Hari biasa diasak bunyi kenderaan, mesin cetak, telefon, tv, radio, konsert; dihimpit kekangan waktu kerja, aktiviti harian serta dibebani kerja yang tiada berpenghujung. Minda rungsing jiwa celaru membentak carian damai. Bingkas lari ke hutan bersama teman mencari damai minda dan jiwa.10 resort hutan Libur senaraikan.
Tanah Aina Fahad
Gambar: tanahaina.com
Tanah Aina Fahad, resort terbina di atas keluasan 8 ekar berada berhampiran Lata Jarum, Ulu Dong Raub. Sesuai bagi mereka yang ingin lari jauh dari kesibukan kota serta menikmati kesegaran hutan hijau dan air sungai yang nyaman. Hanya 2 jam setengah dari Kuala Lumpur, anda akan menikmati pemandangan hutan yang menenangkan serta disambut dengan deruan Sungai Dong.
Awan Mulan
Gambar: Awanulan.com
Terdapat beberapa pilihan rumah di lereng bukit Kampung Jelebu, N.Sembilan. Hanya beberapa jam dari hiruk-pikuk Kuala Lumpur, siang anda dijanjikan alunan kicauan burung, gemersik daunan pohon, dan terjahan cahaya mentari dari celahan pokok. Malam anda ditemani nyanyian cengkerik serta dibaluti kedinginan malam. Ambil peluang berendam dalam dua kolam masin, kolam hutan (menghadap hutan) dan kolam langit (menghadap matahari terbenam).
Casabrina Villa
Gambar: casabrina.net
Menjanjikan anda suasana damai serta seolah masa terhenti dikelilingi kehijauan hutan. 2 villa untuk dipilih dengan binaan rekabentuk kayu mendominasi luaran dan dalamannya. Sesuai dihuni pasangan hinggalah keluarga besar yang mahukan pengalaman semulajadi mewah. Terletak di Raub, Pahang, tidak jauh dari Genting Highlands memudahkan anda terus ke sini.
Resort Enderong
Resort yang terbina 2000 kaki dari paras laut di Tanarimba mendapat nama dari Sungai Enderong yang mengalir dari atas bukit. Ia mendapat anugerah Projek Hijau di Janda Baik, Pahang. Hanya 50km dari Kuala Lumpur, anda pasti merasa segar menghirup udara yang tidak tercemar dari kepesatan kota.
enderong.wixsite.com/enderongresort
Fig Tree Hill
Gambar: figtreehill.com
Lari dari kesesakan pulau dan selimuti ketenangan perasa tradisional mewah di Sungai Ara, Pulau Pinang. Dilereng bukit hutan tropika, anda dijanjikan panorama yang spektakular. Penuhi kehendak pemandangan anda sambil berendam di dalam kolam renang menghadap hutan.
Malihom
Gambar: malihom.com
Diinspirasi dari bangsal beras tradisonal Thai, ia telah disuntik elemen moden namun masih menghormati tuntutan tradisional. Malihom membawa maksud ‘kampung beras wangi’. Setiap bangsal dinamakan dengan unik. Terdapat 8 pilihan bangsal dan setiap satu berkarakter sendiri serta setiap bilik mandi berada di tingkat dek. Dibina dari kayu terpakai, Malihom dikelilingi hutan hijau Balik Pulau, Pulau Pinang.
Sekeping Serendah
Gambar: sekeping.com/serendah/
Sekeping Serendah dibina berkonsepkan telus menghayati kepungan hijau hutan Serendah. Teduhan anda sengaja direka secara basis, meninggalkan jauh kemewahan agar anda bersatu bersama alam semulajadi. Hanya sekitar sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, lokasi ini pasti membuai khayalan damai jiwa anda.
Selepas Hujan
Hutan Simpan Berembun berada dihadapan pintu. Tidak terusik sejak zaman kolonial, keluasan 4000 ekar luas terbentang. Belai damai jiwa anda menghirup udara segar serta alunan gemersik pohon melambai. Rekabentuk rumah kampung , menggamit anda ke waktu idelik anda, jauh dari bingit bandar. Terletak di Negeri Sembilan, lokasi ini antara pilihan terbaik lari dari kota.
The Dusun
Gambar: thedusun.com.my/
The Dusun dibina atas sejarah silam hebat pemilik lokasi ini. Jatuh cinta pandang pertama, adalah titik tolak pembukaan The Dusun hari ini. Dahulunya dikelilingi kebun getah, ia dibina semula dikelilingi kebun durian dan kehijauan Hutan Mantin, Negeri Sembilan.Terdapat 6 rumah pilihan. Dengan kolam mandi menghadap hutan, anda rasakan seolah berenang di paras tinggi pokok.
The Shorea
Gambar: theshorea.com
Hanya sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, The Shorea asalnya dibina sebagai rumah hinggap keluarga seorang arkitek di dalam Hutan Simpan Berembun. Namun kini dibuka kepada orang ramai. Ia dikelilingi pohon menghijau serta udara nyaman, menjadikan ia lokasi sempurna untuk beristirehat. Resort ini dilengkapi kolam infiniti serta menjanjikan pemandangan flora dan fauna yang hebat. Juga berada di Negeri Sembilan, tidak jauh dari detinasi bandar anda.
Plassid Villa
Dikelilingi hutan dan dusun buah-buahan. Tenang dan sunyi. Selesa untuk korang yang berhajat nak spend weekend dengan family dan kawan-kawan.Lokasi Seremban, Negeri Sembilan
https://www.airbnb.com/rooms/3399685
Limastiga Melaka
Vila private ini hanya dibukia kepada mereka yang beragama Islam. Mungkin menjaga beberapa faktor di situ.Terletak di Umbai, berada di pinggir kampung sesuai bagi anda lari dari kesibukan kota. Tarikan ikan bakar Umbai yang popular juga antara faktor utama anda boleh menginap di sini. Limastiga menawarkan kombinasi pengalaman moden dan tradisional. Dikelilingi dengan tumbuhan menghijau, vila ini sesuai bagi hari keluarga dan keramaian bersesuaian. Beberapa pilihan rumah ada mengikut kesesuaian anda.
Home@11 Boutique Holiday Villa
Siapa sangka lokasi di antara kawasan perumahan lama, wujud Villa cantik? Rumah cantik ini milik Mrs Wong yang peramah, seorang nurse, manakala suaminya arkitek. Menurutnya, ini idaman dia dari kecil memiliki rumah tradisional cantik begini. Terletak di Taman Bakti Bandar Hilir, Melaka. Hanya 400 meter dari Tokong Sam Po Kong. Semua bilik di sini berhawa dingin, ada TV, Wi-Fi dan mesin kopi. Porta de Santiago hanya 900 meter dari sini. KLIA pula hanya 88km dari sini. Ada dua jenis villa, rumah kampung Melayu tradisional dan villa moden bercirikan Inggeris. Harga dari RM150 semalam.
Alamat: 11, Lorong Laksamana Cheng Ho 5, Taman Bakti Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
https://www.airbnb.com/rooms/10417223
Tanah Larwina
Merupakan kabin glass dibina bersebelahan Sungai Larwin. Sangat cantik. Lengkap dengan kemudahan campfire, memasak dan BBQ, serta kawasan ladang dan tanaman seluas 3 ekar; perfect bagi anda sekeluarga ataupun rakan-rakan menghabiskan masa, lari dari kesibukan kota. Anda boleh memancing, memberi makan kuda, kambing dan ayam, dan makan buah-buahan apabila sampai musimnya.
http://www.tanahlarwina.com/photos
Kampung Gemalai @ THe Gemalai Village
Mahu bermalam di atas bendang? Datang sini! Terletak di Pantai Cenang, Langkawi hanya 200 meter dari Muzium Padi, 1.3km dari Underwater World dan 8.3km dari tempat Mahsuri. Resort ini mendapat review tinggi dari pengunjung yang datang.
Kampung Gemalai @ THe Gemalai Village
Terletak di Bentong Pahang, sesuai melarikan diri dari padat kota.
http://www.thewaterwayvilla.com/
LARI DARI KOTA!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI