
Sekurang-kurangnya bagi anak-anak yang tinggal di bandar besar mereka akan rasa gembira dan mendapat pengalaman baharu dengan aktiviti sebegini.
Utamakan keselesaan
Menjengah kepada hiasan dalaman resort ini, elemen moden antara yang diberi keutamaan. Panel kaca yang digunakan pada ruang tamu memberi pencahayaan semulajadi.
Penggunaan perabot rotan dan kayu menambahkan lagi konsep hiasan rumah ini dengan dindingnya masih mengekalkan batu-bata merah untuk tampak lebih unik.
Ads
Kemudahan lain yang turut disediakan di resort ini seperti peti sejuk, pendingin hawa, kipas, televisyen, set sofa, oven dan sebagainya.
Untuk yang berminat mengadakan BBQ, kemudahan tempat BBQ turut disediakan atas permintaan pengunjung.
Paling menarik, pengunjung boleh menikmati suasana matahari terbenam yang begitu cantik dari balkoni resort dan semestinya ia membuatkan sesiapa pun tidak melepaskan peluang ini.
Jadi tidak mustahil bagi pengunjung yang inginkan privasi sepanjang percutian, lokasi ini patut anda pilih.
Info:
Alamat: Lot 677 Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Ipoh, Perak pernah diiktiraf portal pengembaraan dunia, Lonely Planet sebagai antara 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati kerana mempunyai banyak lokasi warisan yang cantik di sekitar.
Gua Kek Look Tong merupakan salah satu destinasi menarik yang menjadi tumpuan ramai pengunjung tempatan dan luar jika ke Ipoh. Terletak berdekatan Gunung Rapat dan 5 km dari bandaraya Ipoh, destinasi ini terkenal dengan gua batu kapur yang besar.
Pada sekitar tahun 1960, gua ini dijadikan tapak perlombongan bijih timah. Kini menempatkan sebuah tokong Buddha yang telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah kerana keindahan landskap taman disebalik gua ini. Pemandangan disekitar kawasan ini begitu indah.
Banyak tarikan menarik diwujudkan di sekitar kawasan ini untuk pengunjung beriadah dah bersantai. Antaranya aktiviti air mengelilingi tasik.
image via Oh My Perak & Perak Press
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Inilah dia jambatan gantung terpanjang di dunia yang merentasi Sungai Prava di Portugal! Ia mula menerima pengunjung dalam satu pembukaan khas sejak penghujung bulan lalu.
Sinonim dengan ukuran panjangnya yang berukuran 516 meter, jambatan yang memegang rekod terpanjang dunia itu dinamakan sebagai Jambatan Arouca 516. Sebelum dibuka kepada orang ramai, ia terlebih dahulu memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk merasainya pengalaman itu sendiri.
Datuk Bandar Arouca, Margarida Belem memaklumkan, jambatan dengan ketinggian 175 meter itu mampu menampung sehingga 100 orang untuk satu-satu masa.
Selain menyifatkan jambatan yang menyeberangi sungai itu sebagai satu binaan yang unik.
Jambatan yang tersembunyi di antara pergunungan itu juga akan menjadi satu lagi tarikan tambahan buat sektor pelancongan di Portugal.
Jambatan gantung terpanjang di dunia yang merentasi Sungai Prava di perkampungan Arouca, Utara Portugal mula dibuka kepada sejak pengunjung bulan lalu. Ia mula dibuka setelah mengambil masa 2 tahun untuk dibina dengan anggaran kos 2.8 Juta Dollar (RM 11.5 Juta).
Kredit: REUTERS
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’.
Dengan jarak perjalanan hanya sekitar tiga jam dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Perak pastinya lokasi paling strategik sekiranya anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti merehatkan diri. Untuk ke Pulau Pangkor, ada dua lokasi pangkalan bot menyediakan perkhidmatan bot iaitu jeti Lumut atau jeti Pangkor dengan kadar tambang berbeza dikenakan.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.
Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi :
Pasir Bogak
Teluk Nipah
Pangkor Laut
Kota Belanda
Batu Bersurat
Masjid Terapung
Kilang ikan bilis
perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
Masjid Terapung Ikon Pangkor
Masjid Al-Badr Seribu Selawat terletak di Pulau Pangkor menjadi masjid terapung pertama di Perak. Bukan sahaja fungsi utamanya sebagai tempat beribadat dan majlis ilmu, ia turut menjadi salah satu lokasi wajib dilawati apabila berkunjung ke Pulau Pangkor. Malah, tidak keterlaluan jika ia diibaratkan sebagai ikon Pulau Pangkor dan Perak kerana Masjid Al- Badr Seribu Selawat menampilkan kelainan dengan dipenuhi selawat di setiap ruangnya.Masjid itu juga menunjukkan konsep mirip masjid di Turki dan Timur Tengah melalui kubah dan seni binanya.
Hasil Laut Segar
Hasil ikan segar dari Pangkor telah terkenal antara kualiti terbaik yang dipasarkan ke bandar-bandar luar. Meskipun industri perikanan adalah sumber ekonomi utama Pangkor yang secara majoriti dimonopoli oleh kaum China, masih terdapat golongan nelayan tradisional Melayu yang tertumpu di Kampung Teluk Dalam. Sementara itu, Kampung Sungai Pinang Kecil adalah lokasi utama yang menempatkan beberapa kilang memproses makanan laut kering.
Jangan lupa singgah ke salah satu kilang tersebut dan dapatkan hasil penting pulau ini seperti sotong kering, udang kering, ikan masin, sate ikan dan pelbagai jenis ikan bilis dengan harga istimewa.
Tidak jauh dari kampung itu, pelawat boleh melihat kawasan yang popular dengan industri pembinaan bot tradisional iaitu Kampung Sungai Pinang Besar. Di sini, tukang kayu tempatan mengambil masa berbulan-bulan malah mungkin mencecah hingga setahun untuk membina sebuah bot besar yang berharga ribuan ringgit.
Menariknya Pangkor!
Antara keistimewaan lain Pangkor ialah jumlah burung enggang yang banyak dan mudah dilihat berterbangan terutama di kawasan hutan berhampiran dengan laut. Malah burung-burung itu cukup jinak untuk mendekati pengunjung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...